Disalin dari FB Zukri Aksah dan ditempekkan di sini.
Hari ini saya doakan keselamatannya, Anwar Ibrahim
dia akan ke bilik bedah
dalam operasi yang mengambil masa tiga jam
dengan kaedah pembiusan penuh
ingat... dia bukan ke situ dari rumah
yang penuh dengan keriangan ahli keluarga
bukan juga dari kantor
yang penuh sapaan mesra rakan sekerja
dia ke situ dari penjara
ya, dari penjara yang penuh dengan tekanan
yang membara
dia menyanggupi untuk bertarung nyawa
dalam kondisi paling tidak selesa.
Dialah Ketua Umum Pakatan Harapan
Pakatan Harapan yang dituduh penyangak
Pakatan Harapan yang dikata biawak hidup yang lebih bahaya
ALLAHU!
siapakah yang tega berkata begitu
dari balik serban dan jubah panjang sedepa
Anwar Ibrahim inilah yang menyerah diri
pada sistem
semata-mata mahu membuktikan
sistem yang dilawan ini adalah korup
zalim dan jahat
sudah berapa ramai yang menangguk labadari penyerahan dirinya ini?
dia sudah korbankan segalanya
ke tahap yang kita rakyat biasa
tidak akan mampu membayanginya
dari kebebasan hingga kesihatannya
apa yang dikejarnya? adakah mahu menyangak kuasa?
GILA sungguh orang yang menuduhnya
Sungguh, saya bukan pengkagumnya
sejak dari zaman saya bergelar mahasiswa
tapi yang membuat saya bangkit juga
adalah kerana apa yang diperbuat
padanya
dari 1998 hingga hampir 20 tahun selepasnya
telah menginjak karamah insaniyah
dan bila pemimpin tidak lagi menjaga
maruah dan keselamatan diri rakyatnya.
Imam Ghazali menitipkan pada saya
pemimpin itu tidak lagi layak
untuk berada di puncak kuasa!
RE FOR MA SI!