Saturday, November 18, 2017

Menteri Afrika Menganjeng Menteri Bumiputera Melayu Islam

Madu tualang power! Click here

Semasa berucap Di Wilson Center, Washington, Amerika Syarikat beberapa tahun lalu, bekas PM Kenya Raila Amolo Odinga pernah menganjeng-nganjengkan pemimpin bumiputera Melayu Islam Malaysia.

Kahkahkah!

Dulu kita menganjeng-nganjengkan Indonesia, skrg satu dunia menganjeng-nganjengkan Msia.

Kahkahkah!

Di bawah adalah ulasan beliau.

-----------------------------------------------------------------------------

Beliau mengulas dengan sebuah jenaka berkaitan sebuah negara Afrika, yang hanya dirujuknya sebagai 'Negara X'.
Katanya, rombongan dari Negara X diketuai seorang menteri melawat ke Malaysia dan ditunjukkan projek-projek pembangunan oleh menteri kerja raya Malaysia.


Selepas itu menteri Afrika itu dibawa ke rumah menteri Malaysia yang besar, terdapat kolam renang dan lamanya sebesar setengah ekar.

“Dia tanya menteri (Malaysia) itu, 'Macam mana kami dapat semua ini?' Menteri itu bawanya ke beranda dan berkata; 'Nampak jalan di sana?” Lelaki itu kata 'ya'. Dia (menteri Malaysia) jawab, '10 peratus di sini' (rumah),” katanya disambut gelak ketawa orang ramai.


Tidak tamat di situ, Raila menyambung ceritanya, selepas setahun, menteri Malaysia itu membuat lawatan balas ke Negara X dan turut dibawa berjalan-jalan sekitar negara itu dan ditunjukkan projek pembangunan.


Di sebelah petang, kata Raila lagi, menteri Malaysia itu dibawa untuk makan malam di rumah menteri Negara X.
“Dia masuk ke laman. Lamannya sebesar 5 ekar. Bila masuk ke dalam, dia dapati semua perabot diimport dari Eropah, dan banyak benda keemas-emasan. Dia nampak kolam renang bersaiz Olimpik.
“Dia (menteri Malaysia) tanya (menteri Afrika) bagaimana dia dapat semua ini.


“Dia dibawa ke beranda. 'Kamu nampak jalan di sana?'. Menteri Malaysia itu tidak nampak sebarang jalan. Kemudian, dia (menteri Afrika) itu memberitahu, “Seratus peratus di sini (rumah ini).”


https://www.malaysiakini.com/news/402337

2 comments:

  1. Malaysia dah digolongkan sekali dgn negara2 korup afrika. Tahniah najib. Satu pencapaian yg amat membanggakan

    ReplyDelete
  2. Satu hari pemimpin negara afrika pergi ke rumah piem & amat terkejut bagaimana ada spesis badak terancam boleh dijumpai di rumah itu

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.