Salah guna wang, pegawai zakat Pulau Pinang, kontraktor direman
----------------------------------------------------------------------------------------
Ramadhan hampir tiba tak beberapa hari lagi.
Kebiasaannya setiap tahun di bulan Ramadhan warga laman sosial akan mengutuk berjela-jela pusat pungutan zakat & Jamil Khir atas kegagalan mengagih-agihkan wang zakat yg khabarnya dah berjumlah bilion-bilion.
Kemarahan mereka berasas kerana pusat pungutan zakat secara amnya dilihat gagal total dalam pengagihan wang tersebut.
Sebut sahaja zakat, maka terbayanglah deretan kaunter kutipan dalam bilik berhawa dingin dan dikendalikan oleh pekerja-pekerja yg kemas bertali leher atau bertudung fesyen terkini.
Tidak cukup dgn itu, pusar pungutan zakat juga menyediakan kaunter bergerak demi memudahkan pembayar zakat.
Manakala sebut saja proses permohonan zakat, maka akan terbayanglah berdozen borang perlu diisi, beberapa orang pegawai perlu ditemui, beberapa tingkat bangunan perlu digagahi dan kadangkala memerlukan cop dan tanda tangan sokongan orang besar.
Itu pun belum tentu lulus.
Letih memohon zakat. Kerjanya sukar dan terasa betapa si pemohon disukarkan. Mintak sedekah tadah tempurung lagi mudah dan lumayan.
Maka sebab itu, wang zakat semakin tahun semakin bertimbun dek kerana karenah birokrasi.
Namun telah ada kutu-kutu yg nampak peluang ini dan telah berikhtiar utk mengeluarkannya sendiri.
Menurut sumber tidak saheh, jumlah disalah guna itu berjumlah jutaan ringgit sahaja, belum cecah RM2.6 bilion.
Menurut mereka juga, RM2.6 bilion pun PAS tak ambik pot, inikan pulak baru jutaan ringgit. Lantak.
Cubaan menemui Jamil Khir utk mengesahkan samada penyalah-guna itu termasuk dalam asnaf ke-11 & ke-12 masih tidak berhasil.
Susah nak jumpa Jamil Khir sekarang, tambahan pula Ramadhan hampir tiba.
Kahkahkah!