Monday, May 1, 2017

Awang, Pawang & Bawang

Madu tualang power! Click here

Image result for pawang besar
Pawang anjing sedang meleraikan anjing

Di zaman 60an & 70an dulu, ada seorang pawang yg handal di Kuala Kangsar, Perak.

Namanya aku pun tak tahu, sebab yg bercerita dgn aku pun tak tahu nama penuhnya.

Pawang ini masyhur di seluruh jajahan Kuala Kangsar. Bab jin, puaka, polong, santau, buatan orang, tilik barang hilang, semua dia boleh buat.

Disebabkan khidmat kepawangannya semakin diketahui ramai, maka ramailah datang ke rumahnya, yg buta datang berpimpin, yg capik datang bertongkat, yg ada Mercedes datang dgn drebar, yg bermotor Honda c50 datang berbonceng anak bini & yg berbasikal datang berkayuh sendiri.

kahkahkah!

Maka sang pawang mula riak & takbur atas kebolehannya, lalu satu hari ditempahnya papan tanda dan dipacak di depan rumah bertulis, "PAWANG BESAR"

Pawang Besar semakin poyo. masyarakat sekeliling sudah mula rasa kurang senang dgn si pawang, terutama golongan peniaga di pekan Kuala Kangsar. 

Namun ramai yg mengampu menjunjung si pawang.

Ada yg bawak si pawang ketika membeli baju, kompom akan dapat murah gila sebab pekedai kena jegil dgn si pawang.

Ada yg tak berduit nak menebus emas di pajak gadai, bawak si pawang. Kena hembus-hembus tauke pajak gadai sampai terkencing-kencing dia. Kahkahkah! Terus dapat tebus emas, tak payah bayar.

Orang kampung semakin berbulu dgn perangai haprak si pawang maka satu hari sekumpulan anak muda mengambil tindakan.

Tindakan yg amat mudah, disebabkan si pawang buta huruf, kutu-kutu itu cuma menconteng papan tanda si pawang.

Papan tanda yg tertulis PAWANG BESAR sekarang sudah jadi BAWANG BESAR. 

Kahkahkah!

Jadi orang pun tak jumpa lagilah rumah si pawang. Bisnes hembus-hembus, takut-takutkan orang dan jual air jampi merudum teruk. Cuma peniaga2 kedai runcit yg tak tahu apa-apa akan singgah bertanyakan bawang besar utk dibeli borong.

Kahkahkah!

Moral of the story, tiba-tiba aku teringatkan Hadi Bawang Awang. Bukan, bukan sebab serban dia macam bawang. Serban dia elok kemas rapi. Kahkahkah!

Bukan sebab dia pandai handle polong. Bukan.

Bukan sebab dia jual air jampi.

Karekter dia yg sama dgn Pawang Besar ialah dia pun sudah tidak dihormati orang. Dia khayal dijunjung pengikut. Seperti Pawang Besar, Hadi Awang juga diperlekehkan orang.

Tidak ada dalam sejarah PAS, presidennya dilukis dgn karikator beruk.

7 comments:

  1. Yeop....kalo gini gayenye kamu ni dah boleh ngajo subjek sejarah melayu ni....bahasa melayu kuno kamu tu teman suke bebeno....
    Tapi cara kamu twist kan jalan cerita di penghujungnya mmenjadikan suatu metafora yg terbaik, membolehkan karya kamu ini dimasukkan ke dalam naskah klasik mengenai masyarakat melayu.... kira bawah sikit jer dari tulisan pendita zaaba....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu sebab aku minat sgt kat yeop ni.. Ha2. Wink wink

      Delete
  2. Hadi Awang udah mereng yop, itu le yang walaunta gemo nyokongnya. Kalo demer idak sokong, udah lama tumbangnya.

    ReplyDelete
  3. Pawang Lobai kemaruk wang
    Memaki bewak beruk dan babi
    Maki hamun bukan kepalang
    Ponteng fitnah mnjd jadi
    Apb ribut dtg meradang
    Lobai 'dihudud' krn mencuri
    Lobai JAHANNAM sgt lah malang
    Doa' JAHANNAM memakan diri
    Lobai JAHANNAM ibarat jalang
    LACUR mencuri "menyamar" suci!

    ReplyDelete
  4. Kalakian diriwayatkan orang akan perangai Si Bawang Besar dengan sifat anak Si Awang itu pula sama sahaja. Kedua mereka lupa diri, besar kepala dan didatangi ego sebesar serban sebakul adanya.... maka semakin menjadi-jadi akan sombong bodoh mereka dari hari ke sehari dek mabuk puji dan sanjungan para juak penyokong yang membawa rebah. Ada pun perangai mereka teesebut adalah turun temurun sebijik butir taik manusia lupa daratan serta lupa asal usul dan lupa kebesaran tuhan. Akhirnya mereka mendapat penghinaan kerana perangai buruk mereka sendiri. Lalu Allah Taala menurunkan sedikit ujian berupa ribut taufan yang merobohkan khemah khemah mereka....maka larilah para juak bertempiaran hingga terpelanting segala hopiah dan serban terpekik terlolong meminta pertolongan. Ada pun kita janganlah sampai ada yang metertawakan musibah ke atas mereka,sebaliknya mendoakan supaya mereka segera sedar dari tipu daya si tok ketua yang hilang siuman dan tersesat jalan itu adanya....

    ReplyDelete

  5. Kaum nabi Noh banjir ranapkan

    Kaum nabi Hud angin hancurkan

    Kaum nabi Luth dihempap gegaran

    Quraish dihempas ribut dan taufan

    Lobai2 hudud bertempiaran ketakutan

    Kota sarang semut mnjd sasaran

    Ribut "sekecil butir tahik" memberi amaran

    Itulah hakikat 'BALA'!, bukannya ujian

    Silobai2 tu ingat mrk bersorban, mrk beriman

    Walhal khianat ponteng fitnah,jls "tanda" mnipu Tuhan

    Lalu doa' JAHANNAM sipenipu2 itu pun dimakbulkan

    Agar lobai2 butir tahik itu mndpt keinsafan!?

    ATAU mrk terus bebal utk trus dJAHANNAMkan

    Sama2 kita saksikan dgn penuh debaran



    ReplyDelete
  6. Butir taik tak der sape nk sebut kali ni. Aku sebut lah.. Comel tul kosakata nyer . Terngigau aku akn keindaha cara sebutan nya.. Ha3

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.