Monday, May 1, 2017

Awang, Pawang & Bawang

Madu tualang power! Click here

Image result for pawang besar
Pawang anjing sedang meleraikan anjing

Di zaman 60an & 70an dulu, ada seorang pawang yg handal di Kuala Kangsar, Perak.

Namanya aku pun tak tahu, sebab yg bercerita dgn aku pun tak tahu nama penuhnya.

Pawang ini masyhur di seluruh jajahan Kuala Kangsar. Bab jin, puaka, polong, santau, buatan orang, tilik barang hilang, semua dia boleh buat.

Disebabkan khidmat kepawangannya semakin diketahui ramai, maka ramailah datang ke rumahnya, yg buta datang berpimpin, yg capik datang bertongkat, yg ada Mercedes datang dgn drebar, yg bermotor Honda c50 datang berbonceng anak bini & yg berbasikal datang berkayuh sendiri.

kahkahkah!

Maka sang pawang mula riak & takbur atas kebolehannya, lalu satu hari ditempahnya papan tanda dan dipacak di depan rumah bertulis, "PAWANG BESAR"

Pawang Besar semakin poyo. masyarakat sekeliling sudah mula rasa kurang senang dgn si pawang, terutama golongan peniaga di pekan Kuala Kangsar. 

Namun ramai yg mengampu menjunjung si pawang.

Ada yg bawak si pawang ketika membeli baju, kompom akan dapat murah gila sebab pekedai kena jegil dgn si pawang.

Ada yg tak berduit nak menebus emas di pajak gadai, bawak si pawang. Kena hembus-hembus tauke pajak gadai sampai terkencing-kencing dia. Kahkahkah! Terus dapat tebus emas, tak payah bayar.

Orang kampung semakin berbulu dgn perangai haprak si pawang maka satu hari sekumpulan anak muda mengambil tindakan.

Tindakan yg amat mudah, disebabkan si pawang buta huruf, kutu-kutu itu cuma menconteng papan tanda si pawang.

Papan tanda yg tertulis PAWANG BESAR sekarang sudah jadi BAWANG BESAR. 

Kahkahkah!

Jadi orang pun tak jumpa lagilah rumah si pawang. Bisnes hembus-hembus, takut-takutkan orang dan jual air jampi merudum teruk. Cuma peniaga2 kedai runcit yg tak tahu apa-apa akan singgah bertanyakan bawang besar utk dibeli borong.

Kahkahkah!

Moral of the story, tiba-tiba aku teringatkan Hadi Bawang Awang. Bukan, bukan sebab serban dia macam bawang. Serban dia elok kemas rapi. Kahkahkah!

Bukan sebab dia pandai handle polong. Bukan.

Bukan sebab dia jual air jampi.

Karekter dia yg sama dgn Pawang Besar ialah dia pun sudah tidak dihormati orang. Dia khayal dijunjung pengikut. Seperti Pawang Besar, Hadi Awang juga diperlekehkan orang.

Tidak ada dalam sejarah PAS, presidennya dilukis dgn karikator beruk.