Thursday, July 20, 2017

Dato' Husam Buat Hal Lagi

Madu tualang power! Click here

Sebagaimana kita perlu bersyukur kerana adanya Nik Abduh dan lawak jenakanya, kita perlu juga amat bersyukur dgn wujudnya Dato' Husam berserta pendedahan-pendedahannya tentang kelaku sesetengah YB di Kelantan.

Di bawah ini adalah tulisan terbaru Dato' Husam yg bakal memanaskan bontot2 YB berkenaan. Kepincangan yg didedahkan itu bukan perkara kecik yg boleh main sapu-sapu masuk bawah karpet pejabat MB.

Itu pun kalau YB itu tahu rasa malu dan rasa gelabah.

Tapi YB sekarang semua berduit, kalau panas bontot boleh lari ke Antartika untuk merendam injap atas ais, kasi sejuk.

Kahkahkahkah!!!

Walaon kalau reti baca tulisan rumi, sila baca. Kahkahkah! Artikel ini tak diterbitkan dalam tulisan jawi.

---------------------------------------------------------------------------------------

*Tulisan terbaru Dato' Husam Musa berkait YB Dato' Mohd Amar danYB Zulkifli Mamat sertai Roshaimi Enterprise* *(Hakmilik anak Pak Jak)*

Kekayaan Hutan Belantara KPK Milik Rakyat Atau Individu?

Sebaik Sidang DUN Kelantan tamat pada 12 Julai, YB Dato TMB dan 20 orang lagi, bergegas ke Nanning, Wilayah Guangxi, Cina.

Penerbangan mereka se awal jam 8 pagi, 13 Julai, menaiki pesawat AK 6431 dari Kota Bharu dan seterusnya pesawat AirAsia AK 168, berlepas jam 1.10 thari, hari yang sama. Lawatan rasmi satu hari mereka di Nannning berlangsung pada 14 Julai. Satu hari sahaja - dengan 21 anggota rombongan!

PAS Kelantan memang hebat!

Pada 15 Julai, mereka menaiki kereta api laju memakan masa 3 jam 20 minit, menuju Guangzhou dan dijadualkan menginap di Hotel Canton, di tengah pusat perdagangan Guangzhou.

16 Julai, adalah jadual lawatan bersiar-siar kerana lawatan rasmi telah tamat dua hari lalu. Mereka bertolak pulang pada 17 Julai, jam 12.35 tengah hari dengan pesawat CZ 3047.

Ketika saya membangkitkan isu lawatan ini di DUN pada 13 Julai, YB Adun Pulai Chondong mengiyakan tetapi enggan memberikan senarai anggota rombongan ‘lawatan kerja sambil makan angin’ ini.

Terdapat isteri-isteri pembesar ikut serta, mungkin dibayar secara persendirian, agak saya untuk bersangka baik. Isu yang saya hendak ketengahkan bukan itu.

Terdapat individu yang menyertai lawatan ini adalah dari Roshaimi Ent. Ini tajuk saya. 

Lawatan ini, saya kira, adalah lawatan Kompleks Perkayuan Berhad (KPK) berdasarkan anggota rombongan adalah ahli Lembaga Pengarah KPK dan hampir semua staf KPK yang tinggal sejemput sahaja itu. 

Laporan Audit Dalam SUK ke atas KPK - yang akhirnya diakui wujud oleh MB ketika mencelah perbahasan antara saya dan YB Zul PC 13hb lalu - menyebut bahawa Roshaimi Ent (RE) gagal membayar sejumlah besar bayaran kepada KPK atas Kompartmen 42 yang diberikan oleh KPK kepada mereka. 

Kompartmen 42 adalah kawasan hutan dara dengan keluasan 292 ha dan diberikan kepada Roshaimi Ent hanya dengan harga RM 1,800 seekar. 

Diluluskan oleh KPK kepada RE pada 1 Disember 2014 dan terus disahkan dipersetujui oleh RE keesokan harinya. Lebih pelik lagi, semua bayaran tribute dan premium telah dibayar sebagai pendahuluan oleh KPK sendiri. 

Satu tanda murah hati yang menarik. Bayaran balik sejumlah RM 582,572.00 pun belum diterima. Kompartmen ini asalnya dicadangakam dimasukkan dalam senarai yang akan diserahkan kepada Souncern tetapi diberikan kepada Roshaimi. 

Sudah tentu, tanpa tender terbuka. Bah kan, tanpa ikatan perjanjian. Saya difahamkan, laporan audit SUK menulis seperti berikut: “Pada pandangan audit, KPK telah gagal menguruskan Syarikat Roshaimi Ent iaitu gagal memungut sepenuhnya bayaran yang sepatutnya. Ia menimbulkan kesulitan kerana tiada suatu perjanjian /kontrak termetrai antara syarikat ini dan KPK bagi Kompartmen 42”.

