Thursday, July 27, 2017

Si Polan Yg Mengancam Siti Qossim Dicekup

Madu tualang power! Click here

Kita tak payahlah siarkan gambar Siti Qossim.

Bukan apa, takut org dewasa tak lalu makan. Takut budak2 kecik mengigau malam2 nanti.

Kahkahkah!!!

Gambar si pengancam keselamatan Siti Qossim pun kami tak mampu nak siarkan. Sebabnya, kesian.

Sekian punya ramai umat di Malaya ni, dia boleh pilih Siti Qossim. Ada hati dia nak merogol Siti Qossim. Daripada kau nak menaji Siti Qossim, baik kau pakaikan skirt kat tiang elektrik. 

Kemudian kau tajilah sampai melepuh.

Kahkahkah!

Si pengancam Siti Qossim ini sebenar Orang Kelainan Upaya.

Dia tak ada deria bau.

KAHKAHKAH!
KAHKAHKAH!
KAHKAHKAH!

Nota cekam kaki: Gambar & link tidak dpt disiarkan, nanti kena saman. Kahkahkah!

Rafizi Dah Mintak Tolong

Madu tualang power! Click here


Image result for kerandut ballotelli
Ini kerandut Paul Pogba.
Kahkahkahkahkah!!!

Ada satu penulis terkenal seantero Malaya membuahkan pendapat bahawa Rafizi ni one-man show.

Kononnya Rafizi melondehkan si anu dan si ani itu adalah untuk mempromote dirinya supaya jadi terkenal.

Makanya, kalau Si Rafizi itu kena cepuk, tanggunglah sendiri. Begitu?

Dol, lu kena faham Si Rafizi itu yg rajin buat homework. Jadi markah cikgu bagi kat dia. Tak ada cikgu bangang yg nak bagi markah kat ketua darjah kelas sebelah, kan?

Jadi, kalau dia sekelas dgn Nik Amar, dah tentu bebudak lain mengerumun Rafizi. Bukan saja2 dia promote diri sendiri, orang yg berkerumun sukarela nak tengok hasil kerja dia.

Kah kah kah!

Dol, Rafizi dah macam one-man show sebab dia ada telur. Juga boleh diagak, telurnya mesti lebih-kurang sama saiz dgn telur Husam.

Sebab itu Rafizi & Husam sentiasa diancam saman.

Orang2 keliling dia pun bertelur juga, tapi saiz kecik. Juga bermasalah kerandut cepat mengecut & naik ke halkum bila kena gempak sikit.

Kahkahkah!

Nak tunggu bebudak HAMNO dedahkan NFC? Kahkahkah! Dia punya takut, rela puak tu makan rumput.

Ekoran dari pendedahan NFC yg dibuatnya, Rafizi telah disaman RM300k. Bukan sikit punya duit.

Sapa-sapa nak buat kerja amal membantu Rafizi, sila klik DI SINI.

Hulur la sikit, Dunhill mahal lu mampu beli.

Kahkahkah!

Perak Akan Ada Pengkalan Angkasalepas Tak Lama Lagi

Madu tualang power! Click here

Lapangan terbang: Apa janji MB Perak?

Pemuda Amanah Perak mahu Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abd Kadir menyatakan perkembangan mengenai cadangan untuk membina Terminal Lapangan Terbang Utara (UMAT) yang terkandung dalam Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Kerian 2020.
Ketua Pemudanya Hasnul Zulkarnain berkata, walaupun pihaknya menyokong cadangan tersebut, tetapi Zambry juga perlu memaklumkan sama ada Kerajaan Persekutuan bersetuju atau tidak untuk meluluskan projek tersebut berdasarkan keutamaan dan juga kepentingan Kerajaan Negeri.
---------------------------------------------------------------------------------------
Related image

Setelah meneliti apa yg digembar-gemburkan, maka ketahuilah negeri Perak teman ini amat masyuk.

Kahkahkah!!!

Menjelang 2020 Perak akan ada keretapi laju kalah Taiwan.
Menjelang 2030 semua kapal2 kontena dunia akan berlabuh di Teluk Intan.

Kahkahkah!

