PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) masih ‘membisu’ mengenai senarai pemain negara yang akan beraksi pada kempen Piala Thomas/Uber bermula 9 hingga 16 Mei depan.
Sebelum ini, BAM dikatakan bakal mengumumkan senarai akhir barisan pemain yang akan menggalas cabaran negara pada kejohanan tersebut semalam.
Bagaimanapun, pengumuman tersebut hanya dapat dibuat apabila presiden badan induk itu, Datuk Mohd. Nadzmi Salleh hadir menyaksikan skuad negara menjalani Kem Bina Semangat di Bayu Beach Resort, Port Dickson esok
....LAGI
Tahukah anda?
Kejohanan badminton tertua didunia, Piala Thomas akan berlangsung di Kompleks Sukan Bt Jalil dari 9-16 Mei 2010.
Tahukah anda? Kat Bt Jalil ada stadium badminton, besooooooor wa cakap lu!
Tahukah anda? Sebenarnya..ramai tak tau ada Thomas Cup bulan depan. Tak caya? Tanya orang sebelah rumah..thee he he
Tahukah anda? 1Malaya dah lebih suku abad tak menang Thomas Cup..thee he he
Tahukah anda? 1Malaya telah membelanjakan berjuta2 ringgit utk memajukan badminton negara. Maju sangat ke? ...hah hah hah
Tahukah anda berapa juta? ..aku pun tak tau..hahah hahah hahah!
Tahukah anda apa nama glamer team badminton Malaysia?.. village champion..
Perlukah anda menyaksikan Thomas Cup di Bt Jalil? Bayor tiket, beratur, berasak-asak, bau tungkek bau hangit apa segala, nak kencing jamban tak cukup, panas etc...
Tak perlu. Sila mengangkang kat rumah tengok National Geograpic.