Wednesday, July 12, 2017

Hakimnya Seekor tikus

Madu tualang power! Click here


Oleh Raja Kamarul Bahrin

Setelah penderitaan teruk yang berakhir dengan kematian yang menyayat hati, Allahyarham adik Mohd Thaqif nampaknya masih juga tidak akan mendapat pengadilan dan pembelaan yang sewajarnya.

Setelah menderita akibat penderaan agak lama, kedua dua kakinya terpaksa dipotong dan tangannya pula perlu juga dipotong, akhirnya Allah mengakhirkan penderitaan hidup Thaqif di dunia kerana sayang padanya.

Tetapi pihak berkuasa lain pula sikap mereka terhadap Thaqif. Ini hanya boleh berlaku di negara Malaysia kita yang sudah hilang segala rasa malu dan sikap bertanggungjawab. Ironinya,kerajaan masih mengaku kita sebagai sebuah negara Islam yang mengamalkan sikap wasatiah.

Oh, Malaysiaku!

Pernahkah kita mendengar orang yang kena jangkitan kencing tikus dipotong kaki dan juga tangan? Selalunya orang yang kena kencing manis dan bukan kencing tikus di potong kaki!

Adakah kita semua telah "dikencing" pihak tertentu? Mungkin para doktor dari Amerika dan seluruh dunia patut datang membuat kajian kencing tikus Malaysia jenis yang amat luar biasa ini!

Lebih luar biasa lagi Pengetua sekolah Allahyarham Thaqif sendiri, Mohd Afdhaluddin, menyatakan tiada murid lain pernah mengidap penyakit kencing tikus di sekolah tersebut.

Dia juga mengesahkan adik Thaqif tidak pernah menunjuk tanda tanda dijangkiti jangkitan kencing tikus. Lagipun selama begitu lama adik Thaqif dirawat di hospital tiada pula doktor mengesan penyakit tersebut!

Bagaimana Doktor dan hospital boleh lalai mengesan kencing tikus semasa merawat Thaqif jika ianya benar benar penyakit tersebut? Tiba-tiba selepas tiga bulan diberitakan bahawa kencing tikus kononnya menjadi punca kematian Thaqif!

Adakah kencing tikus yang menyebabkan lebam lebam di kaki Thaqif? Sementara kita yang prihatin dan sayang pada Thaqif menitiskan air mata kesedihan atas penemuan luar biasa ini, pihak pakar luar negara mungkin menggeleng kepala dan mungkin ada yang ketawa sinis atas cara pihak berkuasa memperbodoh rakyat Malaysia sekali lagi.

Kita telah terlalu lama berhadapan dengan situasi kerajaan bermati-matian mempertahankan pihak berkuasa walau apa juga kesalahan dilakukan oleh mereka. Ramai yang terkejut besar bagaimana bekas banduan yang baru bebas ditugaskan berkerja di pusat pengajian Thaqif sebagai pembantu warden dan terlibat dalam insiden ke atas Thaqif tersebut.

Hanya di Malaysia perkara seperti ini boleh diremehkan dan disapu ke bawah karpet! "Accountabilty" bukan lagi sebahagian dari nilai kita hari ini. Ibu Thaqif sudah menyatakan beliau tidak boleh menerima keputusan tersebut, seperti juga kita semua yang menuntut dan dahagakan keadilan.

Sekali lagi berulang situasi di Malaysia di mana berlaku jenayah tanpa penjenayah - "crime with no criminal"! Inilah negara kita hari ini. Malaysia boleh!

Sebenarnya penjenayah yang bersalah rupa-rupanya adalah seekor tikus yang tidak boleh didakwa di mahkamah manusia. Jadi adakah kita perlu meluluskan penubuhan mahkamah khas untuk tikus pula melalui Parlimen!

Barulah kematian Thaqif akan terbela akhirnya. Ini hanyalah kerana hakimnya adalah seekor tikus juga yang berani membuat pengadilan yang berani dan tepat! Hidup tikus!

Ironinya lagi, baru beberapa hari lalu Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Johor (TMJ) menulis satu artikel tentang betapa daifnya negara kita dengan nilai-nilai murni, accountabilty dan sikap berlaku adil. Sekarang seorang anak Johor yang telah terkorban menjadi mangsa kepincangan sistem nilai keadilan Negara Malaysia kita.

Kata-kata TMJ ada banyak kebenarannya. Saya yang melalui tahun gemilang Malaysia sejak tahun 1960-an sudah tidak kenal lagi negara Malaysia yang kita semua pernah banggakan satu ketila dahulu.

Apa telah terjadi kepada negaraku Malaysia ini? Apa telah berlaku ke atas dirimu anak muda Allahyarham Thaqif? Berapa ramai lagi Thaqif yang muda dan tua akan terkorban mengalami nasib yang sama?

Semoga Allah melindungi generasi anak muda yang akan datang selepas adik Thaqif mengalami nasib yang amat malang dan menyayat hati. InsyaAllah.

Raja Kamarul Bahrin Shah ialah ahli Parlimen Kuala Terengganu dan ahli jawatankuasa Amanah Nasional

4 comments:


  1. Apa nak jd dgn negara Malaysia ku...?

    Imam semayang tunggangtunggit2 roper2nya kaki MAKI belit uturn klepet khianat PONTENG dan buat pitnah pilkuda merapu2..

    Berjubah bersorban siap sdondon menCURI berbelit2 bersilat bersubahat utk cover PEKONG bajingan dgn auta klentong temberang menggunakan hadis2 serta AYAT2 suci yg amat2 jijik skali..

    ReplyDelete
  2. tikus pun bengang baca ni xpasal2 tikus disalahkan... kalau tanya barua pas mesti diorang salahkan dap dan pan... lanahat punya walaun pas..

    ReplyDelete
  3. Aku berpendapat, penyakit itu berpunca daripada kesan menuam kedua kaki mangsa dengan ais oleh ibu/bapanya (setelah mendapat nasihat oleh rakan yang mengetahui cara untuk mengurangkan rasa sakit) mungkin terlalu lama menyebabkan darah membeku. Bila darah menjadi beku atau hampir beku maka berlakulah infeksi kepada perjalanan darah pada tubuh seterusnya menyebabkan kedua-dua kakinya dipotong, akan tetapi ketulan darah beku telahpun merebak ke tempat lain juga sehingga menyebabkan tangannya pula dipotong. Ironinya, kenapa rakan-rakan mangsa yang turut sama dihukum ketika itu oleh warden yang sama, tidak seorang pun menunjukkan gejala seperti dialami oleh mangsa? Tentang kencing tikus itu, mungkin ada tikus menyelinap ke dalam liang lahad sebelum jasadnya digali semula. Adalah tidak adil untuk mendakwa warden itu sebagai pembunuh, jika sebab kematian mangsa diautopsikan bukan daripada pukulan di tapak kakinya.

    ReplyDelete
  4. Tanya sama najib ngapa Malaysia haru biru...
    Tapi jawab najib bukan kerja aku..
    Tanya sama rosmah suami kau buat..
    Rosmah jawab...err duit duit duit

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.