Friday, August 11, 2017

Kita Yg Telah Lama Bangsat

Madu tualang power! Click here

Menoreh sampai malam hanya dapat RM30

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Apakah bangsatnya kita Melayu ini yg pemimpin-pemimpin silih berganti memegang tampuk kuasa itu Melayu belaka, 

segala datuk datin berpayung bertengkolok berkeris pun Melayu, 
datuk seri tan seri menteri berperut gendut yg hadir silih berganti itu semuanya Melayu, 

cerdik pandai agama berlebai berserban melilit berjubah labuh menyapu tahi ayam mesti dari kaum Melayu juga, 

orang-orang kenamaan makan gaji elaun pencen besor buta-buta ramainya Melayu, 

pegawai tinggi  & pegawai rendah yg sudah pandai angkat lubang hidung pada orang kampung itu pun asalnya dari kampung Melayu yg berjambankan parit juga, 

serata sekolah universiti seluruh pelosok tanahair ini ramainya Melayu jadi tenaga pengajar, 

berpuluh beratus anak syarikat milik negara milik negeri agensi itu agensi ini dikendalikan Melayu & dikudakan Melayu juga,

tayar kereta sebijik harga ratusan ringgit,
getah sarung penangguk air sedap jantan betina itu pun dibeli orang walau harga RM30-00 sepeket,


tapi dimanakah bangsatnya bangsa kita ini kalau masih ada yg keluar sebelum matahari naik balik selepas matahari terbenam mengadap pokok getah harga sekilo jgn mimpi nak capai RM4-00, 

nak suruh jadi bangsat macam mana lagi kalau cuma RM30-00 itulah yg ada dalam poket?

7 comments:

  1. MELAYU merempat diTANAH MELAYU/MALAYSIA

    ReplyDelete
  2. Tu lah akibat sokong BN/UMNNgOk dan ex-UMNgOK dalam Pakatan Hopeless!! Dua2 tak boleh pakai kerana DNA sekular/assobiyah mereka masih kekal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas hadi skrg jg assobiyah dan kawan rapat dgn kepala assobiyah umno. Pas jg turut memperkudakan agama mcm umno. Hang baru bangun tidoq ka

      Delete
  3. Melayu UMNO tak kisah merempat sebab mereka kenyang dengan slogan dan janji2 capati. Melayu UMNO berbangga bahawa presiden parti mereka "billionaire" walaupun mereka sendiri macam ayam kat belakang dapur dok mengais tanah mencari makan tapi berkokok riuh sekampung bila dapat BR1M yang ciput. Bersyukurlah wahai melayu UMNO! Mungkin tak lama lagi Mesia ni sama level dengan Korea...................................Utara!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  4. Cabaran hidup, kita mesti belajar Dan kerja kuat. Tak guna salah kan orang lain. Tepuk dada sendiri dan berdikari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org lain tu siapa?pemimpin kita? Pemimpin kita naik kan kos hidup apa cerita , naik cukai itu ini kemudian merembat duit enjoy sana sini apa hal.kita perlu diam ja??xnk tegur pemimpin kejam?fuck offff u...

      Delete
  5. Dapat orang Umno Pas yang fail Matematik dan Ekonomi Asas dia pakai congak je.
    30x30 hari = Rm900.

    Lepas tu keluarlah hadis beribadah dan bekerjalah kamu macam esok nak kiamat. Setel kerja ulama membina negara dengan dakwah tanpa akal.

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.