Bukan setakat lapangan terbang, menjelang 2040 semua jet2 angkasawan dunia akan singgah di Ipoh sekejap utk isi minyak.

Kahkahkah!!!

Pooorah cit!

Repair teksi stand Ipoh dulu la wei. Nak buat airport lagi apakejadah kalau airport sekarang pun cuma port gagak cari bangkai biawak.

Kahkahkahkah!!

Wednesday, July 26, 2017

PAS Yg Stim Tak Tentu Hala

Madu tualang power! Click here

PAS bukan nak lawan pembangkang, kata Ahmad Yakob

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua yang kesal dengan hasrat PAS untuk meletakkan calon di kubu kuat pembangkang termasuk di kerusi DAP.

Dalam pada itu Ahmad turut mencabar DAP meletakkan calon mereka untuk bertanding di kesemua kerusi di negeri ini.
"DAP nak letak semua calon mereka di Kelantan pun boleh," katanya.
--------------------------------------------------------------------------------

Image result for naik stim
Dol,

boleh kau bayangkan kalau PAS meletakkan calon di kawasan Theresa Kok? Kawasan Guan Eng?

Kompom kena rebus. Kahkahkah!

Parti Audi-vell-fire-porsche-range-rover Se-Malaya ini dah semakin stim tak tentu hala.

Kahkahkah!!!

Percayalah, DAP tak akan buat kerja bangang sekali pun Lim Kit Siang dapat pakai baju Melayu pink sedondon dgn Najib.

Kahkahkah!!!

DAP tak akan lemau, sekalipun Jamil Khir berucap dihadapan khalayak DAP memberitahu, "tuan-tuan, PM kita kirim salam". Tak ada sekor pun akan bangun melambai-lambai tangan.

Kahkahkah!!

Sejak dibantu Azalina dalam kes ArrYouYou, Parti Audi-vell-fire-porsche-range-rover Se-Malaya (PAS) ni semakin menjadi-jadi stim tak tentu halanya.

Kahkahkah!

Husam Musa Makan Budu

Madu tualang power! Click here

Why is Husam Dr Mahathir’s choice?

Husam and Dr Mahathir answered various questions on Malaysia's future if PH took over Putrajaya. Those who listened to the two politicians appeared satisfied with their answers.
"What's special about Husam is that he appears very active and has ideas on how to do something. I just tag along," Dr Mahathir told The Malaysian Insight after the dialogue.
------------------------------------------------------------------------------------

Image result for katak ibrahim ali

Pernah satu ketika dahulu Zimbabwe menawarkan jawatan menteri kewangan kpd Husam Musa. Tapi ketika itu Husam sibuk PRU. So, kansel la.

Kahkahkah!

Juga dikhabar-anginkan Husam akan dilantik sebagai TPM oleh Anwar seandainya menang PRU dulu. Itu yg buat walaun tak tentu hala. 

Kahkahkah!

Nik Aziz juga pernah mewartakan Husam ini satu package untuk Malaysia, bukan untuk Kelantan sahaja. Itu pasal Husam cepat direbuskan bila Nik Aziz dah arwah. Dengki ya amat walaun2 pada Husam.

Kahkahkah!

Terbaru ini, Madey pun berkenan kpd Husam utk sama-sama menghadiri dialog. Madey pun dah lama dengki kpd PAS dulu kerana memiliki Husam, bukan BN.

Mungkin Madey tau Husam tak makan dedak, dia cuma makan budu.

Kahkahkah!

Mana mungkin Madey nak jemput Zulkifli Mamat, Nik Amar, Nik Abduh, Tontowi, sama2 berforum, Kan? Nanti depa nak cakap apa pun bukan tau sangat.

Kahkahkah!!!

Paling sedih, langsung tak jemput Broheng Ali. Kahkahkah!!! Broheng Ali ni kat mana ni??

Sekarang ni Broheng Ali dah tak ada rangking langsung. 

Sia-sia cium tangan dulu.

Kahkahkah!!!!

Monday, July 24, 2017

Tukang Basuh Kaki Boneka

Madu tualang power! Click here

Najib boneka Arab Saudi-China hanya 'berkokok' di kampung sendiri.


