Monday, January 29, 2018

Duit Hangpa Mau, Babi Hangpa

Madu tualang power! Click here


Berita dari portal Malaysian Insight ini tidak perlu dibaca habis. Cukup dibaca tajuk besarnya saja.

Tajuk besarnya sudah cukup utk memberitahu bahawa kerajaan negeri Kelantan tak berduit.

Ianya juga mendedahkan kerajaan negeri Kelantan sudahlah tak berduit, nak mencari duit pun tak reti.

Orang tak berduit akan meminta-minta.

Dol, org tak berduit amat senang dicucuk hidung, diheret & ditambat di mana-mana padang pun.

Berita ini secara tak langsung memberitahu apalanchaw kepala bana apa pergi jelajah Indonesia, China, Jepun, Korea, Turki, dengan segala bala rombongan menarik pelabur luar tapi hampas satu sen tak ada pulangan untung?

Pergi jelajah satu dunia kemudian seru nama Najib depan gua. Kaplavuto apa?

Maknanya, kalau pusat tak huloq, tak bergajilah kakitangan kerajaan negeri?

Habis tu, segala ADUN lebai/tak Lebai, elaun & gaji berbelas berpuluh ribu, banglo melaut-laut, apa kerjanya?

Ale uto.

Kahkahkah!
kahkahkah!

Teringat aku kpd satu arwah pakcik di Hulu Kelang tempat aku membujang dulu.

Arwah ni ada 2 anak bujang tapi duit tak pernah cukup, asyik mintak orang tua.

Kadang2 satu flet boleh dgr dia memaki-hamun anak2nya,

"Buat kerja pemalaih, duit hangpa maw. Babi hangpa"

Kahkahkah!
Kahkahkah!

Friday, January 26, 2018

Tuan Ibrahim & the Gang Menolak Kereta Rosak

Madu tualang power! Click here


Dol, keratan akhbar di atas terbit 6 bulan sudah, yakni Ogos 2017.

Baru kena gentel dgn Arul Kanda pun lebai dah surrender.

Kahkahkah!

Manakala keratan di bawah terbit baru-baru ini. Najib cakap benda lain pulak.

Kahkahkah!

Siang digentel Arul, malam dikelepet Najib.

Kahkahkah!

Bukan Tuan Ibrahim saja yg buat kerja menolak kereta rosak dan boleh dikatakan majoriti walaon suka buat kerja yg sama.

Kahkahkah!

Dol,

kalau biasa tengok kereta tersadai tepi jalan, lu akan nampak muka tuan kereta macam palat.

Sebab dia tau besi buruk itu akan membawak bala. Mula2 rosak enjin, minggu depan gear box, bulan depan aircond kompom meragam, tayar pulak dah botak tunggu masa.

Nak dibuang besi buruk itu, bininya yg gedempol macam puaka itu sayang bebeno besi buruk yg satu ni.

Kahkahkah!
Kahkahkah!

Bila kereta rosak tepi jalan, biasanya ada la geng yg baik hati tukang tolak nak bagi idup balik.

Geng ini akan berusaha menitik-nitik peluh pun tak apa, asalkan kereta boleh idup balik. Bukan mintak upah pun, tapi kalau dihulur, dirembat.

Bila kereta idup, geng ini akan bertempik bersorak bertakbir, menjulang genggaman penumbuk tanda telah berjaya, sedangkan drebar tengah sakit kepala.

Geng ni pun, ada sekor dua tu, usahkan bab enjin, nak cucuk kunci kereta pun tak tahu kat mana nak rodok.

Kahkahkah!
Kahkahkah!

Begitulah umpamanya lebai-lebai malang, berbuih-buih mulut berzikir berzakar tapi tak tahu ujung pangkal.

Toksahkan nak cerita 1MDB, nak tulis 1MDB ikut jawi pun tak reti.

Kahkahkah!
Kahkahkah!




Thursday, January 25, 2018

Tarbaek Dari Facebook: Urutan Keperkasaan Melayu

Madu tualang power! Click here

Posting hari hari ini agak panjang. Posting copy & paste je pun.

Kahkahkah!

