Wednesday, September 19, 2018

Seulas Musang King Dalam Sekawah Gulai

Madu tualang power! Click here

Pada tahun 1981, ada seorang Chief Lebai telah menyampaikan satu ceramah berapi-api di sebuah kampung di dalam sebuah negeri di Pantai Timur sana.

Sedutan ceramahnya itu telah dipetik para pentaksubnya, dicetak, diedarkan merata-rata dan dikenali sebagai Punat Audi.

Dikatakan orang, Punat Audi ini telah dgn mustajab sekali mempengaruhi umat di sana.

Perpecahan antara pengikut bendera biru dgn pengikut bendera hijau amat ketara, sehinggakan ada suami-isteri mengulangi lafaz ijab kabul mereka, saling pulau memulau majlis kenduri- kendara, adik-beradik bermasam-muka dan bermacam-macam lagi.

Ada cerita dari sumber yg amat disangsikan, hatta peralatan menggali kubur pun kena ada 2 set.

Satu set utk bendera biru, satu set utk geng bendera hijau.

Kahkahkah!
Kahkahkah!

Namun usia mematangkan manusia. Juga menginsafkan mungkin.

Kini kita boleh ketawa terkekeh-kekeh menengok bagaimana berubahnya Chief Lebai tersebut.

Sebermula berpakaian sedondon dgn Chief Penyamun kemudian berkeris di mesyuarat agongnya & terkini segak memeriksa perbarisan anggotanya yg berpingat warna-warni & bersarung tangan putih.

Kahkahkah!

Kalau dulu geng biru itulah yg dikapir siang malam, siapa sangka terbuka hati Chief Lebai menjemput mereka sama2 menibai kambing di rapat umum ArrYouYou TreePaiPai.

Kahkahkah!

Telah juga dilembutkan hati nurani para Lebai menerima  penerangan & berlapang dada lagi berpuas hati dgn Arul Nasik Kandar.

Syukurrrrr... Punat Audi entah ke mana.

Kahkahkah!

Kena goreng kicap belacan kangkung Menara Tabung Haji pun masih puas hati.

Syukurrr.. Punat Audi dah luntur dakwatnya.

Kahkahkah!
Kahkahkah!

Syukur, hilang sudah bab seketul daging babi dlm sekawah gulai.

Sekarang dah jadi seulas musang king.

Kahkahkah!!

.