Ada 2 benda penting yang ditunggu-tunggu oleh warga FELDA sekarang ini.
(2) Mesyuarat Agung Luarbiasa Koperasi Permodalan FELDA pada 5hb Januari 2012.
Benda kedua memang boleh diusik dan dibuat lawak. Mula-mula sekali, nak buat EGM pala bana apa... its a foregone conclusion. Suka tak suka, Isa Katik akan jadi pengerusi KPF. Walaupun Isa Katik ini bukan dari golongan peneroka juga bukan pekerja FELDA. Moyang dia bukan peneroka. Datuk dia pun bukan, bapak dia pun bukan. Isa Katik ini nak pegang pelepah sawit pun ngeri. "Borduri! Goli den!!!" Tup tup jadi pengerusi.
Tetapi lu sendiri mau ingat beb... sendiri mau ingat sapa boss Isa Katik. Boss Isa Katik dah bagi green light. Ada brani mau lawan? Isa Katik ini akan jadi Pengerusi KPF sampai kiamat.

Kita tidak perlu di'sidetracked'kan oleh Isa Katik ini sebenarnya, lantaklah dia nak jadi pengerusi KPF sampai kiamat. Perkara yang paling membimbangkan ialah penyenaraian harta benda pusaka datuk nenek moyang orang FELDA ke bursa saham.

Habis peneroka tinggal hapa? Letih...