Aku copy & paste dari wall Mohd Fauzi Mohd Yusoff.
___________________________________


⚡YDP Agung --> melayu
⚡Sultan dan Raja --> melayu..
⚡Yang DiPertua --> melayu..
⚡Gabenor bank negara --> melayu..
⚡Perdana Menteri --> melayu..
⚡Menteri kewangan --> melayu..
⚡Menteri pelajaran --> melayu..
⚡Menteri pertahanan --> melayu..
⚡Menteri dalam negeri --> melayu..
⚡Menteri penerangan --> melayu..
⚡Menteri belia --> melayu..
⚡Menteri sukan --> melayu..
⚡Menteri kepengunaan --> melayu..
⚡Ketua Menteri sorang aje bkn melayu.. dgn kata mudah Menteri2 & timbalannya majoriti melayu..
⚡Ketua hakim negara --> melayu..
⚡Peguam negara --> melayu..
⚡Ahli2 parlimen --> majoriti melayu..
⚡ADUN2 --> majoriti melayu..
⚡Kabinet kerajaan persekutuan --> 95% melayu..
⚡Exco2 kerajaan negeri --> 95% melayu..
⚡Ketua polis diraja Malaysia --> melayu..
⚡Ketua turus angkatan tentera --> melayu..
⚡Ketua2 agensi kerajaan --> melayu..
⚡Ketua2 jabatan --> melayu..
⚡Pegawai2 Daerah --> melayu..
⚡Ulamak2 --> 100% melayu..
⚡Penghulu2 -> 95% melayu..
⚡Ketua2 kampung --> 90% melayu..
⚡JKKKP --> 95% melayu..
⚡Professor2 --> 90% melayu..
⚡Guru2 besar --> 95% melayu..
⚡Guru2 kecik --> 90% melayu..
⚡Ustaz2 --> 95% melayu..
⚡Ustazah2 --> 99% melayu..

📌 58% penduduk Malaysia --> melayu..
📌Agama rasmi persekutuan Islam, majoriti penganutnya --> melayu...

Melayu.... oooh melayu !!

🔪Yang bagi s'pore kepada Lee Kuan Yew --> melayu..!!
🔪Yang serahkan pulau batu putih kepada spore --> melayu..!!
🔪Yang serahkan tanah KTM dari Bukit Cagar mengunjur ke Woodland --> melayu..!!
🔪Yang serahkan Tanah Tinggi Genting kepada cina --> melayu..!!
🔪Yang gadaikan rezab tanah orang melayu dari 3.1 juta hektar, 88% dijual, kini tinggal 12% aje --> melayu..!!
🔪Yang menjual air Johor dgn harga murah ke spore --> melayu..
🔪Yang jualkan saham2 melayu dari 52 bilion kini tinggal 2 bilion --> melayu..
🔪Yang serahkan 2 telaga minyak bernilai 320 billion kepada Brunai --> melayu..!!

😆Yang tipu melayu --> melayu..!!

🔪Yang merosakkan pemikiran melayu --> melayu..
🔪Yang brainwash otak melayu, kata cina jahat --> melayu..
🔪Yang suka melayu naif otaknya --> melayu..

✅Yang buat hutang negara lebih 700 bilion --> melayu..
✅Yang tak mahu bayar royalti kelantan --> menteri melayu...
Majoriti rakyat kelantan --> melayu..
✅Yang teraniaya melayu..
Yang menganiaya melayu..

🔪Skandal PKFZ --> Ling Leong Sik (MCA sekutu melayu) tipu kabinet melayu..
🔪Skandal MAS --> CEOnya melayu..
🔪Skandal PERWAJA --> Eric chia (kawan pemimpin melayu) tipu melayu..
🔪Skandal BMF yang mati org melayu..

❗Barisan Nasional --> 13 gabungan parti pelbagai kaum, hanya UMNO yang melayu..
❗Pakatan Rakyat --> gabungannya 3 parti, semuanya ada melayu...

🔥Malaysia tanah melayu.. tetapi Melayu nomad di tanah melayu..
🔥Melayu terpingir di bumi melayu..
😩Lemahnya melayu... ditudingnya jari kepada bukan melayu..

