Saturday, June 26, 2010

Kalau BODOH, Seluk Kocek Gosok Batu

Madu tualang power! Click here
Dzulfikar Mashoor HARAKAH DAILY

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan Datuk Ahmad Maslan sebagai ‘bodoh’ kerana mahu menyamannya berhubung isu Felda.

Macam mana boleh dapat title 'Datuk' ni..

Ramai lagi ke 'Datuk' yang bodoh-bodoh..thee hee he

Malu bini kat rumah, suami kena panggil 'bodoh'..

Malu anak nak pergi sekolah, bapak kerja menteri tapi kena panggil 'bodoh'..thee he he

Dalam dewan tak boleh saman menyaman, menyamar boleh la..menyamar jadi Melayu!..thee he heeeeee heee

Ini terpengaruh dgn Broheng Ali la ni.. Broheng menyaman, ikut menyaman..thee he he

Jangan ikut Broheng Ali..thee he he dia memang 'jaguh kampung bodoh' thee he he
(tak caya pergi Rembau)


Bagi Abdul Wahid, kenyataannya di Dewan Rakyat yang mendakwa Felda sebagai ‘peneroka tanah haram’ tidak boleh disaman sebagaimana yang diumumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang disiarkan Malaysiakini tengah hari tadi.

“Dia ini mungkin ‘bodoh’, macam mana nak saman saya. Saya buat kenyataan itu di Dewan Rakyat,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily sekejap tadi.

Menurutnya, apa jua kenyataan dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat, menurut undang-undang tidak boleh dibawa ke mahkamah.

Tambahnya lagi, Ahmad sendiri pada Isnin lepas telahpun memberi respons apabila beliau mendakwa Felda sebagai peneroka tanah haram.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Ahmad supaya bertindak secara lebih bijak dengan merujuk kenyataanya itu pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kelak.

Beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam berkata, Ahmad mungkin menggelabah apabila beliau mendedahkan fakta di sebalik tindakan kerajaan Terengganu menolak bayaran premium yang ditawarkan oleh Felda ke atas sejumlah tanah yang telahpun dimajukan di negeri itu di Dewan Rakyat.

Puncanya, menurut beliau, ekoran keengganan Felda menempatkan lebih tiga ribu peneroka lagi di atas 14,791.23 hektar tanah yang dimajukan mereka.

Keengganan Felda itu, menurut beliau, disebabkan terlalu mementingkan keuntungan korporat hatta mengetepikan kepentingan rakyat.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan di Dewan Rakyat tentang keluasan sebenar tanah yang dimajukan oleh Felda tanpa penyertaan peneroka serta jumlah premium yang belum dibayar kepada para peneroka terbabit.

Kalau Ahmad tidak menggelabah pun, katanya lagi, kenyataan timbalan menteri itu hari ini mungkin sekadar mahu menutup kelemahan dalam urus tadbir Felda apabila isu tersebut mulai menjadi perhatian umum.

“Sekarang ini, dia mungkin menggelabah apabila isu (Felda) ini timbul, dia menggelabah nampaknya, kalau tak, dia mungkin nak tutup kelemahan Felda,” ujar beliau dalam nada berseloroh.

Sehubungan itu, beliau mencabar Ahmad supaya segera bertindak menyamannya kerana membangkitkan isu yang kian menggamit sesitiviti para peneroka di Terengganu.

“Kalau dia nak saman, saman. Saman segera saya, dia lawan kita dan kita bersama rakyat akan lawan dia,” tegas beliau.

Selain Wahid, Malaysiakini melaporkan, Ahmad turut bercadang menyaman Datuk Zaid Ibrahim (Penyelaras Pakatan Rakyat), Tan Kee Kwong (Majlis Pimpinan Pusat PKR), Suhaimi Said (Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR Pahang) serta Zaid Dzulkarnain Talib (Ketua Pengarang akhbar Suara Keadilan).

Dalam suatu kenyataan, Ahmad berkata, pihaknya bersama-sama Felda telahpun melantik peguam dan melalui dua kali sesi perbincangan.

Namun, Ahmad tidak pula memberitahu bilakah Felda mahu memfailkan saman terhadap mereka.

No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.