Monday, June 12, 2017

Surat Untuk Kawan-kawan

Madu tualang power! Click here


Kepada kawan-kawan para pembaca Libang Libu.

Separuh Ramadhan dah kita settlekan. Tinggal lagi separuh. Mintak dipanjangkan nyawa untuk menghabiskan Ramadhan ini dan berjumpa lagi dgn Ramadhan akan datang.

Memang sepanjang Ramadhan kali ini, aku tak menulis langsung.

Bukan sebab kerana hari baik bulan baik, aku tak mau mengutuk orang. Bukan.

Aku mengutuk orang berperangai cilake. Mengutuk orang berperangai macam cilake tak pilih bulan. 


Aku tak menulis langsung setakat ini kerana aku berpuasa. Kahkahkah!

Bila aku berlapar, idea amat kureng. Kalau ada pun, idea yg tak berapa syiok. Kahkahkah!

Lagi pun di bulan puasa ini, tidur sedap lain macam. Lepas sahur sambung tidur, lepas Zohor sambung tidur, tidur, tidur & tidur. Kahkahkah!


Kawan-kawan,

kalau ada seru nanti, kompom aku update Libang  Libu. Lagi pun semenjak dua menjak ini telah ada beberapa isu bodoww lembu yg timbul. Kahkahkah!

Kawan-kawan sekelian,

ingin aku ucapkan dengan lewatnya selamat menyambut Ramadhan dan penuhilah hari2 didalamnya dgn amal kebajikan.

Juga selamat berbuka puasa petang ini dan penuhilah 1/3 perut kamu dan anak bini dgn makanan yg baik dari perbuatan yg baik.