JENAZAH Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dibawa turun ke liang lahad di Tanah Perkuburan Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan kira-kira jam 10 pagi hari ini.
Bekas Menteri Besar Kelantan berusia 84 tahun itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira satu jam sebaik tiba di rumahnya, selepas keluar daripada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada 12 Februari 2015.