
Habis banyak benda Dr Mahafiraun swastakan. LLN dah jadi
TNB. LPN jadi Bernas. JBA jadi SYABAS, PUAS dsb. Menurutnya penswataan akan
menjimatkan kos pengurusan dan menambahkan produktiviti seterusnya menghasilkan
produk yg berkualiti. Tapi kita ini telah dikencingkan terlalu lama oleh
Mahafiraun untuk menyedari bahawa dasar penswstaan ini cuma indah khabar dari rupa.
Ku sangkakan Ziana Zain datang bergelek, rupa-rupanya anak
badak datang menghempap. Bala!
Jelas sudah, dasar penswastaan hanya mengenyangkan anak beranak,
kaum kerabat dan suku-sakat Mahafiraun.
Cuma sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah
kebangsaan belum sempat diswastakan oleh Dr Mahafiraun. Jika tidak, haru kita.
Termutakhir, sekonyong-konyong muncul Mukthar al BauKari
ingin memiliki KTMB. Ya tuan-tuan, KTMB yg saban tahun bikin rugi itu, ingin
dimiliki Mukhtar al Baukari. Bukan kecik-kecik anak punya cerita.(sini)
Jangan ingat al Baukari ingin membuat kerja amal dengan
mengambil alih KTMB. Jangan fikir dibawah naungan al Baukari, tambang keretapi
dari Ipoh ke Kuala Lumpur akan jadi RM2.50 pergi balik. Lanchow. Tapi fikir dan
ingatlah, tanah KTMB ada berapa ribu hektar di atas semenanjung Tanah Melayu
ini? Serupalah macam tanah Felda. Bukan bijik sawit, tapi tempat akar sawit
mencengkam itu yang bernilai tak terhingga.
Aku lebih kagum Ramly Mokni (sini) pembuat daging burger. Maaf
cakap, aku sikit haram sebesar cacing kerawit pun tidak kagum pada al Baukari.
Mula-mula sekali dia ini bukannya orang Melayu. Tengok sekali imbas sudah tahu.
Mata besar. Hidung tinggi. Kening tinggi. Dia ini juga stok banyak bulu punya,
macam pak arablah! Al Baukari ini serupalah macam Mahafiraun, Ungku Aziz, Naina
Merican, ketua pemuda UMNO P Pinang (ntah hapa ke namanya). Mereka ini bukannya
Melayu!

Al Baukari telah menjadi al Baukari seperti sekarang hasil
mesra bergeli-gelinya dengan UMNO. Sujud syukurlah al Baukari kepada UMNO yg
telah mempermudahkan segala urusannya dan membuka kangkang lubang perniagaan
seluas-luasnya untuk al Baukari. Nak gula dapat gula. Nak pejabat pos dapat
pejabat pos. Nak beras dapat beras (sini).
Al Baukari maju kerana bakatnya pandai menggosok. Habis
ketua-ketua digosoknya licin berkilat. Mahafiraun kena. Lah kena. Jib kena. Melimpah
ruah rezeki al Baukari. Hasilnya, sudah sampai tahap kalau al Baukari demam
tiga hari, harga gula boleh naik 2 kupang lagi tau?
Paling haramjadah, species macam al Baukari ini dan
mana-mana species peniaga yg kiblatnya ringgit dan dollar, mereka meniaga atas
angin. Haloba. Meniaga beli itu beli ini, kuasai syarikat itu syarikat ini,
bukan pakai duit poket dia. Semua guna duit bank. Serupalah macam Glazer ambil
alih Manchester United (sini). Pinjam. Berhutang berbilion-bilion. Untung habis
membayar bunga.
Al Baukari mungkin tak tau sentimen Keretapi Tanah Melayu
terhadap orang Melayu. KTM ialah khazanah orang Melayu. Orang Melayu cuma
tinggal 3 benda, iaitu baju Melayu, butang baju Melayu dan Keretapi Tanah
Melayu. Kah kah kah!!! Itu pun sekerat dah LK Yew sapu.
KTMB perlu dikekalkan sebagai hak awam seperti mana api
letrik dan bekalan air. Ini ialah kemudahan asas untuk rakyat terbanyak. Ini
tugas kerajaan menyediakan pengangkutan awam, bekalan api letrik dan bekalan
air dengan kadar seminima mungkin. Bukan untuk membuat keuntungan tujuannya.
Sekiranya KTMB berjaya dikapor al Baukari, sudah tentulah
modus operandinya berbeza. Baukari sudah tentu akan meminimumkan kos untuk
memaksimumkan untung. Cara paling mudah meminimumkan kos ialah mengecilkan
sumber manusia. Buang pekerja. Bukan buang pekerja perut boroi yg duduk dalam
bilik bersama setiausaha tetapi, pekerja
bawahan. Kerana pekerja atasan berperut boroi dikatakan boleh buat kerja mengepam
tayar keretapi tetapi, kuli macai like u and me akan terketar-ketar duduk bawah
air-cond!
Paling dikhuatiri, KTMB akan jadi macam MAS. Setelah
bertahun-tahun MAS dikeronyok sehabis lendir sampai setengah mampus, kerajaan
ambik alih. Hutang piutang sekupang pun tak payah bayar.
Mukhtar al Baukari akan lepas tangan hidup senang lenang
macam Tajudin, duit berkepuk-kepuk, siang malam boleh main golf. Siang main
golf 18 lubang, malam main snooker 2 bola satu batang.
Hati manyak senang, batang tara goyang.