Tuesday, July 4, 2017

Cekik-cekik Syawal

Madu tualang power! Click here

Cekik-cekik Syawal ini menggantikan Ketuk-ketuk Ramadhan yg ada adegan goyang-goyang. 

Kahkahkah!

Dol,

sekarang dah masuk Syawal. Orang Melayu bagai nak rak ber'open house'.

Boleh dikatakan jugak time inilah orang politik bukan main galak nak menjamu rakyat marhaen.


Bukan senang nak masuk rumah YB. Berbaloi berpanas meredah jem. Berbaloi beratur nak bersalam cium tangan YB. Berbaloi beratur panjang menunggu giliran mencedok nasik. Kena beratur lagi utk mengaut lauk pauk. 

Berbaloi jugak kot makan atas rumput kalau tak jumpa kerusi. Duduk tepi tong sampah pun OK.

Kahkahkah!


Kalau kau rasa berbaloi-baloi, kau pergilah Dol.

Bagi aku, baik melepak tepi bendang belakang rumah mengail ikan puyu.

Kahkahkah!