Friday, March 10, 2017

Nik Abduh Bawak Isu Yg Ada Isu

Madu tualang power! Click here

Nik Abduh: Kerajaan tidak bersungguh hapus ‘industri dosa’


KUALA LUMPUR: Tiada jalan lain bagi kerajaan mengekang gejala sosial di negara ini melainkan menghapuskan ‘industri dosa’ yang menjadi punca masalah itu, kata Ahli Parlimen Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas).
Malangnya, beliau berkata, setiap usaha yang dijalankan kerajaan sebelum ini hanyalah bersifat “melepaskan batuk di tangga”.
“Dadah masuk dengan begitu mudah, kita gagal selesaikan. Begitu juga judi dan pelacuran.
----------------------------------------------------------------------------------------
Apa yg diutarakan Nik Abduh itu betul.
Kita ambik masalah dadah, sudah berpuluh tahun negara kita cuba memerangi gejala ini namun hasilnya tak seberapa.
Yg kena tangkap, masuk pusat kemudian keluar pusat, kemudian masuk pusat balik.
Dia masuk pusat pemulihan umpama masuk universiti. Kalau sebelum masuk pusat dia cuma tukang rembat sport rim motor, bila dia keluar dari pusat dia dah boleh rembat kereta.
Sebab kat dalam pusat itu berkumpul semua jenis makhluk. Ada makhluk penyamun, ragut, pecah rumah, rogol, semua berkumpul dan saling bertukar kemahiran.
Masalah dadah tak akan selesai hanya dengan menangkap Mat Gian kemudian dimasukkan ke pusat pemulihan. Percayalah.
Masalah dadah ini akan selesai jika diambil pendekatan Presiden Filipina Duterte.
Ramai pengedar di Filipina ditembak mati. Tembak mati terus, tak ada kira bicara. Memang tak adil, tapi kalau pengedar kaya raya, kompom dia pasang lawyer bagus yg kaki auta boleh jumpa jalan cilok utk lepas.
Tapi Dol,
dadah ini satu industri seperti yg dikatakan Nik Abduh.
Industri maknanya ada untung ada rugi. Industri dadah banyak untung tak ada rugi.
Dengan adanya penagih, maka ada pusat pemulihan.
Setiap pusat pemulihan memerlukan kontraktor makanan, kontraktor repair jamban, kontraktor wayar elektrik, kontraktor baju penagih, kontraktor ubat, kontraktor potong rumput & macam-macam lagilah.
Ini industri bukan kecik, makan bilion.
Kalau macam air ketum, orang tak ambik pot.
Kalau tidak, apalah salahnya tentera Msia yg canggih-manggih itu pergi bom bagi ranap rumah tokan dadah yg besar-besar?
Kalau tak jalan jugak, kita boleh mintak tolong pawang kelapa.
KAH KAH KAH KAH!!!!