Maaf.. sekadar mencoretkan isi hati marhaen melayu.. Yang tak mewakili mana2 etnik melayu.. atau mana2 ėNGO2 Melayu..

Kawan Pelik..... Yang mundur, melayu.. Yang layu melayu.. tetapi Cina DAP yang dipersalahkan oleh Melayu...

UMNO, dulu kini & selamanya parti melayu walaupun SUAnya pernah umumkan ada hampir suku juta bukan Melayu dari kalangan komuniti Siam & peribumi Sabah.

*Kini PAS pun seperti Umno memusuhi DAP malah lebih hebat mengalahkan Umno sendiri pulak* .

Wednesday, January 24, 2018

Cukup Haul 5 Tahun, Cikgu Masih Nak Pangkah HAMNO?

Madu tualang power! Click here


Umat Cina ada Dong Zong yg mewakili suara mereka dalam hal-ehwal pendidikan.

Dong Zong berduit dipayung tokan-tokan besar mereka & suara mereka didengari.

Kementerian Pendidikan pun kadang2 malu-malu siput babi dgn Dong Zong.

Kahkahkah!

Umat Melayu ada suara jenis apa dalam hal-ehwal pendidikan? Semuanya kita serah bulat-bulat kpd Kementerian Pendidikan.

Itu sebabnya bila cikgu kena lempang, kena taji dgn budak, kena ugut, tak ada sapa ambik pot.

Masing2 jaga gaji ribu-riban tiap bulan.

Hari Sabtu kena kerja, kerja perkeranian kena buat, jadi drebar budak, kerja mengajar makin bertambah, itu pun masih tak nampak jalan keluar untuk bersuara.

Guru-guru Melayu memang telah dibonsaikan dgn jayanya oleh Kementerian Pendidikan.

Pergi sekolah awal pagi, lewat petang sampai rumah, cukup haul 5 tahun pangkah HAMNO.

Kahkahkah!

Memang hak umat Cina bersuara menuntut sekolah baru, sebab puak depa yg paling byk membayar cukai.

Umat Melayu lebih suka menuntut masjid baru, masjid mahal, peruntukkan elaun imam siak bilal & karpet tebal2.

Kemudian kontrak buat masjid mahal2 ni dibaginya kpd org kuat HAMNO, kemudian org kuat HAMNO pun bagi kpd tokan Cina, kemudian tokan Cina buat untung kaw-kaw, kemudian dia pun derma kpd Dong Zong.

Nampak? Kahkahkah!
Kahkahkah!

Kemudian lu umat Melayu siang malam pagi petang berzikir berzakar menyalahkan umat Cina.

Umat Melayu tak reti bersuara, tak ada kabel kuat utk bersuara & memang malas bersuara pun.

Kahkahkah!

Nak harapkan NUTP bersuara? Baik boss dia kemam sireh, tangan seluk kocek main-main batu 2 bijik.

Saturday, January 20, 2018

Menyagat Si Sajat

Madu tualang power! Click here


Si Sajat ini makhluk Allah juga.

Apalah dosa beliau hingga diperlakukan sedemikian rupa oleh JAKIM?

Jangan dimalukan Si Sajat di khalayak terbuka lagi, jgn iris-iriskan hatinya lagi.

Si Sajat pun perlu tahu apakah jantinanya. Si Sajat lebih berhak dari sesiapa jua.

Kaplevuto hapa JAKIM nak ambik masa sampai sebulan utk menentukan jantan/betina?

Kahkahkah!



Ada cara murah & mudah tak payah panggil bidan, tukang urut atau doktor. Tak perlu.

Bawak sekeping kertas pasir kemudian sagat slow-slow celah kangkang.

Kalau dia steady, kompom perempuan.

Tapi kalau berkeriut-keriut muka, sah la batu dua bijik dah  mengilu bersagat kertas pasir.

Kahkahkah!
Kahkahkah!

Friday, January 19, 2018

Menteri Mengangkang, Guru Pembangkang

Madu tualang power! Click here


Menteri kerja lintang-pukang, sila letak jawatan.
Menteri slow macam kongkang, sila letak jawatan.
Menteri mulutnya longkang, sila letak jawatan.
Menteri perut sebesar tongkang, sila letak jawatan.

