Monday, July 2, 2018

Sajak Api Naik Harga Lagi

Madu tualang power! Click here

Sempena TNB menaikkan tarif elektrik, saya turunkan sajak "MALAM KEBAKARAN"(tersiar dlm jurnal sastera UKM). Sebuah rumah terbakar, seorang ayah mati hangus kerana terlewat membayar bill api. Sajak berdasarkan kisah benar yang berlaku di Kelang beberapa tahun yang lalu. (terima kasih kpd yg membaca)

Terima kasih Zurinah Hassan atas karya ini.

MALAM KEBAKARAN

Ayahku seorang  lelaki miskin
Yang  mahu anak-anaknya
Bergembira di negara kaya
Demikianlah pada suatu malam
Membawa kami ke bandaraya
ke taman bercahaya
sekadar berjalan-jalan 
tidak membeli belah tidak makan-makan
namun adik-adik  bersorak-sorak riang
menyanyi bersama angin
Melihat ribuan lampu
Yang bercakaran di dinding dinding
Yang berloncatan di ranting ranting

Setelah itu
Kami pulang ke rumah di suatu daerah
Yang tidak layak untuk cerah
Keggelapan menunggu di muka pintu
Tetapi mengapa gelap berterusan
Walau ayah berkali-kali menekan suiz lampu

Kami anak beranak kalut sejenak
Bila Ayah tersedar dia belum membayar
Bill letrik tertunggak
walau sudah datang amaran
semalam hari penghabisan
kata ayah bulan ini sangat suntuk
Along di universitI PTPTN belum masuk.
Ayah bercadang ke tabung haji esok
Namun sebelum sempat mengeluarkan simpanan
Mereka bertindak pantas memutuskan bekalan

Ibu menyalakan lilin
Kami tidur kepenatan  beberapa jam
 Sehingga terasa panas menikam. 
Kami terbahak bahak asap sedang mengasak
Rupanya sebatang lilin direbahkan angin 
api menyambar  dinding
kami diheret keluar api semakin besar
Ayah terus meredah menyelamatkan buku sekolah
api semakin garang ibu berteriak melarang
Namun ayah masuk merempuh api
Dan ayah tidak keluar lagi

Barangkali benar aku perlu bersabar
Hidup berasbab mati bersebab
Tapi jika mereka bertanya tentang negaraku
Maka akan kujawab
Ini negara mewah kotanya terang benderang
Dari hujung petang santak ke kaki siang
Menjana kuasa membenarkan kilang kilang berhutang
Tapi cepat bertindak memotong bekalan
 di sebuah pondok usang
Ini negara jutaan lampu
Yang membakar rentung ayahku

ZURINAH HASSAN.

25 comments:

  1. idup idup..
    Idup idup.. kena tipu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish..xkan lebai nak menipu.

      Delete
    2. Ish... xkan Maha Dir nak menipu..
      Ish... xkan Nuar Abim nak menipu..
      Ish.. xkan Muhiden anak kepada Ulamak Johor nak menipu..

      Delete
    3. Xkan hadi nk menipu ..

      Delete
    4. Aku merasa amat pelik dengan TNB ini, bila harga minyak menurun... tiada plak penurunan harga tarif letrik tapi bila harga minyak meningkat saja.. terus ada kenaikkan tarif letrik!! Sekarang bukan zaman umno memerintah, ini zaman PH...asyik ko saja kaut berbillion2 untung setiap tahun!! Abis rakyaat ko pepah!! Kerajaan PH sepatutnya tidak membenarkan TNB ini menaikkan tarif letrik. Untung rugi adalah adat berniaga....medang untung yang kayap adalah rakyaat

      Delete
  2. TAHNIAH YB Datuk Mahfuz...
    Nak tanya sikit ni...
    CGPA Datuk berapa yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg songlap berbilion kau sokong. Just shut up

      Delete
    2. Hanya si Penjilat Bangkai menyokong Bapak Penyamun and Co...
      YB Ahmad Mazlan CGPA 3.8... YB Mahfuz berapa CGPA.. ada sape sape boleh beri pencerahan...

      Delete
    3. Just shut up..
      marah gilak kita tuk..

      Delete
    4. Kalu Tun MK yang songlap berbilion aku sokong laaa.. Just shut up...

      Delete
    5. Mamat bodo mana tanya pasal cgpa ni. Sian aku tgk .bodo simpan sikit utk masa hadapan kih

      Delete
  3. MALAM KEBAKARAN...
    idup idup Idup...
    Idup RAKYAT
    idup idup idup..
    Idup idup KENA TIPU...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nik abduh tipu bulat2. Ok je

      Delete
  4. Ini semua pasal kepala bapak buat perjanjian berat sebelah kot....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kot kot pulak...
      Bapak Penyamun TANGKAP Geng 40 Penyamun...

      Delete
  5. Tnb ni pun satu hal,apasal kelamkabut sangat naikkan tariff electric. Mcm nk sabotaj ph je.masak ph kene balun sbb tarif electric ni.mmg betul kenaikan tarif komersial tp akan terkesan pada harga barang. Harap pimpinan ph segera tangani..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabotaj.....!
      Macam YB Ahmad Mazlan punya komen...
      CGPA 3.8...

      Delete
    2. Mana ada yb bernama mazlan kahkahkah.bodo ko ni mesti upsr pun gagal nih. Kahkahkah

      Delete
  6. Tipu yang nampak sangatlah menyiksakan....tipu yang tak nampak sama seperti....membodohkan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idup Idup Idup kena Tipu..
      Tipu nampak kah..
      Tipu tak nampak kah..
      Tipu BN kah..
      Tipu PH kah..
      Idup Idup Idup
      Idup Rakyat
      Idup Idup Idup
      Idup Idup Rakyat kena TIPU...

      Delete
    2. Pas lagi kuat menipu..ada ke x undi pas masuk neraka.kahkahkah

      Delete
  7. Sajak ini aku namakan PENJARA..
    Tun MK .. sumbat Nuar dalam PENJARA..
    Pak Lah .. bebas Nuar dari PENJARA..
    Najib (atas nasihat Tun MK) ... sumbat Nuar dalam PENJARA..
    Tun MK ... bebas Nuar dari PENJARA..
    Tun MK ... sumbat Najib dalam PENJARA..
    Nuar (kalu sempat lah) .. sapa mau disumbat dalam PENJARA.. atau Tun MK sumbat semula Nuar dalam PENJARA..
    Tun MK sapai mati tidak disumbat dalam PENJARA.. bijak kan Tun MK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun sumbat najib dlm penjara.... Yahoo

      Delete
    2. Jgn lupa sumbat lebai pelahap duit rakyta tu ke penjara. Ana tahu ana tahu ...last2 menipu jugak.. .kahkahkah lebai lebai

      Delete
  8. Tak sia-sia macai CEO TNB dilanjutkan kontrak sampai 2 kali oleh Najib. Sekarang macai CEO TNB boleh mula buat onar sebab kontrak tamat lagi 2 tahun. HAHAHA.

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.