Saturday, November 18, 2017

Zahid Hamidi Melawat Anwar Ibrahim Pulak Dah

Madu tualang power! Click here


Mari kita menafsir dan buat-buat pandai menafsir gambar di atas.

Sebelum itu kita kembali ke zaman dahulu, yakni zaman Mahafiraun.

Senarionya sama. Dulu pun Mat Nuar masuk hospital setelah ditinju & dikarate setengah mampus oleh Rahim Noor, tapi sekor habuk tak berani pergi melawat.

Usahkan melawat, nak menangis kasihankan Mat Nuar pun depa tak berani. Cuba-cuba menangis, tapi yg keluar air kencing takutkan Mahafiraun.

Kahkahkah!
Kahkahkah!

Kita kembali ke gambar di atas. Tgk riak muka dua org anak Anwar. Muka-muka ini telah membesar tanpa kasih bapa yg asyik kena penjara. Kompom budak2 tu berzikir, "cepatlah kau berambus baju kuning, cepat berambus, aku lama dah berdiri ni".

Kahkahkah!

Tgk pulak muka bini Zahid yg happy macam masuk fun-fair, ingat Najib suka ke? Ingat Najib tak reti2 ke?

Piirah! Laki kau tak akan jadi PM punya. 

Kahkahkah!

Tgk kelaku Si Zahid, kompom dlm hatinya itu berkata-kata, "nak pegang ke tidak tangan Anwar ni, bukan org lain dia ni dulu boss lama aku".

Tak usah pegang. Nanti keluar pulak cerita ekzos Zahid. Cukup tak senonoh politik Msia ni.

Kahkahkah!
Kahkahkah!

Apa pun, syabas kpd PM & TPM sudi melawat Anwar. Politik ni kena pandai, hari ni kita penaik harga petrol, esok kita melawat Mat Nuar, lusa kompom ramai Melayu bercita-cita nak pangkah HAMNO.

Kahkahkah!

Menteri Afrika Menganjeng Menteri Bumiputera Melayu Islam

Madu tualang power! Click here

Semasa berucap Di Wilson Center, Washington, Amerika Syarikat beberapa tahun lalu, bekas PM Kenya Raila Amolo Odinga pernah menganjeng-nganjengkan pemimpin bumiputera Melayu Islam Malaysia.

Kahkahkah!

Dulu kita menganjeng-nganjengkan Indonesia, skrg satu dunia menganjeng-nganjengkan Msia.

Kahkahkah!

Di bawah adalah ulasan beliau.

-----------------------------------------------------------------------------

Beliau mengulas dengan sebuah jenaka berkaitan sebuah negara Afrika, yang hanya dirujuknya sebagai 'Negara X'.
Katanya, rombongan dari Negara X diketuai seorang menteri melawat ke Malaysia dan ditunjukkan projek-projek pembangunan oleh menteri kerja raya Malaysia.


Selepas itu menteri Afrika itu dibawa ke rumah menteri Malaysia yang besar, terdapat kolam renang dan lamanya sebesar setengah ekar.

“Dia tanya menteri (Malaysia) itu, 'Macam mana kami dapat semua ini?' Menteri itu bawanya ke beranda dan berkata; 'Nampak jalan di sana?” Lelaki itu kata 'ya'. Dia (menteri Malaysia) jawab, '10 peratus di sini' (rumah),” katanya disambut gelak ketawa orang ramai.


Tidak tamat di situ, Raila menyambung ceritanya, selepas setahun, menteri Malaysia itu membuat lawatan balas ke Negara X dan turut dibawa berjalan-jalan sekitar negara itu dan ditunjukkan projek pembangunan.


Di sebelah petang, kata Raila lagi, menteri Malaysia itu dibawa untuk makan malam di rumah menteri Negara X.
“Dia masuk ke laman. Lamannya sebesar 5 ekar. Bila masuk ke dalam, dia dapati semua perabot diimport dari Eropah, dan banyak benda keemas-emasan. Dia nampak kolam renang bersaiz Olimpik.
“Dia (menteri Malaysia) tanya (menteri Afrika) bagaimana dia dapat semua ini.


“Dia dibawa ke beranda. 'Kamu nampak jalan di sana?'. Menteri Malaysia itu tidak nampak sebarang jalan. Kemudian, dia (menteri Afrika) itu memberitahu, “Seratus peratus di sini (rumah ini).”


https://www.malaysiakini.com/news/402337