Menoreh sampai malam hanya dapat RM30
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Apakah bangsatnya kita Melayu ini yg pemimpin-pemimpin silih berganti memegang tampuk kuasa itu Melayu belaka,
segala datuk datin berpayung bertengkolok berkeris pun Melayu,
datuk seri tan seri menteri berperut gendut yg hadir silih berganti itu semuanya Melayu,
cerdik pandai agama berlebai berserban melilit berjubah labuh menyapu tahi ayam mesti dari kaum Melayu juga,
orang-orang kenamaan makan gaji elaun pencen besor buta-buta ramainya Melayu,
pegawai tinggi & pegawai rendah yg sudah pandai angkat lubang hidung pada orang kampung itu pun asalnya dari kampung Melayu yg berjambankan parit juga,
serata sekolah universiti seluruh pelosok tanahair ini ramainya Melayu jadi tenaga pengajar,
berpuluh beratus anak syarikat milik negara milik negeri agensi itu agensi ini dikendalikan Melayu & dikudakan Melayu juga,
tayar kereta sebijik harga ratusan ringgit,
getah sarung penangguk air sedap jantan betina itu pun dibeli orang walau harga RM30-00 sepeket,
tapi dimanakah bangsatnya bangsa kita ini kalau masih ada yg keluar sebelum matahari naik balik selepas matahari terbenam mengadap pokok getah harga sekilo jgn mimpi nak capai RM4-00,
nak suruh jadi bangsat macam mana lagi kalau cuma RM30-00 itulah yg ada dalam poket?