Di sini Libang Libu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada para pembaca budiman.
Ketika tuan2 dan puan2 membaca posting ini, kami sekeluarga telah on the way ke kampung. Lagi 2 inci nak sampai.
Kahkahkah!
Marilah kita berpesan-pesan sesama kita agar berhemah dan cermat dalam memandu pulang ke kampung. Kampung kau tu tak lari mana Dol, buat apa bawak2 laju-laju.
Kahkahkah!
Marilah kita berpesan-pesan sesama kita agar membalun masakan yg sedap2 dirumah yg kita ziarahi, kerana itu saja peluang kita nak dapat makan sedap-sedap dan free setahun sekali.
Nak beli lemang, sebatang dah RM15-00. Bukannya sedap pun. Santan ciput, kerak je lebih.
Nak beli rendang ayam, seekor sekarang diaorang cas RM56-00. Tu belum kira GST Dol.
Kahkahkah!
Ingatlah pesanan Libang Libu, cermat & berhemah semasa memandu dan melahaplah sepuasnya dikampung halaman.
Salam lebaran.