Wednesday, February 15, 2017

Mana Mungkin Tuan Aji Buat Silap

Madu tualang power! Click here

Patut la Hanipa ni pendek umur dalam PAS. Kahkahkah!!!
Kaki melawan macam Husam juga.

Sepatutnya Hanipa berterus-teranglah. Bagi tau khalayak hukum-hakam bertanding p/raya.
Kahkahkah!!!

Sebab tuan aji telah menguntfusekan khalayak bila dia kata "mung kene  samang, mung tok leh bertanding"
Kahkahkah!!

Kalau samang trafik berbelas-belas ribu, tok leh jugok ke?

Guane gamok Ding?
Kahkahkah!!!

HUSAM BETUL, PRESIDEN PAS SILAP
OLEH :MOHAMED HANIPA MAIDIN

Saya membaca laporan Malaysiakini berhubung polemik antara Yb Husam Musa, Adun Salor dan Presiden Pas, yang juga Ahli Parlimen Marang berhubung isu dana 90 juta.

Bagaimanapun, sebelum saya komen lanjut, saya ingin nyatakan komen yang saya buat adalah berasaskan andaian berita yang saya baca di Malaysiakini itu benar kandungannya.

Malaysiakini melaporkan yang Presiden Pas dikatakan menyatakan bahawa Husam sengaja membawa isu dana 90 juta supaya beliau tidak boleh bertanding pilihan raya umum akan datang jika kalah dalam saman ( yang mungkin.akan difailkan ke atas Husam oleh Pas ).

Malaysiakini juga melaporkan sebagai reaksi balas terhadap kenyataan Presiden Pas itu, Husam dilaporkan berkata kenyataan Presiden Pas itu melucukan kerana , menurut Husam, beliau tidak pernah lagi dengar seseorang itu tidak boleh bertanding pilihan raya kerana kalah saman .

Dari perspektif undang -undang, bagi saya, cateris paribus ( andaian apa yang diberitakan oleh malaysiakini adalah benar ), bagi saya, Husam betul dan Presiden Pas, dengan hormat, silap.

Pertamanya, apa yang jelas sehingga artikel ini ditulis,Pas masih belum saman Husam. Maka, agak pramatang untuk kata Husam akan kalah dalam saman itu. Mungkin elok juga jika ada peguam Pas yang sepatutnya nasihat Presiden Pas dalam soal ini.

Keduanya,jika sekalipun Pas akan saman Husam dalam isu dana 90 juta ini, tidak tentu lagi Pas mesti menang saman itu. Pas dan Presidennya tidak wajar membuat spekulasi bila Pas saman Husam, maka Husam tidak akan buat apa apa dan duduk diam sahaja. Oleh itu Pas akan menang kes itu dengan mudah.

Saya tidak fikir Husam akan biarkan Pas menyamannya tanpa beliau melawan. Sudah tentu, bagi mempertahankan tuduhannya ,Husam akan lawan dan menggunakan khidmat peguam.

Ketiganya, katakan Pas betul betul saman Husam, apa jaminan yang kes saman itu akan pasti didengar atau dibicarakan sebelum pilihanraya umum. Saya tidak rasa mana-mana peguam sekalipun boleh berfikir begitu, apatah lagi Presiden Pas.

Keempat, andaikata Pas saman Husam dan menang, macam mana Pas atau Presidennya boleh dengan yakin Pas akan dapat gantirugi yang amat tinggi sehinggakan Husam mungkin tidak mampu membayar gantirugi tersebut.

Dalam kes saman fitnah ada dua isu yang perlu difahami, isu lialibiliti dan isu kuantum gantirugi. Katakan mahkamah putuskan kata kata Husam adalah fitnah, tidak tentu lagi secara automatik Pas pasti akan dapat gantirugi yang tinggi.

Kelima, katakan Pas menang saman dan Husam diperintahkan untuk membayar gantirugi kepada Pas, macam mana Presiden boleh jadi Tok Nujum meramal Husam tidak akan mampu bayar gantirugi tersebut?

Yang akhirnya, betul ke Pas berani nak saman Husam isu dana 90 juta ni. Walaupun, seawal bulan Ogos tahun lepas , Presiden Pas kata nak saman Sarawak Report di London tentang isu dana 90 juta, tapi yang kita tahu sampai kini masih belum saman.

8 comments:

  1. Mungking Pas tak Samang Husam cuma mintak Husam bgi SIAMANG kat Presideng Pas kahkahkah.Samang Sarawak Report pun tak Buat lagi nak gertak Husam pulak.piiiiddaaahhhh PAH

    ReplyDelete
  2. Banyak sungguh penganut fahaman Pemfitnah yahudi didalam Pakatan harapan! Zionist mesti bangga dengan DAPigs kerana mengyahudikan Pakatan Hopless laknatullah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah..walaun pasik

      Delete
    2. Jgn dok guna Dapigs sgt krn PIGS telah dimiliki oleh Pas Ikatan Gagasan Sejahtera!

      Delete
  3. Itu saja ka point kau anynomous 12:11. Setakat itu saja otak walaun nak defend Presideng depa..kihkih

    ReplyDelete
  4. 1211 tu yang boleh kata pun silap sikit kira kapiaq orang yg tak sebulu ngan hangpa..dari ataih sapa kewalaun makanan depa kira nak mengyahudi dan mngkapiaq orang..bila mati boleh lah tanam kt jirat cina..Itulah modai hangpa pun...

    ReplyDelete
  5. Tak tau nak habaq dan kata apa lagi dah...punya dok pertahan, depa silap kata pun tak apa... x silap, orang yang kata betui semua yahudi... tak tau lah.. hukum semua milik depa.. depa lebih islamik...biaq Allah sajalah tentukan...

    ReplyDelete
  6. agaknya orang-orang kaya kelantan memang tak suka berkahwin ke ? kalau tengok Ku Li pun berapa lama dia membujang. Atau diorang ada agenda tersembunyi ke tak nak berkahwin terus hidup membujang cam tu ?

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.