Ketika RE mendapat layanan istimewa oleh KPK bagi Kompartmen 42 dan bayaran penuh belum dibuat oleh RE, dua orang pemilik Roshaimi Ent mengiringi rombongan TMB-KPK ke Cina itu. 

Kenapa RE ikut serta? Kenapa diizin ikut serta sebelum hutang dibayar selepas bertahun-tahun? Apa projek perhutanan yang baru di bawah KPK yang dirancang dengan mereka? Jika tidak ada kepentingan dan keperluan, mengapa mereka ikut bersama? Siapa membiayai lawatan ini? 

Hakikatnya, sebelum hutang-hutang RE diselesaikan, KPK atau mana-mana pemimpin Kerajaan Kelantan tidak layak untuk berurusan dengan RE bagi projek yang lain di bawah KPK. 

KPK adalah milik rakyat Kelantan, bukan milik dua tiga kerat individu. Namun, setakat ini, cara KPK diuruskan adalah menunjukkan seakan KPK hanya milik dua tiga individu yang bermaharaja lela atas kekayaan hutan KPK. 

Kerana ketiadaan ketelusan dan ketiadaan tekanan politik yang berkesan. Saya telah melaksanakan tugas saya sebagai ADUN yang dipilih oleh rakyat, meski pun pada hari ini mungkin tidak ramai rakyat Kelantan berminat dengan perompakan halus khazanah kekayaan negeri mereka. 

Tetapi apakan daya, ini adalah amanah Allah untuk hambaNya berbuat mengikut keupayaannya. 

Menegur apa yang pincang berdasarkan fakta dan bukti-bukti untuk kemaslahatan awam yang menjadi teras governance dalam agama suci ini. 

Saya melaksanakan tugas saya. 

Rakyat Kelantan, satu hari InsyaAllah akan memahami apa yang sedang berlaku kini. 

YB Dato Husam Musa, 
26 Syawwal 1438/20 Julai 2017 
Naib Presiden Parti Amanah Negara, 
ADUN Salor, 
Kelantan.

34 comments:

  1. Setakat tulis dlm fb aku pn blh..pergi report kat sprm la...jgn jadi bodoh sgt la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudahnya engkau memperbodohkan orang...kau tu yang macam baghal. Dah berlambak laporan dibuat Husam kepada SPRM tapi belum satu pun diambil tindakan. Saudara Baghal tahu kenapa tiada tindakan...? sebabnya PAS Kelantan sekarang sudah menjadi darling UMNO BN ... ya sedang diperkudakan untuk PRU 14.... PAS dah nak mampos...UMNO sedang tercungap-cungap...jadi elok mereka sering berbaik-baik...garu menggaru...kau garu belakang aku aku garu peli demo....

      Delete
    2. Kalau tak percaya sprm...pergi report kat tokong lim la...bodoh

      Delete
    3. Kalu tokong lim pon tak percaya.. pergi report pulak kat dog dog dog M.

      Delete
    4. kes balak kelantan pun sprm xbuat apa2 sbb tu as kelantan mesra umno. kalau x mesra umno, lingkup la pas kelantan kena tangkap umno. hahahaha. apa ke bongok walaun pas suruh report kat tokong lim.. apa xde walaun yg pandai2 ke. wat malu pas je walaun bodo2 belaka mlm pil kuda hadi ke. kahkahkah

      Delete
    5. Terbaka walaun napoknye. Ulamok ikut Rosmoh shopping Chino jugok. Parookksss!

      Delete
  2. Saudara tulislah perkara ini dalam laman "muka buku" saudara jika saudara berani menulis seperti Datuk Seri Husam Musa menulis. Jika tidak, saudara sekali ganda lebih teruk dari segi ketidakcerdikannya jika dibandingkan dengan beliau. Silakan, saudara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai A9 detected

      Delete
    2. mahligai seni xda sapa suruh ko baca blog ni. kahkahkah.nampak sgt ketidakcerdikan mu. kahkahkah

      Delete
  3. Replies
    1. Abang Long DAP = Cai PKR + Cai PAN + Cai MungaRaya.

      Delete
    2. abg long mca=cai pas=cai umno=cai pasikulutut

      Delete
  4. hoi 4:04 hang bagghal teruk sangat.baca dan fikirlah sedikit.yb husam susah korek isu dgn penuh fakta supayarakyat celik tapi hang duk jadi walaun dungu.sia sia hang jadi tunggul mati…sian

    ReplyDelete
  5. hoi 4:04 hang bagghal teruk sangat.baca dan fikirlah sedikit.yb husam susah korek isu dgn penuh fakta supayarakyat celik tapi hang duk jadi walaun dungu.sia sia hang jadi tunggul mati…sian

    ReplyDelete
  6. MEMBANGUN BERSAMA BALAK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balak mu tak membangun ker..
      Kesian bini muuu..

