Sunday, November 12, 2017

Anwar Ibrahim Baru Selesai Menjalani Pembedahan Bahu

Madu tualang power! Click here

Disalin dari FB Zukri Aksah dan ditempekkan di sini.

Hari ini saya doakan keselamatannya, Anwar Ibrahim dia akan ke bilik bedah dalam operasi yang mengambil masa tiga jam dengan kaedah pembiusan penuh ingat... dia bukan ke situ dari rumah yang penuh dengan keriangan ahli keluarga bukan juga dari kantor yang penuh sapaan mesra rakan sekerja dia ke situ dari penjara ya, dari penjara yang penuh dengan tekanan yang membara dia menyanggupi untuk bertarung nyawa dalam kondisi paling tidak selesa.

Dialah Ketua Umum Pakatan Harapan Pakatan Harapan yang dituduh penyangak Pakatan Harapan yang dikata biawak hidup yang lebih bahaya ALLAHU! siapakah yang tega berkata begitu dari balik serban dan jubah panjang sedepa Anwar Ibrahim inilah yang menyerah diri pada sistem semata-mata mahu membuktikan sistem yang dilawan ini adalah korup zalim dan jahat sudah berapa ramai yang menangguk labadari penyerahan dirinya ini? dia sudah korbankan segalanya ke tahap yang kita rakyat biasa tidak akan mampu membayanginya dari kebebasan hingga kesihatannya apa yang dikejarnya? adakah mahu menyangak kuasa?

GILA sungguh orang yang menuduhnya Sungguh, saya bukan pengkagumnya sejak dari zaman saya bergelar mahasiswa tapi yang membuat saya bangkit juga adalah kerana apa yang diperbuat padanya dari 1998 hingga hampir 20 tahun selepasnya telah menginjak karamah insaniyah dan bila pemimpin tidak lagi menjaga maruah dan keselamatan diri rakyatnya.

Imam Ghazali menitipkan pada saya pemimpin itu tidak lagi layak untuk berada di puncak kuasa! 

RE FOR MA SI!