Datuk Seri Mohd Najib Razak adalah 'boneka' yang paling bahaya yang patut diragui dan dibimbangi kerana beliau kini terpaksa tunduk di bawah telunjuk negara Arab Saudi dan China, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah.

Beliau berkata, ramai pihak yang mencemburi penubuhan Pakatan Harapan dan melemparkan tuduhan tidak berasas kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya menjadi 'boneka' kepada Pakatan Harapan.

"Kami menolak keras tuduhan tersebut kerana tidak munasabah mereka yang mengenali Dr Mahathir boleh menganggap beliau sanggup menjadi boneka mana- mana pihak.

Baca lagi di Msia Dateline

-------------------------------------------------------------------------------

Boneka dah tentu boneka.

Boneka bukan sebarang boneka. Boneka pilihan Mahafiraun.

Kata la hapa pun, silap haribulan boneka ni la yg akan jadi PM sampai akhir hayat. Padan muka kau.

Kahkahkah!!!

Tengok muka pun kita dah tau memang dia muka boneka.

Boneka ni memang akan terus berkuasa selagi mana ada pendokongnya. Pemuja. Pemuji. Tukang gilap boot. Tukang gosok. Kaki kipas.

Cuba tanya walaun, tukang basuh kaki boneka kita nak letak kat mana?

Kah kah kah kah!!!



Thursday, July 20, 2017

Dato' Husam Buat Hal Lagi

Madu tualang power! Click here

Sebagaimana kita perlu bersyukur kerana adanya Nik Abduh dan lawak jenakanya, kita perlu juga amat bersyukur dgn wujudnya Dato' Husam berserta pendedahan-pendedahannya tentang kelaku sesetengah YB di Kelantan.

Di bawah ini adalah tulisan terbaru Dato' Husam yg bakal memanaskan bontot2 YB berkenaan. Kepincangan yg didedahkan itu bukan perkara kecik yg boleh main sapu-sapu masuk bawah karpet pejabat MB.

Itu pun kalau YB itu tahu rasa malu dan rasa gelabah.

Tapi YB sekarang semua berduit, kalau panas bontot boleh lari ke Antartika untuk merendam injap atas ais, kasi sejuk.

Kahkahkahkah!!!

Walaon kalau reti baca tulisan rumi, sila baca. Kahkahkah! Artikel ini tak diterbitkan dalam tulisan jawi.

---------------------------------------------------------------------------------------

*Tulisan terbaru Dato' Husam Musa berkait YB Dato' Mohd Amar danYB Zulkifli Mamat sertai Roshaimi Enterprise* *(Hakmilik anak Pak Jak)*

Kekayaan Hutan Belantara KPK Milik Rakyat Atau Individu?

Sebaik Sidang DUN Kelantan tamat pada 12 Julai, YB Dato TMB dan 20 orang lagi, bergegas ke Nanning, Wilayah Guangxi, Cina.

Penerbangan mereka se awal jam 8 pagi, 13 Julai, menaiki pesawat AK 6431 dari Kota Bharu dan seterusnya pesawat AirAsia AK 168, berlepas jam 1.10 thari, hari yang sama. Lawatan rasmi satu hari mereka di Nannning berlangsung pada 14 Julai. Satu hari sahaja - dengan 21 anggota rombongan!

PAS Kelantan memang hebat!

Pada 15 Julai, mereka menaiki kereta api laju memakan masa 3 jam 20 minit, menuju Guangzhou dan dijadualkan menginap di Hotel Canton, di tengah pusat perdagangan Guangzhou.

16 Julai, adalah jadual lawatan bersiar-siar kerana lawatan rasmi telah tamat dua hari lalu. Mereka bertolak pulang pada 17 Julai, jam 12.35 tengah hari dengan pesawat CZ 3047.

Ketika saya membangkitkan isu lawatan ini di DUN pada 13 Julai, YB Adun Pulai Chondong mengiyakan tetapi enggan memberikan senarai anggota rombongan ‘lawatan kerja sambil makan angin’ ini.

