Lebuhraya di Thailand. Panjangnya 1000 batu. Free. Sekupang haram rakyat tak perlu bayar. Sumber: ibnuzack |
Bahawa sejak tahun 1994 rakyat M'sia telah disembelih setiap hari.
Setiap kali kita pergi kenduri kahwin, kita disembelih. Pergi menziarahi sanak saudara, kena sembelih. Balik kampung dimusim raya, kena sembelih. Kita disembelih tanpa disedari.
Kita disembelih setiap kali kita menggunakan lebuhraya PLUS. Lebuhraya PLUS dibuat menggunakan duit perbendaharaan negara, tapi rakyat kena sembelih diwaktu bayar tol.
Pelik, sebab ini bukan Zimbabwe, ini Malaysia negara Islam. Ketua kita beragama Islam dan kita ada berbelas-belas kepala agama Islam. Malah kita ada berpuluh-puluh mufti makan gaji. Kita juga ada berpuluh ribu imam makan gaji yg bersyarah halal haram sampai berbuih-buih mulut dan berterabur air liur.
Tapi sayang, Thailand yg sembah Buddha itu tahu untuk tidak mengenakan tol kepada rakyatnya.