Saturday, November 11, 2017

Razman Zakaria Maintain Steady Sihat Walafiat

Madu tualang power! Click here



PJ Perak masih cargas seperti biasa. Gambar di atas sebagai saksi. Kalah kes dgn Nizar tidak mengapa-apakannya. Perkara kecik sahaja, katanya.

kahkahkah!

Al fadil Sohibus samahah al ustaz Tuan Guru Razman Zakaria ini aktif orangnya. Mana boleh duduk diam selaku PJ Perak. Tiap2 hari ada program serata Malaya.

Tapi syeikh, sepatutnya yg dahulu, didahulukan. Alangkah molek kalau bayar saman RM200K kpd Nizar dulu, settle semua yg tersangkut.

Bukan apa, ajal maut tak kira tempat & ketika. Tengah sujud pun orang boleh mati.

Kahkahkah!

Durian ni bahaya syeikh, mengandungi kolestrol tinggi, lemak tepu tinggi, ajinomoto dan MSG yg banyak. Bahaya. Ramai dah tergolek dog.

Orang dah berumur, orang ada sejarah sakit jantung kencing manis buah pinggang, batu karang, selsema, batuk kering, gila, sawan, demam kepialu, stroke & macam2 lagilah, baik berawas-awas dalam membaham durian.

Kahkahkah!

Kalau dah settle urusan dgn Nizar, nak makan durian sekali dgn akar-akar pokokya sekali pun tak apa.

Namun begitu, diucapkan syabas kepada Tuan Haji, bak kata pepatah orang putih, "eat now, worry later"

Oh yeah. Kahkahkah!

http://malaysiadateline.com/razman-makan-durian-selepas-diperintah-bayar-rm200000/

9 comments:

  1. Cuba bayangkan jk nizar yg didapati bersalah memfitnah razman. Semua markas,masjid dan surau seluruh negara akan mencanangkan perkara tersebut dikuliah,ceramah dan kuliah subuh, hatta dikhutbah jumaat sekalipun! Tapi apakan daya dah kena hidung sendiri. Makan deroyan aje le

    ReplyDelete
  2. Lobai-ohh lobai,tok guru ajar "MEMFITAH" itu dosanya sama berat dgn membunuh,fitnahnya kata nizar nak tiru dap,sekarang sudah jadi fitnah.Walaun masih lagi menjaja Amanah barua dapig dan ikut dap..

    entahlah kitab apa yg lobai ini pakai!!

    ReplyDelete
  3. Kerusi mana dia boleh menang di Perak...

    ReplyDelete
  4. silap2 duit takde..dah di istiharkan bangkapsi... tak leh bertanding...pencen...bengkap kalau tak salah tak boleh ada akaun.. jadi kena tiap2 bulan jab. pencen poskan cek.... tu lah.. nak naik jadi pesuruhjaya negeri.. guna kabel jugak...cuba jadi org bawah dulu.. mesti ckp pun tak riak..

    ReplyDelete
  5. YB Hanipa kata nak saman lg sbb fitnah Amanah sbg kominis.

    kayalah ko razmang... kayo hutan... puas makan durian kalau byk hutan noooo

    ReplyDelete
  6. Berapa denda tu...2 juta? 200,000 he tu...sekerat Audi Q7 je...dedak 90 just kn masih ada

    ReplyDelete
  7. Tak perlu gelabah. Penderma ramai. Solidariti. Hehehe.

    ReplyDelete
  8. Untuk keh ini, mole dulu mahkamah udah sughuh Razman bayo Nizar RM8,000, alahai... kecik beno jumlah tu, tak ada stended, mana Razman nak siyo mayonye! Tu le paseinye nak bicaghe lain. Ini kene bayo RM200,000, teman agok idak siyo lagi Razman mayo tu. Nak bicaghe lagi ateh dengo ceghitenye, kalo kene bayo RM2juta, baghu le diye ade kelehh mayonye komer...kah kah kah kah kah

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.