Wednesday, November 18, 2015

Suruh Makan, Saya Makan. Suruh Mengundi, Saya Sakit Jantung

Madu tualang power! Click here


Aku pernah hadir ke sidang parlimen. Time aku darjah 3. Lawatan sekolah.

Seperkara yg melekat dalam ingatan hingga ke hari ini tentang parlimen ialah air-condnya ya amat lah sejuk. Mengantuk yarabbi dibuatnya. Kah kah kah kah!!!

Patut la Broheng Ali tersadai dan ramai lagi ahli parlimen tersadai dalam parlimen. Perut buncit, makan sedap. Apa lagi? Lena la!! Kahkahkah!!!

Sampaikan ada MP dari Pahang yg bangun terpisat-pisat tiba-tiba menyampuk bawak cerita UFO makhluk asing, sedangkan ketika itu orang berbincang bab buruh asing. Kah kah kah kah kah! Kan dah mendapat setepek atas dahi?

Cerita sorang Pak Haji yg selalu ponteng dewan bukanlah baru.

Kerap kita terbaca di dlm media betapa dia suka celah persidangan. Agak2 dia tak berkenan, dia celah. kalau dia bajet ada yg tak sewarna dgn warna bulu kegemarannya, dia celah.

Memang betul ada ketikanya dia sakit, tak dapat hadir. Tak boleh dinafikan. Tapi kalau kerap sangat sakit, berambuslah. Bagi orang lain pulak yg akan mampu & rajin pergi dewan.

Bersidang itu penting. Sebab itulah tugas ahli dewan. Perkara-perkara lain, kena adjust utk memberi laluan kepada kehadiran dalam dewan.

Bukan tak boleh makan minum di parlimen. Bukan tak boleh kencing berak dalam dewan. Nak risau apa? Dah kompom dlm parlimen ada kafetaria & jamban yg canggih2. Nak cangkung ada, duduk ada. Cuma posisi melutut orang belum reka lagi. Kah kah kah kah!!!

Jawapan atas ketidakhadirannya baru-baru ini, cuma "sudah selesai, sudah selesai".

Iya betul, sudah selesai. Macam Terengganu pun dah selesai habis licin, Kedah dah selesai tinggal tulang & Perak pun dah selesai payah nak ambik balik.

Bukan orang suruh bertegang-urat berbahas berjela-jela macam Rafizi. kah ka kah! Kita tahu kemampuan MP-MP kita yg kailnya tak sampai sejengkal. Kahkakah!

Cuma, bila orang suruh angkat plakard, angkat je lah bukan berat sangat pun, tak payah mengadu sakit jantung. 

Suruh undi membangkang, pun mengadu sakit jantung lagi! Kahkahkah! Pala bana.

Undi orang kampung maw.

Terkenang aku kpd bekas tetangga aku dulu, 
kalau anak-anaknya buat perangai & dia naik angin, 
ayatnya kesat.
"Buat kerja pemalaih, duit hangpa maw! Babi hangpa!"

Tipis Fala Vana

Madu tualang power! Click here


Kalau nak diikutkan dari segi nama, pasukan Israel pun nak terkencing. Kahkahkahkah!!!

Harimau. HARIMAU! kahkahkahkah!!

Tapi harimau yg ini, usahkan gigi, segala kuku, misai dan bulu dah habis kena cabut. Kah kah hkah kah!!!

0-1 ke, 0-10 ke, 12-14 ke, maknanya kalah. Tak reti main. Main atas perut memang juara. Kah kah kah!

Tipis pala bana hapa?

Kah kah kah kah!!