Monday, June 13, 2016

Gambar-gambar Hasil Kerja Tukang Grill Kuala Kangsar Yg Menakjubkan

Madu tualang power! Click here




Kalau ada sapa-sapa berniat utk mendapatkan khidmat tukang buat grill daripada syarikat diatas, aku cadangkan batalkan saja niat murni kamu.

Carilah orang lain atau lagi bagus kalau mintak cadangan dari kawan-kawan.

Jangan disebabkan kamu orang Melayu Islam Tak Makan Babi dan Tukang Grill ini juga Melayu Islam Tak Makan Babi, maka atas dasar tolong menolong sesama sedara Melayu Islam Tak Makan Babi, kamu nak bagi job kat dia, Tak Payah!

Itu lah yg dah terjadi pada aku. Bila aku tgk dia atas bawah, dia pun Melayu macam aku. Islam macam aku. Tak makan babi macam aku. Maka aku dgn sukacita ingin mendapatkan khidmat kepakaran dari saudara sesama Melayu Islam Tak Makan Babi.

Kerana aku sentiasa yakin akan kebolehan saudara aku sesama Melayu Islam Tak Makan Babi, cuma kita kekurangan ruang dan peluang utk menunjukkannya.

Aku suruh tukang grill Melayu Islam Tak Makan Babi ni, pasang grill di rumah aku disebabkan dia Melayu Islam Tak Makan Babi macam aku juga.

Lokasi bengkel tukang grill Melayu Islam Tak Makan Babi ni ditepi jalan antara Simpang Lubuk Merbau - Liman Kati.



Aku nak support bisness org Melayu Islam Tak Makan Babi. Kalau Melayu Islam Tak Makan Babi tak mahu support bisness Melayu Islam Tak Makan Babi, sapa nak support?

Cina? India? Jgn harap.

Melayu Islam Tak Makan Babi inilah juga yg akan membantu sesama Melayu Islam Tak Makan Babi.

Namun aku menyesal sesesal-sesalnya, tujuh keturunan aku akan menyesal, terbagi job ini kepada Melayu Islam Tak Makan Babi ini.

Sebab, tukang grill ini termasuk dlm golongan segelintir peniaga Melayu Islam Tak Makan Babi, bila kita bagi job, hasilnya amat mengecewakan. Kasi buruk nama Melayu, kasi buruk nama Islam.

Buat kerja nak cepat, gopoh & tak cermat. Celah Bedah pun lagi cantik kalau nak dibuat perbandingan dgn hasil kerja dia.

Tebuk, korek, cungkil, tarah rumah aku macam merepair jamban.

Org Kuala Kangsar, buatlah pilihan bijak. Ramai lagi tukang grill Melayu Islam Tak Makan Babi yg cermat, tertib, kemas & rapi kerjanya.

Berikut ialah gambar2 yg aku snap melalui telefon dan komplen-komplen aku tentang mutu kerjanya.

Juga respon Si Tukang Grill yg secara langsung menggambarkan tahap sekolah rendah yg dia dah pergi.







Di bawah ini pula gambar-gambar yg aku snap dgn kamera.

Ini kes cabut reti, nak pasangkan semula dah malas. Alasannya bila aku tanya kenapa, ini utk memudahkan aku menyambung belakang rumah nanti katanya.

Aik? Mcm mana dia tau aku nak atau tidak buat renovation ni?? Cuntfuse ni.

Kahkahkah!

Kat atas tu, ada 2 skru. Kat bawah skru senget benget. Kemudian kesan simen pecah. Kesan cat. Comot.

Ini pun ada kesan cat. Pasal apa nak taruk cat atas dinding rumah orang? Kerja mengecat buatlah di bengkel.

Tebuk, kemudian tinggal lubang ternganga. Tak ada langsung inisiatif untuk menampal semula.

Ini yg paling BEST! Rumah aku awningnya berjambul. Kahkahkah!

Sekali tgk macam kepala Storm Trooper Star Wars pun ada. Kahkahkah! Aje gampang.

