Monday, June 13, 2016

Gambar-gambar Hasil Kerja Tukang Grill Kuala Kangsar Yg Menakjubkan

Madu tualang power! Click here




Kalau ada sapa-sapa berniat utk mendapatkan khidmat tukang buat grill daripada syarikat diatas, aku cadangkan batalkan saja niat murni kamu.

Carilah orang lain atau lagi bagus kalau mintak cadangan dari kawan-kawan.

Jangan disebabkan kamu orang Melayu Islam Tak Makan Babi dan Tukang Grill ini juga Melayu Islam Tak Makan Babi, maka atas dasar tolong menolong sesama sedara Melayu Islam Tak Makan Babi, kamu nak bagi job kat dia, Tak Payah!

Itu lah yg dah terjadi pada aku. Bila aku tgk dia atas bawah, dia pun Melayu macam aku. Islam macam aku. Tak makan babi macam aku. Maka aku dgn sukacita ingin mendapatkan khidmat kepakaran dari saudara sesama Melayu Islam Tak Makan Babi.

Kerana aku sentiasa yakin akan kebolehan saudara aku sesama Melayu Islam Tak Makan Babi, cuma kita kekurangan ruang dan peluang utk menunjukkannya.

Aku suruh tukang grill Melayu Islam Tak Makan Babi ni, pasang grill di rumah aku disebabkan dia Melayu Islam Tak Makan Babi macam aku juga.

Lokasi bengkel tukang grill Melayu Islam Tak Makan Babi ni ditepi jalan antara Simpang Lubuk Merbau - Liman Kati.



Aku nak support bisness org Melayu Islam Tak Makan Babi. Kalau Melayu Islam Tak Makan Babi tak mahu support bisness Melayu Islam Tak Makan Babi, sapa nak support?

Cina? India? Jgn harap.

Melayu Islam Tak Makan Babi inilah juga yg akan membantu sesama Melayu Islam Tak Makan Babi.

Namun aku menyesal sesesal-sesalnya, tujuh keturunan aku akan menyesal, terbagi job ini kepada Melayu Islam Tak Makan Babi ini.

Sebab, tukang grill ini termasuk dlm golongan segelintir peniaga Melayu Islam Tak Makan Babi, bila kita bagi job, hasilnya amat mengecewakan. Kasi buruk nama Melayu, kasi buruk nama Islam.

Buat kerja nak cepat, gopoh & tak cermat. Celah Bedah pun lagi cantik kalau nak dibuat perbandingan dgn hasil kerja dia.

Tebuk, korek, cungkil, tarah rumah aku macam merepair jamban.

Org Kuala Kangsar, buatlah pilihan bijak. Ramai lagi tukang grill Melayu Islam Tak Makan Babi yg cermat, tertib, kemas & rapi kerjanya.

Berikut ialah gambar2 yg aku snap melalui telefon dan komplen-komplen aku tentang mutu kerjanya.

Juga respon Si Tukang Grill yg secara langsung menggambarkan tahap sekolah rendah yg dia dah pergi.







Di bawah ini pula gambar-gambar yg aku snap dgn kamera.

Ini kes cabut reti, nak pasangkan semula dah malas. Alasannya bila aku tanya kenapa, ini utk memudahkan aku menyambung belakang rumah nanti katanya.

Aik? Mcm mana dia tau aku nak atau tidak buat renovation ni?? Cuntfuse ni.

Kahkahkah!

Kat atas tu, ada 2 skru. Kat bawah skru senget benget. Kemudian kesan simen pecah. Kesan cat. Comot.

Ini pun ada kesan cat. Pasal apa nak taruk cat atas dinding rumah orang? Kerja mengecat buatlah di bengkel.

Tebuk, kemudian tinggal lubang ternganga. Tak ada langsung inisiatif untuk menampal semula.

Ini yg paling BEST! Rumah aku awningnya berjambul. Kahkahkah!

Sekali tgk macam kepala Storm Trooper Star Wars pun ada. Kahkahkah! Aje gampang.

Mana ada rumah org awning berjambul, kan? Rumah aku ada awning berjambul. Kahkahkah!

Diatas ialah gambar contoh finishing org sambung bumbung dgn elok. Kemas.

Kenapa mesti 2 skru? Kahkahkah! Ini kerja membazir.

Kalau diteliti, nampak kesan air meleleh. Maknanya di waktu hujan, telah berlaku kebocoran. Palat, memang palat.

Seperkara lagi, dinding tu ditarah dikorek utk mengikat struktur besi itu yg aku kira telah tersalah ukur. Atau tak diukur pun? Kahkahkah! Main agak2 je.

Kot ye pun dah korek, simen la balik. Tunjuk sikit budi bahasa tukang grill, kan?

Kahkahkah!

Ini pun ada skru extra. Kahkahkah!

Berapa harga skru sekarang? Murah bebenor ke? Kahkahkah!


Kesimpulannya, menurut pandangan aku yg dah torkono ni, kita kena sentiasa berhati-hati dalam apa segala hal yg melibatkan duit.

Jangan lekas sangat percaya pada org lain. Cina Makan Babi ke, Melayu Islam Tak Makan Babi ke, sama je!

Pun begitu, aku tak akan serik utk terus berurusan dgn sedara aku sesama Melayu Islam Tak Makan Babi, kes aku torkono ni cuma kes terpencil. Ramai lagi tukang grill Melayu Islam Tak Makan Babi yg mutu kerjanya cemerlang.

Buat sementara waktu, lupakan yg sorang ni. Kasi lesson.