Aku sebut umat PAS. Memang sengaja. Sebab aku pun tergolong dalam umat ini.
Aku tak sebut puak UMNO. Sebab puak UMNO ini, lebih daripada KfC & McD pun dia boleh telan.
Berapa ramai umat PAS ini yg masih tergeli-geli, tergedik-gedik, kembang kempis lubang hidung bila masuk KfC, McD?
Kita umat PAS memang champion berdemo, tapi kita belum champion bab boikot memboikot. Amat cantek sekiranya demo didepan kedutaan AS itu disusuli dengan memulau produk AS.
Syukur Alhamdulillah, anak sulong
aku tak sekali pun pernah mintak dibawak makan-makan di KFC/McD. Anak kedua aku yg masih
dalam stroller itu pun akan aku tarbiahkan dgn tabiat yg sama.
Aku tak mau anak-anak aku makan
ayam, makan daging tapi tapi tak ada nasik. Yang makan ayam, makan daging tanpa
nasik setahu aku ialah musang, buaya, singa atau harimau.
Kita ini orang Melayu dengan cara hidup dan iklim sebegini bila makan ayam, makan daging ada nasiknya, ada kuah karinya,
ada ulamnya dan makan pakai tangan. Bukan terkial-kial makan pakai sudu garpu.
Pooorah! Malu la sikit, sedar la
ponggong tu hitam macam ponggong aku jugak.