Terdapat isteri-isteri pembesar ikut serta, mungkin dibayar secara persendirian, agak saya untuk bersangka baik. Isu yang saya hendak ketengahkan bukan itu.

Terdapat individu yang menyertai lawatan ini adalah dari Roshaimi Ent. Ini tajuk saya. 

Lawatan ini, saya kira, adalah lawatan Kompleks Perkayuan Berhad (KPK) berdasarkan anggota rombongan adalah ahli Lembaga Pengarah KPK dan hampir semua staf KPK yang tinggal sejemput sahaja itu. 

Laporan Audit Dalam SUK ke atas KPK - yang akhirnya diakui wujud oleh MB ketika mencelah perbahasan antara saya dan YB Zul PC 13hb lalu - menyebut bahawa Roshaimi Ent (RE) gagal membayar sejumlah besar bayaran kepada KPK atas Kompartmen 42 yang diberikan oleh KPK kepada mereka. 

Kompartmen 42 adalah kawasan hutan dara dengan keluasan 292 ha dan diberikan kepada Roshaimi Ent hanya dengan harga RM 1,800 seekar. 

Diluluskan oleh KPK kepada RE pada 1 Disember 2014 dan terus disahkan dipersetujui oleh RE keesokan harinya. Lebih pelik lagi, semua bayaran tribute dan premium telah dibayar sebagai pendahuluan oleh KPK sendiri. 

Satu tanda murah hati yang menarik. Bayaran balik sejumlah RM 582,572.00 pun belum diterima. Kompartmen ini asalnya dicadangakam dimasukkan dalam senarai yang akan diserahkan kepada Souncern tetapi diberikan kepada Roshaimi. 

Sudah tentu, tanpa tender terbuka. Bah kan, tanpa ikatan perjanjian. Saya difahamkan, laporan audit SUK menulis seperti berikut: “Pada pandangan audit, KPK telah gagal menguruskan Syarikat Roshaimi Ent iaitu gagal memungut sepenuhnya bayaran yang sepatutnya. Ia menimbulkan kesulitan kerana tiada suatu perjanjian /kontrak termetrai antara syarikat ini dan KPK bagi Kompartmen 42”.

Ketika RE mendapat layanan istimewa oleh KPK bagi Kompartmen 42 dan bayaran penuh belum dibuat oleh RE, dua orang pemilik Roshaimi Ent mengiringi rombongan TMB-KPK ke Cina itu. 

Kenapa RE ikut serta? Kenapa diizin ikut serta sebelum hutang dibayar selepas bertahun-tahun? Apa projek perhutanan yang baru di bawah KPK yang dirancang dengan mereka? Jika tidak ada kepentingan dan keperluan, mengapa mereka ikut bersama? Siapa membiayai lawatan ini? 

Hakikatnya, sebelum hutang-hutang RE diselesaikan, KPK atau mana-mana pemimpin Kerajaan Kelantan tidak layak untuk berurusan dengan RE bagi projek yang lain di bawah KPK. 

KPK adalah milik rakyat Kelantan, bukan milik dua tiga kerat individu. Namun, setakat ini, cara KPK diuruskan adalah menunjukkan seakan KPK hanya milik dua tiga individu yang bermaharaja lela atas kekayaan hutan KPK. 

Kerana ketiadaan ketelusan dan ketiadaan tekanan politik yang berkesan. Saya telah melaksanakan tugas saya sebagai ADUN yang dipilih oleh rakyat, meski pun pada hari ini mungkin tidak ramai rakyat Kelantan berminat dengan perompakan halus khazanah kekayaan negeri mereka. 

Tetapi apakan daya, ini adalah amanah Allah untuk hambaNya berbuat mengikut keupayaannya. 

Menegur apa yang pincang berdasarkan fakta dan bukti-bukti untuk kemaslahatan awam yang menjadi teras governance dalam agama suci ini. 

Saya melaksanakan tugas saya. 

Rakyat Kelantan, satu hari InsyaAllah akan memahami apa yang sedang berlaku kini. 

