Friday, July 16, 2010

Babak bogel Zul LULUS!

Madu tualang power! Click here
Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


Sapa yang bagi LULUS? thee he he


Rais Yatim ka?..thee he he


Kalau dah LULUS, maknanya malaikat tak libas la nanti?? ..thee he he


Zul ni penyanyi asalnya.. penyanyi tak berapa nak laku.. soru selalu miss.


Telanjang pun telanjanglah! Asal kan dapat makan nasik.. thee he he


Mana tau, kot2 ada rezeki Chua So Lek telefon.


Gaga! gagagagaa! gaaa! ga! ga! GAGAGAGAGAGAAAHHH!!!


SELEPAS dunia perfileman dikejutkan dengan kontroversi aktor Arja Lee berbogel dalam filem ... Dalam Botol, kini tiba pula giliran vokalis kumpulan Handy Black yang sebelum ini dikenali sebagai Zul Handy Black.
Hanya berbekalkan sebuah filem seram iaitu Mantra yang telah menemui penonton di pawagam bermula semalam, namanya secara tiba-tiba meraih perhatian.
Bukan hanya kerana filem itu merupakan filem pertama yang mengangkat Zul atau kini dikenali sebagai Zul Suphia'an sebagai pelakon utama untuk watak Muzir, iaitu seorang pengamal ilmu hitam.

Bahkan filem juga menimbulkan kontroversi apabila Zul,35, dengan beraninya berlakon tanpa seurat benang dalam satu adegan pemujaan.
Adegan bogel yang cukup sensitif belum menjadi satu kewajipan dalam minda masyarakat Malaysia dan ia ternyata memberi impak yang cukup besar untuk buah tangan terbaru pengarah Azhari Mohd. Zain itu.

ZUL berbogel dalam Mantra kerana mengikut kehendak skrip, namun jika dikehendaki berbogel lagi dalam filem lain, dia tidak akan melakukannya seperti mana dalam Mantra.


Filem Mantra yang turut dilakonkan Hasnul Rahmat dan Ana Dahlia itu bagaimanapun lulus bersih daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) meskipun diklasifikasikan sebagai 18. Ini bermakna adegan bogel Zul itu lulus untuk dipertontonkan kepada penonton filem!
Dia yang ditemui baru-baru ini memberitahu, tidak pernah menyesal dengan keputusan yang diambil untuk berbogel dalam filem yang menelan belanja sebanyak RM1.5 juta itu.
Kosmo!: Apa yang menyebabkan Zul berani untuk melakonkan adegan bogel itu?
Zul: Saya telah diberitahu awal tentang adegan bogel. Sebelum bersetuju untuk melakukannya saya bertanya terlebih dahulu kepada pengarah dan penulis skrip (Shahriman Wahab) sama ada adegan ini benar-benar perlu atau tidak. Selepas berbincang, adegan bogel sangat perlu kerana ia salah satu ritual dalam amalan ilmu hitam. Pengarah mahu beri gambaran yang jelas tentang ilmu hitam, kalau hanya guna tengkorak atau makan kemenyan, itu sudah biasa dilakukan, jadi kami tampil dengan satu yang lebih realiti.
Apabila Zul borbogel dalam filem, ia tidak secara langsung memberi promosi percuma kepada filem Mantra. Tidakkah ia kelihatan seperti sengaja menimbulkan kontroversi murahan?
Kalau setakat mahu timbulkan kontroversi murahan, saya tidak sanggup buat adegan bogel. Banyak lagi cara boleh timbulkan kontroversi selain berbogel. Saya lakukan kerana perlu dan ingin beri kesedaran kepada penonton apa akibatnya apabila terjebak dengan ilmu hitam.
Adakah Zul sememangnya orang yang tidak kisah dengan pandangan orang lain atau terlalu berani?
Saya memang berani. Berani kerana saya buat benda yang betul. Semasa bersetuju dengan pengarah untuk adegan bogel saya sudah sedia dengan segala tohmahan dan kritikan yang akan saya terima.

No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.