Mana ada rumah org awning berjambul, kan? Rumah aku ada awning berjambul. Kahkahkah!

Diatas ialah gambar contoh finishing org sambung bumbung dgn elok. Kemas.

Kenapa mesti 2 skru? Kahkahkah! Ini kerja membazir.

Kalau diteliti, nampak kesan air meleleh. Maknanya di waktu hujan, telah berlaku kebocoran. Palat, memang palat.

Seperkara lagi, dinding tu ditarah dikorek utk mengikat struktur besi itu yg aku kira telah tersalah ukur. Atau tak diukur pun? Kahkahkah! Main agak2 je.

Kot ye pun dah korek, simen la balik. Tunjuk sikit budi bahasa tukang grill, kan?

Kahkahkah!

Ini pun ada skru extra. Kahkahkah!

Berapa harga skru sekarang? Murah bebenor ke? Kahkahkah!


Kesimpulannya, menurut pandangan aku yg dah torkono ni, kita kena sentiasa berhati-hati dalam apa segala hal yg melibatkan duit.

Jangan lekas sangat percaya pada org lain. Cina Makan Babi ke, Melayu Islam Tak Makan Babi ke, sama je!

Pun begitu, aku tak akan serik utk terus berurusan dgn sedara aku sesama Melayu Islam Tak Makan Babi, kes aku torkono ni cuma kes terpencil. Ramai lagi tukang grill Melayu Islam Tak Makan Babi yg mutu kerjanya cemerlang.

Buat sementara waktu, lupakan yg sorang ni. Kasi lesson.

19 comments:

  1. Kahkahkah.itu ler nama nye seni tu libanglibu kene paham tu.Kahkahkah.sng nt kalo org tanye umah yg mane...ala umah yg oning ngelembung tu..ooooo...kahkahkah.buat pengetahuan libanglibu, ni bukan kes terpencil,byk kes mcm ni jadi, den pun dah terkono bbrp kali,tobat den,elok buat dr yg mkn babi mahal cikit tp puas ati..kalo nk yg xmkn babi ni buat elok2 suruh le deme p mkn babi dulu. Kahkahkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sokong, sebab nak murah terimalah akibatnya. Satu lagi aku nasihatkan, kalau nak buat rumah atau renovation jgn sekali-kali mengupah saudara-mara melakukannya akibatnya kita akan bermasam muka

      Delete
  2. sabar bang sabar.....

    ReplyDelete
  3. Yop oiiiii
    Idok kamu hamput je demer tu yop oiiii..hahahaahahah..
    Udoh rupe umah woody woodpecker..wakakakaka..
    Babi haram yop..rasuah,jual agama mcm PIS halal yop..wkakakakaka...kahkahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah.aje benor yop.nt deme panggil umah sape tu.umah woody woodpecker ler.atau libanglibu tuko jele name libanglibuwoodpecker.kahkahkah

      Delete
  4. Percaya tak.. aku frame ayat2 suci pun aku antar kat cina.. tp sebelum cina tu buat aku pesanlah apa2 yg dia org kena elakkan.. cina tu ckp ok. Ia berpunca frame aku antar kedai melayu.dah lah aku tak puashati.. bila tak puashati cara menjawab..mcm kesah kat atas td tu.. nanti senang nak sambung rumah .memendam rasa je aku.. last aku buka balik antar kedai cina.puashati..harga lebih kurang sama. Begitu juga baiki kereta. Aku antar kedai cina.. servis berjadual. Aku berkeyakinan.. bila2 kereta aku boleh jln jauh.. takkan ada masaalah. Semuanya aku pindah servis kedai cina sbb tgk kejadian pd kwn aku.. percaya benar dgn org tak makan babi.....