YB Dato Husam Musa, 
26 Syawwal 1438/20 Julai 2017 
Naib Presiden Parti Amanah Negara, 
ADUN Salor, 
Kelantan.

Tuesday, July 18, 2017

Bersyukurlah Adanya Nik Abduh

Madu tualang power! Click here

Bersyukurlah dan jangan fitnah pemerintah, kata Nik Abduh


Pemimpin PAS itu memberi ingatan tidak mendengar hasutan asas pembohongan untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz semalam mengingatkan rakyat tidak membelakangkan pemerintah dengan mendengar hasutan yang memfitnah pemimpin.
“Mereka berjaya menyebarkan ketidakpuasan melalui fitnah dan pembohongan sehingga tidak lagi mensyukuri nikmat keharmonian hidup sedia ada.
-----------------------------------------------------------------------------------------


Bersyukurlah adanya 1MDB, tanpanya Msia tidak akan terkenal seluruh dunia.

Kahkahkah!

Bersyukurlah ramai Bangla, Nepal, Indon ramai masuk Msia. Merasa awek2 Melayu kita barang baru.

Kahkahkah!

Bersyukurlah bil api makin naik, boleh main dalam gelap.
Bersyukurlah harga petrol mahal, boleh duduk rumah buat anak.'
Bersyukurlah harga ikan sayur mahal, ramai yg puasa sunat.

Kahkahkah!


Bersyukurlah ada PAS Kelantan.
Tanpa PAS Kelantan, kita semua akan masuk kubur tanpa mengetahui menatang aplancaw karbon kredit.
Aplancaw ecobit.
Aplancaw Cliomate Protectors.

Bersyukurlah dgn adanya Nik Abduh kita dah tahu kepala besar kepala kecik, pakai kopiah pakai songkok tak akan membuktikan didalam tengkorak itu benar2 ada otak.

Cacing kerawit pun boleh bersarang.

Kahkahkah!

Friday, July 14, 2017

Mula2 Climate Protectors Siram Anuar Tan, Kemudian Anuar Tan,..

Madu tualang power! Click here

Kahkahkah!

Tolong bukak Youtube di bawah dan dengarlah ucapannya.



Ini namanya kabinet pasu bunga. Memang tabiat pasu bunga, buat satu apa pun tak reti. Tunggu je la pagi kena siram sekali, petang kena siram lagi sekali.

Kalau orang siram dengan air kencing pun dah tak tau beza. Kahkahkah!

Kah kah kah!!!

Mana ada orang berniaga juta-juta, pusing keliling dunia konon, sangkut-paut PBB konon, tapi opis sendiri pun tak ada? Budak meniaga tudung online pun letak whatsapp/alamat rumah.

Kahkahkah!

Scammer sekalipun, dia akan buat opis. Siap gajikan receptionist cun sorang. Scammer pun ada style.

Syarikat juta-juta keliling dunia ini nak upah receptionist sorang pun terkemut-kemut. Habis la satu kabinet Kelantan kena siram. Kahkahkah!



Dewan ingin tahu, dimana pejabat Climate Protectors? Sebelum ini carian telah mendapati alamat di Melawati dan Mont Kiara ternyata auta. Bulu memerang pun tak ada di situ, usahkan Climate Protectors.

Kahkahkah!

Image result for husam musa climate protectors berek 12

Berdasarkan jawapan Anuar Tan, inilah alamat 'daftar' Climate Protectors. Nak buat hapa alamat daftar?

Kahkahkahkah!

Agaknya kalau Anuar Tan nak cari penyamun, dia tak akan pergi rumah penyamun. Malah dia akan pergi rumah mak bapak penyamun.

Kerana disitulah penyamun itu 'didaftar'kan. 

Kahkahkah!
Kahkahkah!

Kalau inilah perangai & kelaku semua EXCO Kelantan, sampai reput la Husam tak akan menang berhujah.

Kahkahkah!

