Saturday, February 4, 2017

Mengira Bulu Memerang Di Pulau Batu Puteh

Madu tualang power! Click here


Kalau kita bukak pemetaan maritim antarabangsa sekarang ini, entah ada entahkan tidak ada lagi sebuah pulau yg bernama Pulau Batu Putih.

Pulau Batu Putih telah jatuh ketangan Singapura beberapa tahun lalu. Boleh rujuk DI SINI dan DI SINI.

Singapura telah sekian lama menamakan pulau itu sebagai Pedra Branca dan setelah menjadi jajahan takluknya tentulah mustahil pulau itu dinamakan sempena nama Menteri Tenaga & Pos Malaysia. Betul tak?

Kah kah kah!!!

Kalau kita ajukan peta diatas kepada orang yg cacat penglihatan sekalipun, pasti beliau akan menggaru-garu celah kelangkangnya seraya bertanya, "kaplevuto hapa pulau itu hampir dgn Johor tapi dah jadi milik Singapura?"

kah kah kah!!!

Mendiang Karpal Singh berpendapat Msia tewas merebut Pulau Batu Putih atas 2 perkara;

1. Msia menentang lawan yg bukan calang-calang.
2. Msia berstrateji ntah-hapa-ntah.

Msia tewas meski pun saiz delegasi bijak pandainya 2 kali ganda delegasi Spura.


Terbaru, Msia telah memohon semakan semula diatas penghakiman tersebut dan telah pun difailkan pada 2hb Feb 2017.

Mohamad Apandi Peguam Negara kata dia ada penemuan fakta-fakta baru. Tak tahulah pula fakta baru itu rupanya macam mana. Kah kah kah!!!

Cuma kita janganlah berharap sangat. Bukan senang nak melawan Singapura. Sejarah telah banyak membuktikan kita bungkus.

Bab MAS-SIA. Bab Tanah KTM. Bab Jambatan Bengkang Bengkok Mahathir.

Jangan ingat mudah Singapura nak memberikan seinci pun tanah yg telah dia dapat dari kita.

Kalau Mohamad Apandi nak buat semakan, silakan. Kita ucap selamat maju jaya.

Cuma kita risau lah, tanah seinci haram tak dapat, bulu memerang pun tak jumpa.