Menteri kuat mengangkang, sila letak jawatan.

Kang kang kang!
Kahkahkah!

Thursday, January 18, 2018

Bangganya Jadi Melayu, Kan?

Madu tualang power! Click here


Punca kejadian ini ialah Madey.

Madeylah yg gatei telor supaya Msia membuat kereta sendiri, sedangkan dapatan kajian menunjukkan Msia tak payah gelenyar, lebih baik membeli shj kereta luar.

Kahkahkah!

Kemudian Ploton jadi lubuk duit kpd vendor wiper, vendor karpet, vendor kusyen Bumiputera Melayu Islam.

Vendor2 ini hidup menghisap darah Ploton.

Barangan hampas tak ada kualiti, harga 4 kali lipat dari harga pasaran.
 
Vendor2 berpuaka ini senang-lenang sejak zaman Madey, kemudian zaman Dolah, sampai zaman Najib, Ploton pun kena let go lah, berbulu Najib dgn projek kesayangan Madey ni.

Bukan sebab Najib nak berjimat dari tiap tahun 'menghulur' kpd Ploton pun.

Kahkahkah!
Kahkahkah!

Dol, 

Ploton dulu tu dari awal lagi, ialah satu projek wajib melingkup. Tiap tahun rugi, tiap tahun berhutang dgn kerajaan.

Bersyukurlah kita projek ini telah dapat kpd China. Kompom lah mereka akan maju jaya satu masa nanti.

Jgnlah beriri-hati kalau Melayu selaku tuan tanah Malaya ini tak dapat 5% diskaun2 sekali pun.

Ini tandanya umat Melayu sudah berpendapatan tinggi. Getah buku kampung pun sekarang harganya RM35/kilo. Tak perlu diskaun2 lagi. Bayar cash pun boleh.

Kahkahkah!

Kesian org Hokkien.

Kahkahkah!

Saturday, January 13, 2018

Skill Azmin Menjilat

Madu tualang power! Click here


Mula2 kita kena akur bahawa, 'all is fair in love, war and politics. And also there are no eternal enemies or friends in love, war and politics.

Kemudian mari kita bantai Azmin Ali.

Kahkahkah!

Seriously, betapa kerat pemimpin kita yg benar2 ikhlas membantu rakyat yg telah mengangkat mereka naik?

Kalau betul2 nak membantu, dah lama pendidikan & perubatan telah digazetkan percuma utk rakyat Msia.

Jgn terkejut, byk negara kapir lahanat yg memberikan pendidikan & perubatan percuma utk rakyat mereka.

Yg ramainya, pemimpin kita membesarkan tembolok masing2. Lagi haramzadeh, membesarkan tembolok suku-sakat, cucu-cicit.

Tgk keluarga Mahafiraun, keluarga Razak, keluarga Badawi, keluarga Samy Vellu, semuanya kaya-raya duit makan tak habis.

Kalau Mahafiraun seorang bekas tuan DO Kulim, susah sikit la nak dapat semua anak jadi jutawan.

Kahkahkah!

Atau Razak cuma tukang kebun di Genting Sempah, mungkin ada seorang dua anaknya makan gaji dgn gomen. Tak dapek meraso lah golang Gucci keliling buku lali.

Kahkahkah!

Punca segala laba yg puak-puak diatas dapat, cuma satu, yakni politik. Politik bererti kuasa. Kuasa membuka seluas-luas ruang kepada segala mcm bentuk ghanimah yg lazat-ladzat.

Dol, 

Lu ingat Azmin cuma nak sepenggal jadi MB?

Lu ingat selepas sepenggal dia akan berundur memberi laluan kpd bakat baru?

Kaplavana kaplavuto lah!

Kahkahkah!

Di Malaysia ini org jadi pemimpin sampai masuk kubur. Sebelum masuk kubur lagi dia dah aturkan si polan-si polan menggantinya.

Dia masuk kubur bawak remote. Supaya dari dalam kubur pun dia boleh control benda kat atas tanah.

