Friday, January 12, 2018

Kisah Almarhum Fadzil Nor Memilih Calon PM

Madu tualang power! Click here

Di copy-paste dari FB Mohd Fauzi Mohd Yusoff

*ABANG MAT MEWARISI KEBIJAKSANAAN ALMARHUM FADZIL NOOR DALAM BERPOLITIK*

_Situasi yang dialami Abang Mat sekarang pernah juga dialami oleh Fadzil Noor 20 tahun dulu.... _

Hari ini Abang Mat memilih Tun Mahathir sebagai calon PM, manakala di tahun 1999 dulu Ust Fadzil Noor berjanji akan melantik Anwar Ibrahim jadi PM sekiranya menang PRU.

_*Bukan tidak ada orang yang mempersoalkan tindakan Ust Fadzil Noor ketika itu... Alasan mereka sama seperti hari ini.... Dalam satu mesyuarat dengan PAS negeri Kedah, Fadzil Noor disoal dan dikritik secara bertalu-talu, tetapi dia tetap tenang mendengar setiap kritikan.*_

_Kenapa pilih Anwar jadi PM..? Boleh percaya ke...? Anwar bekas UMNO... Nanti kalau menang Anwar akan lari masuk UMNO... PAS akan ditipu hidup-hidup... Anwar ada agenda sendiri... Anwar itu licik... Anwar hanya mahu mempergunakan PAS untuk kepentingan peribadi... Anwar ibarat anjing tersepit...  Anwar hanya mengidam jawatan PM saja, bla bla bla._

_*Bila semua dah habis bercakap, baru lah Fadzil Noor jawab... Dengan selamba Ustaz Fadzil tanya tiga patah perkataan saja : "Menang dah ka...?"*_

_Dengan tiga patah perkataan itu, habis terkedu semua orang.... Ya lah, duk buat riuh tak nak Anwar jadi PM, tak nak Anwar jadi PM, Ustaz Fadzil tanya, menang dah ke...? Berlawan pun belum, duk sibuk nak bertekak siapa PM pasaipa..?_

_*Ustaz Fadzil sebut akan lantik Anwar jadi PM hanya sebagai strategi untuk menarik orang UMNO supaya mengundi pembangkang.... Ustaz Fadzil pun tahu bukan senang nak menang keseluruhan dan tawan Putrajaya, waktu itu.... Tapi orang bawah tak faham.*_

Dalam satu perjumpaan dengan mahasiswa, ada yang pertikai tindakan Ustaz Fadzil menyokong Anwar Ibrahim yang dipecat dari UMNO dan kerajaan.... Katanya, jangan sampai pisang berbuah dua kali...!

_*Dengan tenang Ustaz Fadzil jawab : "Tak apa lah pisang berbuah dua kali... kalau dulu kita dapat setandan, sekarang dapat dua tandan...."*_

https://www.facebook.com/abeawang.malaya.50/posts/319827818531233

3 comments:

  1. Betui2 sama juga konsep skrg ni namakan Madey sbg pm supaya dpt byk sokongan org melayu terutama kg2 felda2 estet2 kilang2 factory2 dsb..br ada harapan utk menang..ni blum memang dh pkr bertelagah xsetuju itu ini elok tanya mcm fadzil nor tanya tu "menang dah ka"???kalau pembangkang buat mcmni alamat dh tau dh kompom xkan menang..ready je la malapetaka bn memerintah akan dtg...

    ReplyDelete
  2. Apa yg aku nampak team azmin nk naikkan nama Azmin sbg PM..antara azmin dan tun,mana lg kuat pengaruh?? Azmin pun sabarlah..tgu la giliran..hang pun muda lg awat kalut sgt.. Lagu ni bgaduh sama ph memalukan je elok2 pengundi mau pangkah hang ni xpasai2 pengundi protes dan pangkah bn br hangpa tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik rafizi drp azmin. Itu yg azmin takut. Sama mcm KJ dok gabrah tak dpt jd pm

      Delete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.