Wednesday, July 12, 2017

Nik Abduh & Serambinya

Madu tualang power! Click here

Kelantan bukan Mekah, Kelantan hanya serambinya, kata Nik Abduh

Ketua Pemuda Pas Nik Abduh Nik Aziz dalam nada sindiran hari ini seakan mempertahankan kewajaran kehadiran penyanyi rock Awie  mengadakan persembahan di Kelantan pada Sabtu lalu.
"Awie datang ke Kelantan meninggalkan bekas yang baik. Siapa pun datang ke Kelantan dengan niat yang baik, Allah akan menyantuninya dengan baik insya Allah.
"Adapun orang yang niatnya tak baik, walaupun duduk di Kelantan, yang luas akan jadi sempit, yang harum akan bertukar busuk dan siangnya akan bertukar malam 24 jam.
"Kelantan bukan Mekah. Kelantan hanya serambinya," ujarnya seperti dipetik dari laman facebooknya hari ini.
-------------------------------------------------------------------------------------

Apa yg dicakapkan oleh Nik Abduh itu ada benarnya.

Kelantan cuma serambi. Serambi kalau kita belek-belek kamus, maknanya ialah sebuah ruang untuk melepak.

Kalau selepas makan minum, biasanya orang dulu-dulu akan ke serambi utk melonggarkan otot kaki sambil pekena rokok daun atau lagi syok ada air ketum. Apa ada hal, serambi je.

Nak kasi best lagi, boleh keluar daun pakau main sampai subuh. Main pakau je pun, main benda lain bawak masuk dalam bilik la. 

Kahkahkah!

Kalau ada penyanyi jenis kaki pecah muka bini lalu depan rumah, boleh jemput naik. Apa ada hal, kat serambi je Dol... 

Kalau ada tauke kelab malam pun, boleh jemput naik. Tak kisah, kat serambi ni, Firaun pun boleh naik.

Kahkahkah!

Kalau bapak Si Abduh ini masih hidup, yakinlah kaki pecah muka bini pun akan dilayan.

Tapi yakinlah, kaki pecah muka bini itu akan ditazkirah.

Bukannya bagi peluang kaki pecah muka bini sebesar-besar pentas untuk mentazkirah anak muda Kelantan dengan Surah Jerangkung.

Betul tak Dol?

Kahkahkahkah!
Kahkahkahkah!

Hakimnya Seekor tikus

Madu tualang power! Click here


Oleh Raja Kamarul Bahrin

Setelah penderitaan teruk yang berakhir dengan kematian yang menyayat hati, Allahyarham adik Mohd Thaqif nampaknya masih juga tidak akan mendapat pengadilan dan pembelaan yang sewajarnya.

Setelah menderita akibat penderaan agak lama, kedua dua kakinya terpaksa dipotong dan tangannya pula perlu juga dipotong, akhirnya Allah mengakhirkan penderitaan hidup Thaqif di dunia kerana sayang padanya.

Tetapi pihak berkuasa lain pula sikap mereka terhadap Thaqif. Ini hanya boleh berlaku di negara Malaysia kita yang sudah hilang segala rasa malu dan sikap bertanggungjawab. Ironinya,kerajaan masih mengaku kita sebagai sebuah negara Islam yang mengamalkan sikap wasatiah.

Oh, Malaysiaku!

Pernahkah kita mendengar orang yang kena jangkitan kencing tikus dipotong kaki dan juga tangan? Selalunya orang yang kena kencing manis dan bukan kencing tikus di potong kaki!

Adakah kita semua telah "dikencing" pihak tertentu? Mungkin para doktor dari Amerika dan seluruh dunia patut datang membuat kajian kencing tikus Malaysia jenis yang amat luar biasa ini!

Lebih luar biasa lagi Pengetua sekolah Allahyarham Thaqif sendiri, Mohd Afdhaluddin, menyatakan tiada murid lain pernah mengidap penyakit kencing tikus di sekolah tersebut.

Dia juga mengesahkan adik Thaqif tidak pernah menunjuk tanda tanda dijangkiti jangkitan kencing tikus. Lagipun selama begitu lama adik Thaqif dirawat di hospital tiada pula doktor mengesan penyakit tersebut!

Bagaimana Doktor dan hospital boleh lalai mengesan kencing tikus semasa merawat Thaqif jika ianya benar benar penyakit tersebut? Tiba-tiba selepas tiga bulan diberitakan bahawa kencing tikus kononnya menjadi punca kematian Thaqif!

