Dalam sejarah negara kita, tidak keterlaluan jika dikatakan hanya Tok Guru Nik Aziz, Anwar & Mahathir yg cukup karisma sebagai pemimpin.
Mungkin ada nama-nama lain seperti Ghazali Shafie, Rafidah Aziz, Ustaz Fadzil Noor dan lain-lain yg tertinggal namanya, namun 3 org di atas akan tetap sebaris dgn nama-nama besar pemimpin dunia.
Hadi Awang kena tunggu dulu.
Kahkahkah!
Tok Guru Nik Aziz akan dikenang sampai bila-bila sebagai pemimpin tidak kira dari puak Islam, puak Buddha, puak Hindu, Cina, Melayu, India, Siam mahu pun org asli.
Asas beliau hanyalah kesederhanaan. Tak perlu Porsche, Audi, Vellfire & Range Rover.
Kahkahkah!
Setakat ini negara kita juga belum lagi dapat melahirkan tokoh pidato sehebat Mat Nuar. Satu ketika dulu, Mat Nuar pernah 'membuih-buihkan' satu mamat HAMNO dari Terengganu.
Kahkahkah!
Tapi Mat Nuar memilih jalan perit dalam karier politiknya. Dia lebih rela duduk dalam jel dari belayar dalam Equanimity.
Mat Nuar ini amat bahaya di mata pemerintah. Oleh itu Madey dulu terpaksa penjarakan Mat Nuar sebab dia melawan tauke dan lebih hebat dari Madey sendiri.
Hadi Awang kena tunggu dulu.
Kahkahkah!
Kata org putih, 'credit must be given, when credit is due'.
Pujian harus diberikan bila kena tempatnya.
Pujian harus diberikan kepada Madey kerana dia memilih utk meletakkan jawatan apabila didesak oleh panglima-panglimanya kerana didapati muka Madey shj boleh menyebabkan HAMNO/BN kalah dlm PRU satu ketika dulu.
Tapi ketika itu sebenarnya Madey boleh saja memilih utk kekal PM & mereput berakar atas kerusi PM sampai mati & dia boleh menggunakan pelbagai akta melindungi dirinya.
Ketika ini Madey juga boleh memilih utk jadi Dolah ZZZZZ dm menangani isu-isu yg menekan sekarang ini.
Dolah ZZZZZ tak byk bunyi. Dapat pegang Petronas.
Nak menunjukkan betapa gabranya HAMNO/BN dgn Madey & betapa powernya Madey yg umur dah dekat seratus, nak tampal gambar Madey di tiang lampu pun tak boleh.
Kahkahkah!
Hadi Awang kena tunggu kalau nak jadi legend.
Lagi pun setakat ini gambar Hadi Awang tampal kat mana pun HAMNO/BN tak risau.
Tampal penuh satu jambatan pun tampallah.
Kahkahkah!
Apa nak risau? Pegang negeri sepenggal pun tumbang tak kebah-kebah.