      Delete
    2. Balak Kelate doh licin
      kena gelek punggung mek Klate. Sudin copong..oh Exco Rocker
      Awie se lagu weh!
      Awie serban kasi gegar
      PonRock Tahfiz Kelate..

      Delete
    3. Salah bang slogan tu...sebenarnya MEMBALAK BERSAMA ULAMA KAH KAH KAH....

      Delete
    4. mUNG GHOYAK balAK kawe dok bangun...menate mung...mung bui binimu ke kawe....nak tengok pukulan kawe tebalang dinding ke dok...kawe telan madu tualang tahu dok...kah kah kah...

      Delete
  7. Lies are floating in kelantan
    And PAS is marching on track of destruction.

    ReplyDelete
  8. Tak der pulak gambau beruk menonggengg..
    Pelik pelik.
    Hairan bon ajaib..

    ReplyDelete
  9. Udah betobat laa tuu.

    ReplyDelete
  10. Ha ha!

    BALA' dtg mnerajang mnghempap ulor2 ulorrMAK lg..

    Khemah Ijtimak Persidangan Ulamak Sedunia dilanda ribut BALA' lg weh... Khemah Ijtimak Persidangan ulamak sedunia yang mula berlansung petang semalam di Stadium Sultan Muhamad di Kota Bharu, Kelantan terbang diland...

    Ulor2 ulorrrMAK..

    Ulor2 tu boleh menipu walauns siku lutot ttp RIBUT tu nampok apa yg melingkor kat dlm niat busuk dorang!
    Iniler jadahnya bila penCURI jd "Imam" semayang

    Gerenti ada lg BALA' yg pasti menunggu hj Ha ha ha dgn sgl macai lebai2 bebalnya itu hu hu..

    ReplyDelete
  11. Ha ha..
    AWAS! jgn ssekali semayang dibelakang lebai2 Imam penCURI nih, sbb RIBUT akan dtg..


    BALA' "RIBUT" dtg lagi..

    Kaum nabi Noh banjir ranapkan

    Kaum nabi Hud angin hancurkan

    Kaum nabi Luth dihempap gegaran

    Quraish dihempas "RIBUT" dan taufan

    Lobai2 "HUDUD" bertempiaran ketakutan

    Kota "sarang-Smut" mnjd sasaran kemurkaan

    Ribut "sekecil butir tahik" memberi amaran

    Itulah hakikat 'BALA'!, bukan, bukannya ujian!!

    Silobai2 tu ingat mrk berjubah bersorban, mrk beriman

    Walhal mnCURI ponteng fitnah itu, jls "BUKTI2" mnipu Tuhan

    Lalu doa' JAHANNAM--Pan sipenCURI2 itu pun dimakbulkan

    Agar lobai2 butir tahik itu mndpt keinsafan!?

    ATAU

    mrk terus bebal utk trus dJAHANNAMkan

    Sama2 kita nantikan penuh debaran

    @ kah keJAHANNAM yg paling dlm

    Dah 2xRIBUT mnghempap trajang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaum NABI LUTH, tau nape mereka ditimpakan balapetaka...?

      Delete
    2. Aku rasa klu kena 3x mmg ranap pas

      Delete
    3. Apa yang kau merepek niii labuu..

      Delete
    4. Jom pakat sembahyang belakang tokong lim..

      Delete
    5. 8:19 bodoh nya walaupun ni..patutla segan kena tipu ngan umno.bila dh kena tipu salahkan dap.kahkahkah.inilah kitaran idup saekor walaupun..

      Delete
  12. Anjing gila virus rabies menyalak nyalak..

    ReplyDelete
  13. kasi la peluang pas melahap harta rakyat kelantan tu. bukan lama lg pru nt pas bungkus xleh nk melahap harta rakyat lg. kahkahkah

    ReplyDelete
  14. jgn ckp byk. next pru kasi pas kelantan bungkus.. memalukan islam je pas ni..phuiiiii

    ReplyDelete
  15. Libang libu adalah sekian baiknya sudara tidak menyiarkan komen2 para walaun...kerna dengan tidak tersiarnya komen para walaun ni mereka pastinya macam baghal2 yg diserang kuman anjing gila..meroyan menyalak tidak ketahuan...komen2 pun x mencerminkan kewarasan mcm budak2 terencat akai

    ReplyDelete
  16. Walaun ni cukup adap sopannya bila komen. Serba cukup dgn maki hamun,keji cerca dan fitnah perkara biasa.Bertambah meluat aku

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.