Ini
ialah kisah Abu Qudamah dan seorang pemuda syahid. Kisah ini ditazkirahkan pada
malam 10 Ramadhan 1433 di Surau al Falah, Kuala Lumpur. Penazkirahnya ialah
seorang imam old-timer, memang best dengan loghat Peraknya yang masih pekat
berbaki meskipun telah menetap di Kuala Lumpur buat sekian lama. Kena sangat la
dengan aku yg memang thorough and thorough born, bred and bleed Kuale Kangsor. Kahkahkah!!!
Kisah ini aku perolehi secara lisan, jadi sekiranya ada
kecacatan sila maklumkan.
(libang libu)
Kisah Abu Qudamah dan Seorang Pemuda Syahid
Abu Qudamah ialah seorang sahabat nabi dan beliau seorang panglima
perang.
Pada
suatu ketika Abu Qudamah telah bekelana hingga ke utara Iraq mencari dana
perang. Didalam perjalanan seumpama ini Abu Qudamah akan menerima apa saja
sumbangan samada dalam bentuk wang, peralatan mahu pun tenaga sukarela untuk
menyertai perang.
Pada
suatu malam semasa perkelanaannya itu,
Abu Qudamah telah didatangi oleh seorang perempuan tua yang mengetuk pintu
kediamannya. Perempuan tua itu meminta maaf kerana lambat datang untuk
menyampaikan sumbangan. Ini adalah kerana beliau telah mengambil masa yg lama
memotong rambutnya yg panjang dan memintal-mintalnya. Perempuan tua itu telah
kematian suami dan dia juga miskin. Dia tidak perlukan lagi rambut yang panjang
sebagai perhiasan diri memandangkan suaminya telah pun tiada. Hanya rambutnya
sahajalah yg dapat disumbangkan kepada Abu Qudamah untuk dibuat tali mengikat
unta-unta dan kuda-kuda perang.
Perempuan
tua itu menambah lagi bahawa dia akan menyerahkan anak mudanya sebagai sukarela
menyertai angkatan perang Abu Qudamah.
Setelah
beberapa lama disitu Abu Qudamah pun meneruskan perjalanannya. Pada suatu hari
Abu Qudamah mengadakan pemeriksaan pasukan tenteranya. Didapati ada seorang
pemuda yg berpakaian menutup litup tubuh badannya hanya menampakkan bahagian
mata sahaja. Takut dengan ugutan Abu Qudamah yg akan menyingkirnya sekiranya
tetap enggan menunjukkan wajahnya, pemuda itu mengalah. Apabila dibuka, nyata pemuda
itu sememangnya amat muda dan masih dalam awal belasan tahun. Maka teringatlah
Abu Qudamah kepada perempuan tua yg inginkan anaknya menyertai pasukan Abu
Qudamah.
Anak
muda itu dibenarkan meneruskan perjalanan bersama pasukan Abu Qudamah. Dia
diberikan tugas sebagai seorang tukang masak.
Pada
suatu hari, pasukan Abu Qudamah telah kelewatan hidangan makan tengahari.
Hidangan yg ditunggu-tunggu tetap tidak muncul. Sebagai ketua, Abu Qudamah
lantas kedapur untuk memeriksa situasi. Didapatinya anak muda itu sedang tidur
lena.
Abu
Qudamah tidak marah sedikit pun, malah beliau segera mengambil alih tugas anak
muda itu. Dalam pada itu, Abu Qudamah terus-terusan memandang kearah anak muda
yg sedang lena itu. Pada suatu ketika, kelihatan anak muda itu tersenyum.Tidak
lama selepas itu dia tersedar dari tidur dan segera memohon maaf dari Abu
Qudamah atas kealpaannya. Abu Qudamah sedia memaafkannya, dengan syarat anak
muda itu memberitahu kenapa dia tersenyum didalam tidurnya tadi.
Anak
muda itu menjawab, “Aku bermimpi telah sampai ke syurga”
Anak
muda itu meneruskan bahawa bagaimana didalam mimpinya dia telah berada
dikawasan sebuah istana. Didapatinya ramai perempuan-perempuan yg amat cantik
disekitar istana tersebut. Namun perempuan-perempuan itu tidak membenarkan anak
muda itu mendekati dan menyentuhi mereka kerana mereka hanyalah pembantu atau
inang kepada isteri anak muda itu yg berada didalam istana tersebut. Sudah
tentulah ianya menghairankan anak muda itu memandangkan usianya masih remaja
dan belum lagi berkahwin. Menurut perempuan-perempuan itu lagi, isteri anak
muda itu ada didalam istana menunggu kehadiran suaminya.
Anak
muda itu pun terus memasuki istana serba mewah dan indah itu untuk menemui
isterinya. Didapati sang isteri sedang bersantai-santai diatas katil emas dan
tersenyumkearahnya. Anak muda mendekati katil tersebut, menghampiri isterinya
dan cuba menyentuhinya. Namun isterinya juga tidak membenarkan anak muda itu
berbuat demikian.
Kata
isterinya pula, “Tunggulah selepas Zohor”
Menurut
anak muda itu, ketika itulah dia terjaga dari tidur dan didapatinya Abu Qudamah
sedang memasak didapur.
Maka
apabila selesai hidangan makan tengahari dan mengerjakan solat Zohor, pasukan
Abu Qudamah pun meneruskan perjalanan.
Ditakdirkan mereka terserempak dengan pasukan musuh dan pertempuran terjadi.
Seusai pertempuran, Abu Qudamah memeriksa kembali pasukannya dan memang
tepatlah janji isteri anak muda itu kerana Abu Qudamah mendapati anak muda itu
telah gugur syahid.
Sebagai
tanda kepada ibu anak muda itu, Abu Qudamah menyerahkan baju yg berlumuran
darah kepadanya. Ibu anak muda itu bersyukur tidak terkira atas kesyahidan
anaknya dan mahukan Abu Qudamah mengucapkan tahniah kepadanya bukan takziah.
Ujar
Abu Qudamah, “Tahniah wahai ibu, anak mu telah syahid dan kini berada di
syurga”.