Thursday, July 19, 2018

Daging Wagyu & Jamban VVVVVVIP

Madu tualang power! Click here


Setelah viral bab daging Wagyu RM2,000-00 sekilo dihidangkan di parlimen baru2 ini, maka tampillah beberapa penafian utk memperbetulkan duduk perkara.

Pertamanya, daging itu utk VVVVVVIP sahaja. Layak utk tembolok VVVVVVVVIP shj.

Keduanya, harga daging tersebut bukanlah RM2,000-00, tapi cuma RM280-00 sekilo. CUMA.

Dol,

marhaen mcm kau dan aku, harga daging terbaru pun kita tak tahu sebab daging amat jarang sekali naik atas meja.

Kalau nak merasa jugak, carilah daging kerbau Allana India harga RM12 utk 900gram.

Yg kompom selalu ada atas meja ialah ayam & telur sebab murah, boleh beli banyak utk makan sekeluarga.

Ikan bills pun tak mampu dah nak beli.

Depa makan daging wagyu paling murah pun RM280-00 sekilo kita ni nak merasa makan daging tunggu open house Raya Haji rumah orang politik la pulak Dol.

Itu pun disana nanti ada kasta & kelas, marhaen macam kita makan bawah pokok la.

YB-YB mencekik bawah khemah di meja VVVVVIP la.

Kahkahkah!

Sehinggakan YB-YB ni nak berak pun ada Jamban VVVVVVIP.

KAHKAHKAH!
KAHKAHKAH!


15 comments:

  1. takpe LL......
    depa lupa kot yg syurga pon bertingkek2 gak....
    neraka tu pon hado bertingkek2 gak...
    nanti depa buleh pilih la no tingkek mano dok sok....

    ReplyDelete
  2. Hang sembang apa yeop..ada bran kasik turun la rege madu pacak hang tu..gst dh xde kan..kah..kah.ke org miskin cam aku ni takdo hak utk makan madu pacak hang..vvvvvip je boleh kot

    ReplyDelete
  3. Daging apo tu...made in japan ke, dr m taknak buat daging lembu yg rego rm280 sekilo ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah ph kot...hahaha ....kerana memikirkan kepentingan rakyat...maka ..dengan ini kabinet mencadang dan meluluskan peruntukan pinjaman bermodal Rm250juta tanpa faedah kepada sebuah syarikat NFC(M) Sdn. Bhd bagi menjalankan ternakan lembut secara feedlot. Kemudahan kawasan ternakan seluas.... hektar juga diberikan sebagai insentif kepada usaha murni ini bagi mengawal kenaikkan harga daging lembu tempatan dan juga harga daging import serta membekalkan daging lembu segar bermutu tinggi dengan harga mampu beli kepada rakyat.... petikan kelulusan kabinet dapur untuk sebuah syarikat penternakan lembu beberapa tahun lalu...hasilnya dapat jugalah daging lembu percuma ke rakyat....huhuhuhu srmasa hari raya korban...

      Delete
  4. Aduhai...
    Comment aku dah banyak tak keluau lahh..
    Selective ler pulak Tuan LL niii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn mengayat power sangat.

      Sebab komen power2 terlalu byklah yg menyebabkan LL kena gam sebelum PRU baru ni.

      Kahkahkah!

      Delete
  5. 8 VVVVVVVIP kalau termasuk Agong nanti Ellie dan Lokman Adam mari blog LL. Depa jaga Agong sekarang. Don't play-play. Sit and never runaway. HAHAHA.

    ReplyDelete
  6. Biasa la, wakil rakyat bila dapat kuasa jadi maharajah

    ReplyDelete
  7. Nak tanya sikit Wagyu tu daging mongolia ka.....??? YB2 ambil bau dah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap daging tu Jepon Nippon Nihonjin mari.. ngiak ngiak bunyi dia.. kah kah kah

      Delete
  8. Bhai LL...

    Daging Wagyu ker Daging Waklu.... hahaha

    Maria Ozawa betul lah.... hahaha

    ReplyDelete
  9. Kau jangan nak mengata org libanglibu. Harga madu kau pun mahal xmampu rakyat marhaen nk beli tau.kahkahkah..

    ReplyDelete
  10. Lembu wakyu tu sembelih atau main tikam je.

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.