Adakah kencing tikus yang menyebabkan lebam lebam di kaki Thaqif? Sementara kita yang prihatin dan sayang pada Thaqif menitiskan air mata kesedihan atas penemuan luar biasa ini, pihak pakar luar negara mungkin menggeleng kepala dan mungkin ada yang ketawa sinis atas cara pihak berkuasa memperbodoh rakyat Malaysia sekali lagi.

Kita telah terlalu lama berhadapan dengan situasi kerajaan bermati-matian mempertahankan pihak berkuasa walau apa juga kesalahan dilakukan oleh mereka. Ramai yang terkejut besar bagaimana bekas banduan yang baru bebas ditugaskan berkerja di pusat pengajian Thaqif sebagai pembantu warden dan terlibat dalam insiden ke atas Thaqif tersebut.

Hanya di Malaysia perkara seperti ini boleh diremehkan dan disapu ke bawah karpet! "Accountabilty" bukan lagi sebahagian dari nilai kita hari ini. Ibu Thaqif sudah menyatakan beliau tidak boleh menerima keputusan tersebut, seperti juga kita semua yang menuntut dan dahagakan keadilan.

Sekali lagi berulang situasi di Malaysia di mana berlaku jenayah tanpa penjenayah - "crime with no criminal"! Inilah negara kita hari ini. Malaysia boleh!

Sebenarnya penjenayah yang bersalah rupa-rupanya adalah seekor tikus yang tidak boleh didakwa di mahkamah manusia. Jadi adakah kita perlu meluluskan penubuhan mahkamah khas untuk tikus pula melalui Parlimen!

Barulah kematian Thaqif akan terbela akhirnya. Ini hanyalah kerana hakimnya adalah seekor tikus juga yang berani membuat pengadilan yang berani dan tepat! Hidup tikus!

Ironinya lagi, baru beberapa hari lalu Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Johor (TMJ) menulis satu artikel tentang betapa daifnya negara kita dengan nilai-nilai murni, accountabilty dan sikap berlaku adil. Sekarang seorang anak Johor yang telah terkorban menjadi mangsa kepincangan sistem nilai keadilan Negara Malaysia kita.

Kata-kata TMJ ada banyak kebenarannya. Saya yang melalui tahun gemilang Malaysia sejak tahun 1960-an sudah tidak kenal lagi negara Malaysia yang kita semua pernah banggakan satu ketila dahulu.

Apa telah terjadi kepada negaraku Malaysia ini? Apa telah berlaku ke atas dirimu anak muda Allahyarham Thaqif? Berapa ramai lagi Thaqif yang muda dan tua akan terkorban mengalami nasib yang sama?

Semoga Allah melindungi generasi anak muda yang akan datang selepas adik Thaqif mengalami nasib yang amat malang dan menyayat hati. InsyaAllah.

Raja Kamarul Bahrin Shah ialah ahli Parlimen Kuala Terengganu dan ahli jawatankuasa Amanah Nasional

Thursday, July 6, 2017

1MDB Potong Stim

Madu tualang power! Click here

Related image

    Selesaikan kemelut 1MDB berpandu al-Quran

    Ramai yang tertanya-tanya seolah-olah saya tidak berminat untuk membuat perubahan kerana 1MDB ketika banyak pihak menjadikan isu ini senjata besar untuk melakukan perubahan kepada pucuk pimpinan negara.
    Saya tidak termasuk dalam kalangan Melayu yang mudah lupa terhadap isu yang wajib berlaku pada setiap zaman perdana menteri bermula sejak 1980-an. 
    Klik DI SINI utk membaca keseluruhan artikel.
    -----------------------------------------------------------------------------------
    Artikel di atas ditulis oleh Hadi Awang. Sapa2 berminat nak baca, klik link di atas.

    Jumlah '1MDB' yg ditulis dalam artikelnya itu tak sampai pun 10 kali. Namun begitu ada perubahan sikit berbanding ketika dalam parlimen, Tuan Guru ini kena kancing gigi tak boleh menyebut banyak kali '1MDB'.