Begitulah penangan kuasa. Power is the greatest aphrodisiac. Kuasa lah ubat penyetim paling kuat.

Kahkahkah!

Dulu cakap Mahafiraun itu, Mahafiraun ini, sekarang dah cium tangan balik.

Ikut suka Azmin la nak guna skill jilat macam mana pun, tapi hati-hati takut terjilat lubang ekzos.

Kahkahkah!
Kahkahkah!


Friday, January 12, 2018

Kisah Almarhum Fadzil Nor Memilih Calon PM

Madu tualang power! Click here

Di copy-paste dari FB Mohd Fauzi Mohd Yusoff

*ABANG MAT MEWARISI KEBIJAKSANAAN ALMARHUM FADZIL NOOR DALAM BERPOLITIK*

_Situasi yang dialami Abang Mat sekarang pernah juga dialami oleh Fadzil Noor 20 tahun dulu.... _

Hari ini Abang Mat memilih Tun Mahathir sebagai calon PM, manakala di tahun 1999 dulu Ust Fadzil Noor berjanji akan melantik Anwar Ibrahim jadi PM sekiranya menang PRU.

_*Bukan tidak ada orang yang mempersoalkan tindakan Ust Fadzil Noor ketika itu... Alasan mereka sama seperti hari ini.... Dalam satu mesyuarat dengan PAS negeri Kedah, Fadzil Noor disoal dan dikritik secara bertalu-talu, tetapi dia tetap tenang mendengar setiap kritikan.*_

_Kenapa pilih Anwar jadi PM..? Boleh percaya ke...? Anwar bekas UMNO... Nanti kalau menang Anwar akan lari masuk UMNO... PAS akan ditipu hidup-hidup... Anwar ada agenda sendiri... Anwar itu licik... Anwar hanya mahu mempergunakan PAS untuk kepentingan peribadi... Anwar ibarat anjing tersepit...  Anwar hanya mengidam jawatan PM saja, bla bla bla._

_*Bila semua dah habis bercakap, baru lah Fadzil Noor jawab... Dengan selamba Ustaz Fadzil tanya tiga patah perkataan saja : "Menang dah ka...?"*_

_Dengan tiga patah perkataan itu, habis terkedu semua orang.... Ya lah, duk buat riuh tak nak Anwar jadi PM, tak nak Anwar jadi PM, Ustaz Fadzil tanya, menang dah ke...? Berlawan pun belum, duk sibuk nak bertekak siapa PM pasaipa..?_

_*Ustaz Fadzil sebut akan lantik Anwar jadi PM hanya sebagai strategi untuk menarik orang UMNO supaya mengundi pembangkang.... Ustaz Fadzil pun tahu bukan senang nak menang keseluruhan dan tawan Putrajaya, waktu itu.... Tapi orang bawah tak faham.*_

Dalam satu perjumpaan dengan mahasiswa, ada yang pertikai tindakan Ustaz Fadzil menyokong Anwar Ibrahim yang dipecat dari UMNO dan kerajaan.... Katanya, jangan sampai pisang berbuah dua kali...!

_*Dengan tenang Ustaz Fadzil jawab : "Tak apa lah pisang berbuah dua kali... kalau dulu kita dapat setandan, sekarang dapat dua tandan...."*_

https://www.facebook.com/abeawang.malaya.50/posts/319827818531233

Calon-calon PM Kita Akan Datang

Madu tualang power! Click here


All is fair in love, war and politics.
And no permanent friends or enemies, only interests.

Kahkahkah! Baru dia taw.

Yg ini lagi KAHKAHKAH!
KAHKAHKAH!


Thursday, January 11, 2018

Walaon Terus Melongo & Melopong

Madu tualang power! Click here



Duit 90 juta atau 200 juta draw dari Affin Bank tidak boleh membeli karisma.

Karisma juga tidak boleh dibeli walau dgn wang ringgit 2.6 billion sekalipun.

Balutlah kepala dgn serban 5 kilo sekali pun, kalau dah jenis gabra, gabra jugaklah.

Selubung dgn jubah sapu taik ayam pun, nampak jelas gigilnya.

Kahkahkah!

