
FELDA itu makin mengarut. Tak cukup dgn FHB, KPF, FGV, FGVH, Holdings dan entah aplancau lagi, dibagi pulak 3% saham FELDA kepada Isa Katik & Kuncu2.
Durian runtuh? Memang betul durian runtuh. Durian runtuh tepat atas kepala peneroka. Ada yang pecah terbarai dan ada yang merekah tersengih menampakkan kuning isinya. Isa Katik & kuncu2 datang bersila dan terus balun. Tak payah berpuluh tahun menunggu hasil.

Bukan semua di alam Melayu tahu bahawa 15% saham FELDA akan dibagi kepada MITI. Akan diagih-agihkan oleh anak Mahafiraun. 15% kalau diterjemah dalam bentuk mudah, maksudnya 420 saham. Bentuk lagi mudah, kalau saham naik harga seringgit, MITI dan anak Mahafiraun untung RM420 juta tanpa perlu menggerakkan bulu telinga sekalipun.
Itu belum diketahui berapa pulak dikapur Mat Maslan yg kehulu kehilir bersama beduk canangnya bersama slogannya 'mari gadai tanah Felda'.
3% saham Felda untuk Isa Katik & kuncu2 bunyinya kecik. Tapi kecik itulah mengandungi 91 juta saham. Kecik-kecik itulah membawa laba paling kurang RM91 juta yang akan dikenduri oleh Isa Katik & kuncu-kuncu.
Rahsia kejayaan Isa Katik mencipta nama di Felda? Hadir, jangan tak hadir ke majlis karaoke Ziana Zain di Port Dickson.

Jadi kalau ada yg masih kata peneroka dapat durian runtuh dan buat untung, pergilah duduk bersila dalam bilik sorang-sorang pakai kain pelikat. Kemudian bongkokkan tulang belakang sehabis bongkok, slow-slow kemudian... sendiri isaplah!!!
Harakah 21 Mei 2012