    ReplyDelete
  5. sabar itu tanda keimanan, saya simpati sbb sya juga sama nasib, kerana melayu saya menyesal tak sudah, sbb tu bila cakap je melayu saya fobia minta maaflah melayu, beli tanah nak bina rumah kena tipu siapa tipu melayu, buat rumah kena tipu sapa tipu melayu, beli kereta kena tipu sapa tipu melayu,,, pengalaman ini cukup menjadikan saya sedar bahawa bukan semua melayu itu islam sebenarnya,,,, Allahhuaklam

    ReplyDelete
  6. Sori yop, teman ada jugak buat awning dg org melayu. Ok malah dpt murah dr jiran sbelah.yg guna cina mkn babi. Jgn borong semua mcm yop trkena tu. Malah teman rekemen pd org lain. Lain kali survey dulu. Org cina pun ada kaki penipu. Bangsa sndiri pulon ye..brdosa kata melayu islam semua mcm tu. Apa dosa kita trkena.cek diri kita dulu yop

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi juga kata mike tp kot melayu ni kan islam xmakan babi sepatutnye buat lg elok sbb agama pun islam,islam xda suruh menipu buat keja mcm taik.yg cina tu mmgle depe mkn babi xkisahle mmg mknn depe tp depe pun bukan ugame islam kira kalo mmg patutla kalo depa watkeja mcm taik.tp skrg tbalik pulak, melayu islam wat keja cincai boncai tp yg sikapir pulak wat keje lelok walaupun mkn babi..tp xsemua la..tu sbb btoi Kate mike sbl buat apa2 kene check dulu tanye kwn2 survey dulu kalau idak nt ngelembung ler owning mcm owning libanglibuwoodpecker.kihkih

      Delete
  7. sabar yeop..yang ni tukang grill melayu yg makan babi...teman dah kaborvke deme cari melayu yang xmakan babi..kah kah..melayu letak tepi...islam yg utama

    ReplyDelete
  8. Kahkahkah.gampang punya tokeh owning Kahkahkah.dia tebuk lubang smpi berlubang tetiba salahkan pemaju Kahkahkah.lagi huduh perangai. Kahkahkah.sendiri buat salah pastu salahkan org lain.cer tanya die sokong mane?mcm perangai pas je,hudud xjalan salahkan dap.Kahkahkah.sebijik perangai pas.tp libanglibu kene hati2 kot lepas ni die bwk keris pjg sedepa.Kahkahkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yop ouiiiii
      Ehhh..betoi jugak kata miker tu yop..kot di teyrok nye libanglibu ngn kerih sedepa kang..x ke naya dia kang..kahkahkah
      Udoh pecoh perut pulok..
      Abg aji PIS oii..g miker sorok kerih tu cepat..ade org nk ngamok ni..

      Delete
    2. Ape mengkome ni kaitkan hadi.tersedak pak hadi kitew.tersedak dedak pulak tuh..

      Delete
  9. Hari baik bulan baik ni ada baiknye libanglibu maapkan ler si tauke awning ni.fikir positive mungkin pekerja nye ada masalah penglihatan,ataupun golongan oku.kita patut membantu golongan oku nih.kihkih.atau pun anggap ajer bentuk owning tu trend zaman sekarang pesen lubang idung kembang namanya.kihkih

    ReplyDelete
  10. Apa blog ni byk nyer sebut babi2 ni blog babi ka hapa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg kome bace ape ke halnye. mmg tgh mare, membabi le. gi samak lekas

      Delete
  11. tu ada le kifarah yang ko kena tanggung libang libu....sume benda ni ada sebab musababnya....kut mungkin dedulu mike ponoh ngecek ato bedeahkan oghang...ate itu mungkin Allah baleh ato pengingatkan balik....muhasab dighi balik tu jalan yg tebaik....yang kaki ngumpat pada oghang lain macam anon11.42dan penyokongnye 4.07 tu pun ambil le iktibar...dunia ni kejap je...bersihkan hati tu.
    .......sori le komen teman

    ReplyDelete
  12. nmpk sangat di nak jimat cost...sampaikan join metal deck roof utk awning tu pun dia guna metal deck...sptut guna la metal flashing...kws yg ada air meleleh, klu bijak pndai, kws join tu pun dia akan pasang flashin...supaya air hujan x meleleh ke bawah...mngkin sbb ni harga dia offer murah...( pndgn dr org yg kerja buat bangunan )

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.