Thursday, November 2, 2017

Rombongan Abg Aji Ke Kota London

Madu tualang power! Click here

Hadi perlu failkan pembelaan jawab dakwaan Clare, kata peguam


 | October 30, 2017
Kegagalan berbuat demikian akan membantu editor Sarawak Report mendapatkan keputusan yang memihak kepadanya, kata S.N Nair.

PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus memfailkan pembelaan bagi membersihkan perdana menteri daripada tuduhan, sebagai jawapan kepada dakwaan Clare Rewcastle Brown bahawa presiden PAS itu berkomplot dengan Datuk Seri Najib Razak atau ejen beliau untuk mengekploitasi satu kes mahkamah di London, kata seorang peguam.
S.N Nair berkata perkara itu mesti dilakukan dalam tempoh masa yang ditetapkan peraturan mahkamah British.
--------------------------------------------------------------------------------------------



Dol,

London bukannya dekat. Nak pergi London bukan seperti dari Marang nak ke Pasir Mas atau Temerloh.

Kahkahkah!

Cuacanya berbeza sangat dengan cuaca kita. Ada 4 macam musim. Kalau kena musim sejuk Dol, habis batu geliga menggigil. Kencing pun jatuh berketul-ketul. Itu yg orang panggil 'Eskimo Pissing'.

Kahkahkah!

Belanja di kota London mahal Dol. Jgn cuba check harga sotong, harga budu dan bermacang-macang makanang laut yg laing. Tak sama rege dgn Pasor Kuale Besuk.

Kahkahkah!

Nak pergi London, kena check pihak kastang Dol. Letih menjawab, ini ubat apa? Ni air apa? Minyak ni nak buat hapa? Apa pasal banyak sangat ubat ni??

Krim pun bawak, nak buat apa krim ni?!

Kahkahkah!
Kahkahkah!

Lagi satu Dol, bagi la orang lain pulak nak ikut rombongan ke London. Jangan la asyik muka-muka itu juga. Orang lain nak jugak ber'London Bridge'.

Kahkahkah!