Tuesday, May 18, 2010

PROTONG Terus Maju, Utk Rakyat Msia

Madu tualang power! Click here
EMAS: Eco Mobility Advance Solution

Sengeh meleret la, dapat sebijik free kot.

PROTON Holdings Bhd (Proton) yakin penghasilan kereta konsep pertamanya iaitu Emas dapat membuka ruang lebih besar dalam pasaran dunia.

Emas la plak...gagagagagaga!gaga!gagaga!!! ini nak cari laba atau tempah bala..?

Benda nama Emas ini dijamin ke wiper tak 'main gila'? thee he he

Dijamin ke ekzos tak berasap macam keretapi arang tengah-tengah PLUS nanti..? thee he he

Boleh percaya ke power window tak meragam dalam tempoh 2 tahun..? thee he he

Kalau tertempoh lopak 4 kali, kena buat allignment tayar tak? Ataupun kena tukar tayar terus?


1Malaya tengah menunggu kemunculan benda Emas ni..thee he he harap-harap harganya termurah dirantau ini..thee he he paling tidak pun mahal sikit dari di Zimbabwe..

GA!GA!GAGAGAGA!!


 
Emas singkatan bagi ‘Eco Mobility Advance Solution’ yang direka menerusi kerjasama dengan pereka automotif antarabangsa Italdesign Giugiaro (IDG) yang banyak mereka bentuk untuk pengeluar global lain termasuk Toyota untuk Lexus GS300, Volkswagen (Scirocco I), Alfa Romeo (Alfasud) dan Hyundai (Pony).

Kereta konsep Emas yang menjadi model global Proton diperkenalkan pada Pameran Kereta Antarabangsa Geneva ke-80 beberapa bulan lalu.


Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata langkah Proton menampilkan Emas sebagai usaha jangka panjang menempa nama dan mengeluarkan kereta bagi pasaran dunia.

“Sejak, empat tahun lalu, Proton sentiasa berusaha secara berterusan dan mencatatkan pertumbuhan positif untuk meningkatkan tahap kualiti di samping menaik taraf model kenderaan keluarannya.

“Justeru pelancaran Emas selaras matlamat jangka panjang kami memantapkan kedudukan di pasaran dunia,” katanya pada majlis pelancaran ulang tahun Proton ke-25 di Shah Alam, baru-baru ini.

Projek Emas dimulakan pada suku terakhir 2009.

No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.