Karisma adalah anugerah. Tak semua pemimpin dikurniakan karisma.

Yang ramainya pemimpin poyo & buat2 poyo.

Antara pemimpin berkarisma yg kita ada/pernah ada contohnya seperti Harun Idris, Ghazali Shafie, Madey, Mat Nuar dan Nik Aziz.

Manusia berkarisma seperti nama-nama di atas boleh membuat mulut kita melongo masuk lalat semasa mereka berucap.

Merujuk kpd gambar di atas, selain walaon, sapa lagi yg melopong mulutnya tanda kagum bila Chief Lebai bercakap sedemikian?

Kahkahkah!
Kahkahkah!

Orang dah tak ambik pot dah cerita lebai-lebi ni.

Berhubunganlah, bercengkeramalah, ikut-sukalah, tak sapa ambik pot.

Kahkahkah!

HAMNO umur dah dekat seratus, PAS (Parti-Audiporschevellfirerangerover-Semalaysia) pun dah ganyut.

Nak berhubungan macam ni? Setakat laga-laga bulu roma aje kot?

Kahkahkah!

Sorang sakit jantung, sorang lagi kena gout.

Kahkahkah!

Wednesday, January 10, 2018

Foto Madey & Nurul Izzah Paling Win

Madu tualang power! Click here


Di atas ialah gambar Madey & Izzah anak Mat Nuar.

Madey nak ziarah Mat Nuar di hospital, kununnya.

KDN pun tak bagi ziarah, kununnya.

Kahkahkah!

Pun begitu, tidak dinafikan gambar di atas bernilai puluhan malah mungkin ratusan ribuan undi.

Dol cuba analisa sikit sekiranya,

1. Mengundi pun lambat lagi,
2. Mat Nuar pun lambat lagi keluar.
3. Madey pun masih dalam tong taik HAMNO.

Adakah Madey nak pergi ziarah Mat Nuar?

Kahkahkah!

Ini semua wayang nak berebut ghanimah je Dol.

Kahkahkah!

Pun begitu memang tak dinafikan karisma Madey yg boleh menarik sokongan saluran satu.

Tapi akan ke laut lepas, ke laut dalamlah kalau Chief Lobai yg bergambar dgn Izzah.

Level Chief Lobai bergambar dgn Saiful BauKari pun dah kira OK la tu.

KAHKAHKAH!
KAHKAHKAH!

Anwar Ibrahim Kalut

Madu tualang power! Click here




Anwar sepatutnya dulu jgn paksa Madey resign.

Anwar kena sabar tunggu Madey berenti sukarela atau tunggu beruban berjanggut, berjambang berakar, sampai Madey mati.

Barulah Anwar boleh jadi PM.

Kalau Anwar tak kalut dulu, tak dak lah cerita menumbuk mata sendiri, kisah arsenik sampai luruh bulu-bulu pahat, kahkahkah!

Kahkahkah!

Tengok sekarang sapa jadi PM? Lepas Dolah ZZ, Najib ganti.

Kalau Anwar tak kalut dulu, Tanah Melayu dan segala ghanimahnya ini kompomlah Anwar yg punya.

Tgk gambar diatas, betapa ladzatnya Najib & kuncu-kuncunya ke Arab Saudi.

Mak, anak, menantu, cucu, khadam, kawan, semua dihangkutnya.

Tak tahulah apa benda lawatan kerja punya jenis.

Kahkahkah!

Kalaulah Anwar dulu sanggup jadi balaci togel Madey, Anwar pun boleh bawak suku-sakat pegi Saudi, main-main umrah.

Kahkahkah!

Anwar Ibrahim memang kalut.

Monday, January 8, 2018

Di Mana Mat Maslan Sekarang?

Madu tualang power! Click here


Inilah pemimpin berjiwa rakyat.

Orang makan teliur masak kicap, dia pun balun sama

Org merebus jagung, dia join sama. 

Org pi menoreh, dia pun turut pi tidur dlm kebun.

Kahkahkah

Mat Maslan sekarang berada di celah rimbunan pokok sawit utk lebih memahami denyut nadi rakyat.

