Thursday, October 6, 2016

Zahid Hamidi Tak Sempat Belajar PPSMI

Madu tualang power! Click here

Zahid tak kecil hati ucapan bahasa Inggeris dikritik

 Bernama      Hari ini, 8:31 malam      Hari ini, 8:38 malam
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sama sekali tidak ambil peduli atau berkecil hati berhubung kritikan terhadap beliau yang berucap dalam bahasa Inggeris pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu ke-71 di New York baru-baru ini.
---------------------------------------------------------------------------
Sapa lagi lah yg paling cocok menghina bahasa sendiri kalau bukan bangsa itu juga?

Sapa lagi lah yg paling sesuai membuang tulisan jawi dari sekolah, selain bangsa yg menggunakan tulisan itu dalam membaca al Quran?

Sejarah tak menipu. Yg pasti HAMNO handal dalam memutar-belitkan sejarah.

Sejarah telah merakamkan bagaimana percubaan Mahafiraun menghumban Bahasa Melayu dgn memperkenalkan PPSMI. PPSMI telah merugikan bangsa Melayu dimana ianya telah memaksa ke dalam tembolok pelajar Melayu supaya belajar Matematik & Sains dalam bahasa Inggeris.

Sejarah juga telah merakamkan bahawa bangsa Melayu sendiri menendang tulisan Jawi dari sukatan pelajaran di sekolah.

Hasilnya, cakap orang putih entah ke mana dan membaca Quran ramai yg merangkak-rangkak.

Di PBB, org Jerman cakap bahasa makbapak dia. Org Rusia cakap bahasa makbapak dia. Org Jepun cakap bahasa makbapak dia. 

Bahasa jiwa bangsa.

Sesiapa saja dalam dunia ini yg mengangkat bahasa selain bahasa makbapaknya bermakna sekaligus dia telah mengakui tuan punya bahasa itu lebih bagus dari bangsanya.

Sekorup-korup Sokarno & Soharto, di PBB mereka bertutur bahasa makbapak mereka.

Cuma kita, Melayu yg ponggongnya hitam atau pun cokelat-cokelat sikit2, masih mengagung-agungkan bahasa penjajah. Kahkahkahkah!!!

Di PBB sana, sapa pun tak marah kalau Jowo Bagan Datoh ngomong jowo. Kahkahkah!!! 

Kalau cakap org putih itu betul, takpa lah jugak. Ini org putih pun tak paham! Kahkahkah!!

Org putih sendiri mintak terjemahan. Kahkahkah!!!


No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.