Tuesday, May 18, 2010

DBP

Madu tualang power! Click here
DBP - Dewan Bahasa bermalaPetaka

Lapan IPT diberi kuasa mengakreditasi sendiri program pengajian
17/05/2010 3:07pm

PUTRAJAYA - Lapan institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini dianugerahkan status swaakreditasi, menjadikan mereka IPT pertama diberi kuasa mengakreditasi sendiri program pengajian yang ditawarkan.

Ga..ga..ga.ga..ga..glug..glug..glak..glakkk...

Hapa benda ni..hapa punya perkataan ni..mana dapat..professor taugeh mana yang ajar..heheh

Mengakreditasi ni maknanya 'menipu' ke? Atau pun 'mengelat' kot?

Swaakreditasi lagi la buat pakcik nelayan, pakcik Felda, pakcik motong gotah-haru biru..thee hehe macam mencarut je bunyinya..

Orang kampung, nelayan, pakcik Felda, pakcik motong gotah tak mau tahu semua tu..

Yang orang susah mau tahu, ngapa sekarang biasiswa PTPTN yang bagi..thee he he

Ngapa biasiswa ni kena bayar balik melantun-lantun? Ngapa paksa bayar, tak bayar nama keluar paper..thee he he

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata swaakreditasi itu membolehkan kesemua IPT terbabit membuat penilaian kualiti program mereka tanpa melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Swaakreditasi ini dianugerah kepada empat IPT awam dan empat IPT swasta membabitkan 554 program pengajian, katanya selepas majlis penyampaian sijil status swaakreditasi itu, di sini hari ini.

Ia bagaimanapun tidak membabitkan program profesional yang memerlukan pengiktirafan badan profesional berkaitan.

Mohamed Khaled berkata empat IPT awam itu ialah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia, manakala IPT swasta pula ialah Monash University Sunway Campus, University of Nottingham Malaysia Campus, Swinburne University of Technology Sarawak dan Curtin University of Technology Sarawak.

"Berdasarkan audit MQA yang dijalankan sepanjang September 2009 sehingga Mac lepas kesemua IPT itu mempunyai sistem kualiti dalaman yang dapat menjamin kualiti proses pendidikan serta kelayakan yang dianugerahkan,” katanya.

Bagi memastikan kualiti program pengajian terjamin, Mohamed Khaled berkata kesemua IPt terbabit perlu membangunkan sistem akreditasi sendiri yang menyamai sistem MQA termasuk sistem akreditasi sementara sebelum sesuatu program ditawarkan.

Beliau berkata MQA akan mengaudit sistem akreditasi dalaman IPT berkenaan setahun kemudian, diikuti audit pemantauan sekurang-kuranngnya setiap lima tahun seperti yang ditetapkan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.