Sebenarnya Mat Maslan pun tak tau nak kata apa, kenapa sawit kita punya, tanah kita punya, kilang kita punya, tapi harga minyak masak masih murah jika dibandingkan dgn 1 kontena minyak atar.

Kahkahkah!

Sunday, January 7, 2018

Isa Samad Kuat Semayang

Madu tualang power! Click here


Tak pernah keluar paper pun perihal Isa Samad mengaku dia kuat semayang.

Tak pernah terbaca pun kisah dia khatam Quran 2 Kali bulan posa. Kisah dia jadi imam terawikh pun tak pernah terjumpa.

Mungkin ini cuma gembar-gembur salam cium tangan pengikut taksubnya atau mungkin memang betul terjadi dan Isa Samad amat low profile.

Kahkahkah!
Kahkahkah!

Cuma kita berasa amat gerunlah. Seriau.

Kahkahkah!
Kahkahkah!

Dalam keaadan Isa Samad khusyuk dan tawadduk itu pun dia dah keluar masuk pejabat SPRM & skandal keliling buah pinggang,

Dol,

Cuba bayangkan kalau dia memang jenis semayang tunggang-langgang & menonggang pagi petang?

Boleh habis sawit FELDA dicabutnya!

Kahkahkah!


Saturday, January 6, 2018

Dr Rozaimi Ramle Dilarang Mengajar/Berceramah/Bersyarah Di Perak

Madu tualang power! Click here


Pekeliling larangan itu ditandatangani oleh Al fadhil Sohibus Samahah Al ustaz Al Haji Al Doktori Harussani Al Mufti Al Peraki sendiri.

Kahkahkah!

Dr Rozaimi itu pensyarah kanan sebuah universiti. Makan gaji dgn kerajaan, serupa dgn tuan mufti itu juga, tapi tuan multi sudah kasi ban sama dia.

Kalau Dr Rozaimi itu byk mengajar benda tahyul, kaplavana apa dia masih boleh mengajar di UPSI?

Ini bahaya! Boleh merosakkan muda-mudi Melayu! Graduan-graduan yg diajarnya semua akan jadi graduan tahyul.

Tuan mufti kena turun padang mengambil tindakan. Kalau tuan mufti dah bijak sangat, pergilah mengajar hadis di UPSI.

Kahkahkah!

Bolo punya mopti!!

Kahkahkah!

Thursday, January 4, 2018

Husam Akan Disaman Secara Ghaib

Madu tualang power! Click here



Dol,

dulu ada satu makhluk namanya Nasa. Tapi makhluk ini telah bersemadi di bulan, oleh itu tak jadi nak menyaman Husam kes 90 juta.

Kemudian PAS Kelantan pun teringin menyaman Husam, pun tak jadi juga sebab sukar mengesan tempat Husam mengeteh & mengopi.

Kahkahkah!

Sekarang ada makhluk baru ingin mencuba nasib menyaman Husam.

Kes kaplavana hapa pun tak tahu.

Kahkahkah!

Khabarnya makhluk ini mempunyai pendekatan lain dari yg lain.

Dia akan menyaman cara batin.

Menyaman cara ghaib ini tak ada la orang tahu.

Kahkahkah!

Tuesday, January 2, 2018

Iskandar Samad Jangan Kencing Berdiri

Madu tualang power! Click here



Mahfuz telah rasmi keluar dari PAS yg telah didukunginya selama 40 tahun.

Ikut suka tekak dia lah nak keluar/masuk parti apa pun.

All is fair in love, war and politics.

Kaplebuto Iskandar Samad berjambullah kalau dia tak kenal Mahfuz.

Kahkahkah!

Jgn tanya "Mahfuz who?", sebab Mahfuz dah cukup terkenal satu Malaya.

Kalau kita tanya "Iskandar who?", apa macam?

Iskandar ini jauh lebih muda dari Mahfuz. Mungkin waktu Mahfuz mula2 join PAS, Iskandar Samat itu masih lagi kencing berdiri tergigil-gigil, kepala bana pun masih penuh palat sebab belum lagi disunatkan oleh makbapaknya.

Itu dia "Iskandar who".

Kahkahkah!
Kahkahkah!