Cabut dan trimlah supaya lubang hidung kamu kemas dan rapi. Adalah amat selekeh dan memalukan sekiranya ada bulu hidung yg panjang terjulur-julur dan taik hidung keras berjuntaian di bulu hidung. Jangan jadikan alasan larangan mengorek hidung itu menyebabkan hidung kamu berserabai. Malu la sikit kat Benggali kahkahkahkah!!!
Mengorek lubang hidung itu juga termasuk dalam 7 nikmat dunia, kahkahkahkah! Tapi awas, disepanjang bulan Ramadhan disiang harinya mengorek lubang hidung sambil memandu, sambil menonton t.v atau sambil mengetik keyboard notebook tidak lagi dibolehkan. Korek puas-puas waktu malam.
Sediakan sebotol dua air mineral didalam kereta sebagai persediaan untuk berbuka puasa didalam kereta sekiranya terperangkap didalam kesesakan lalu-lintas. Jangan pulak korek hidung sebagai isyarat berbuka puasa kah kahkah kah!!!
Lubang hidung yg bersih pastinya menjamin jejari yg bersih kerana jejari itu akan terodok juga lubang hidung secara tidak sengaja. Kerana jejari itulah yg akan memicit beberapa ketul tamar diwaktu Maghrib dalam sepanjang bulan Ramadhan.
Ramadhan bakal tiba, selamat berpuasa muslimin dan muslimat!