Wednesday, November 1, 2017

Sekor Lagi Jelmaan Mat Maslan

Madu tualang power! Click here


'Penutupan 5 Giant tiada kaitan ekonomi negara'

       
Penutupan lima cawangan pasar raya Giant tiada kaitan dengan keadaan ekonomi negara seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin.
------------------------------------------------


Sememangnya telah menjadi satu doa pekedai-pekedai runcit kecil supaya semua pasaraya-pasaraya besar seluruh negara jatuh bangkrap.

Ini kerana pekedai runcit kecil tak akan mampu bersaing dgn pasaraya besar seperti Giant, Tesco, AEON Mall & macam2 lagi pasaraya besar yg diizinkan masuk oleh pemimpin HAMNO.

Pekedai runcit kecil tidak akan mampu bersaing dari segi keselesaan yg ditawarkan pasaraya besar. Kompleks berhawa-dingin dan juga segala mak nenek barangan ada didalamnya, dari pampers budak hinggalah kepada pampers mak budak.

Kahkahkah!
Kahkahkah!

Pekedai runcit kecil juga akan tewas dari segi harga. Pasaraya besar mampu menawarkan harga yg lebih rendah memandangkan keupayaan mereka dari segi modal untuk memborong barangan dalam kuantiti yg besar yg sudah tentu jauh lebih rendah harganya.

Pekedai runcit kecil Melayu khususnya ramai yg telah gulung tikar kelambu sejak kehadiran pasaraya besar akibat pembeli dari golongan Melayu sendiri yg tidak menyokong perniagaan sebangsa & seagama dan juga kerana pembeli Melayu lebih suka ke pasaraya besar yg berhawa-dingin, lantai licin berkilat & juga boleh cakap orang putih dalam McD yg banyak terdapat di pasaraya besar.

Kahkahkah!

Giant bungkus bengkrap bukan sebab orang Melayu dah sedar diri & beralih membeli di kedai peruncit Melayu.

Giant bungkus bukan sebab pembeli Melayu telah beristighfar mengurut dada & insaf bahawa perbuatan mereka membeli-belah di gedung asing itu tidak akan membawa kemakmuran kembali kepada bangsa Melayu.

Juga bukan sebab kuasa beli dari orang Melayu yg akan menaikkan gaji tukang sapu, tukang cuci & cashier Melayu.

Kahkahkah!

Giant bungkus sebab kuasa membeli dari semua golongan tidak sehebat dahulu.

Kuasa membeli ini jatuh disebabkan nilai ringgit yg telah jatuh terkelepuk sejak Najib mengambil alih pentadbiran.

Nilai ringgit yg rendah memaksa Giant membayar lebih untuk barangan impot, sekaligus menaikkan harga barang dikaunter.

Harga barang dikaunter yg tinggi & ditokok tambah GST & segala macam lagi cukai keliling buah pinggang membuatkan pembeli tak hingin mengisi petrol yg harganya RM2-20 seliter semata-mata untuk pergi ke Giant dan berlegar-legar setengah jam dalam panas untuk mencari parking.

Ramai yg telah menggantikan beras dgn ubi kayu yg ditanam di belakang rumah.

Kahkahkah!
Kahkahkah!

Datuk Seri di atas tak tahu menahu pun urusan jual-beli di pasaraya. Apa yg dia tahu? Bukan dia pernah beratur beli barang pun. Semuanya dibuat bibik-bibik & gundik-gundik & inang-ina.

Cakap berbuih-buih air liur memang senang. Sedarlah diri ditanggung makan minum duit kerajaan. Malulah kat kucing kurap belakang rumah, buat open house raya pun guna duit peruntukan.

Kahkahkah!
Kahkahkah!



No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.