    Kahkahkah!

    Ada perubahan la sikit kan? Pun begitu patik rasa alangkah bagusnya kalau patah2 perkataan di atas disebut dalam parlimen, bukan diterbitkan di Malaysiakini.

    Namun begitu Dol, alangkah cantiknya kalau Tuan Guru ini terangkan sikit hapa benda batu besi beraninya 1MDB ini. 

    Mungkin Tuan Guru ambik borong semua orang dah tahu?

    Kahkahkah!

    Sepatutnya Tuan Guru Haha bagitau bahawa 1MDB ini memang lahanat. Kahkahkah!
    Tuan Guru Haha patut bagitau 1MDB sarat utang bilion2.
    Patut bagitau duit 1MDB kena punggah buat beli intan berlian.

    Tapi tak ada. Bab itu gigi Tuan Guru terkancing. Kahkahkah!

    Kalau tak nak sebut duit 1MDB dibuat utk bikin filem separuh lucah pun tak apa.
    Kalau tak nak sebut model spenda dapat intan berlian pun tak apa.

    Kahkahkah!

    Cuma, sebut la sekali Taik Jho Low. Nak merasa dengar.
    Sebut la sekali je. Lagakan rahang atas & bawah, diikuti lidah dan gigi berkerjasama, pasti akan keluar perkataan;
    Taik Jho Low.

    Kahkahkah!

    Ini umpama bercerita panjang berhari-hari, berminggu-minggu, berjela-jela bab mandi junub, tapi tak bagi tahu sebab apa kena mandi junub. Kan?

    Potong stim.

    Kahkahkah!

    Wednesday, July 5, 2017

    Menate Hute Saye Hute Klate

    Madu tualang power! Click here

    Skandal projek karbon sejuta ekar hutan 

    Kelantan: Pemuda Amanah gesa jawab segera

     Pemuda Amanah Kelantan menggesa kerajaan negeri itu mengemukakan 
    penjelasan segera berhubung skandal Carbon Credit yang melibatkan 
    penyerahan hampir sejuta ekar tanah hutan selama 30 tahun kepada 
    Syarikat Climate Protector Sdn Bhd. Klik Di sini
    -------------------------------------------------------------------------------------------


    Dol,

    tak payah ambik tahu sangat kes ini. Serabut dibuatnya.
    Lu jangan nak memandai-mandai, ini kes orang kayangan saja yg paham.
    Lu paham ke menate hapa;

    carbon credit,
    climate protector,
    crypto currency,
    eco bit,

    Kahkahkah!

    Ini macam kes tak reti mengurus, tak reti cari duit, dah tak tau mana nak dituju, 
    last-last cagar tanah. 
    Duit cagar tanah habis, boleh cagar bukit. Duit cagar bukit habis, cagar gunung.

    Last-last nanti tanah kubur pun puak-puak ni boleh cagar.
    Sikit hari lagi, tinggal babi saja yg sayang hutan.

    Kahkahkah!!!
    Kahkahkah!


    Tuesday, July 4, 2017

    Cekik-cekik Syawal

    Madu tualang power! Click here

    Cekik-cekik Syawal ini menggantikan Ketuk-ketuk Ramadhan yg ada adegan goyang-goyang. 

    Kahkahkah!

    Dol,

    sekarang dah masuk Syawal. Orang Melayu bagai nak rak ber'open house'.

    Boleh dikatakan jugak time inilah orang politik bukan main galak nak menjamu rakyat marhaen.


    Bukan senang nak masuk rumah YB. Berbaloi berpanas meredah jem. Berbaloi beratur nak bersalam cium tangan YB. Berbaloi beratur panjang menunggu giliran mencedok nasik. Kena beratur lagi utk mengaut lauk pauk. 

    Berbaloi jugak kot makan atas rumput kalau tak jumpa kerusi. Duduk tepi tong sampah pun OK.

    Kahkahkah!


    Kalau kau rasa berbaloi-baloi, kau pergilah Dol.

    Bagi aku, baik melepak tepi bendang belakang rumah mengail ikan puyu.

    Kahkahkah!