Tuesday, July 7, 2015

Air Paip Pak Hamid Janda

Madu tualang power! Click here


Pak Hamid dah arwah pun. Aku tak tahu bila dia jadi arwah kerana lama aku meninggalkan kampung.

Pak Hamid seorang duda, tapi amat menghairankan kenapa orang kampung menggelar beliau 'Janda'? Kah kah kah! Aku pun tak tahulah asal-usul kejadiannya.

Rumah Pak Hamid terletak dalam kebun getah di atas bukit dan ngam-ngam betul bertentangan dengan rumah makcik aku yg terletak di seberang jalanraya. 

Ramadhan akan mengingatkan aku kepada Pak Hamid, sepertimana aku akan bernostalgia tentang sekolah lama, rumah-rumah bujang aku, bazaar Ramadhan Pantai Dalam KL, roti john, air soya, milo ais Kedai Slow, flat taik dan banyaklah lagi.

Masa kecik2 dulu, aku menapak ke sekolah. Mak bapak aku bukan berduit nak belikan basikal BMX macam yg kau naik tu. Kahkahkah! 

Bulan puasa ke, bulan tak puasa ke, aku tetap akan menapak ke sekolah. Jangan harap bapak aku nak hantarkan. Lagi pun sekolah bukan jauh sangat dan ramai lagi budak-budak yg senasib dgn aku.

Bulan puasalah paling mencabar, sebab kami akan melalui rumah Pak Hamid. Bukan sebab Pak Hamid bela anjing atau itik angsa, tapi di luar rumah Pak Hamid ada sebuah bilik air dan kompomlah dalam bilik air ada paip air! 

Paip air! Kah kah kah kah kah!!!

Dol,

kau bayangkanlah betapa sejuknya air paip di atas bukit di dalam kebun getah yg sentiasa redup. Kah kah kah kah!!!

Jantung aku akan berdegup kencang apabila melalui paip berhantu itu, bukan sekali, malah berpuluh kali aku tewas.Kah kah ka hkah kah!!!

Upacara menogok air paip rumah Pak Hamid biasanya akan dimulakan dengan meredah semak mencari 'buah lemba'.

Buah lemba inilah yg akan menambah perisa manis air paip sejuk itu yg bakal melalui tekak aku. Kah kah kah kah!!!

Bukan aku sorang, ramai lagilah dari darjah satu sampai la ke budak darjah enam. Mudah2an banyaklah pahala buat Pak Hamid yg berbakti kepada kami budak-budak sekolah yg pokai nak beli air sirap di kantin sekolah pun tak berduit.

Tapi Dol,

jangan tak tau, orang kampung yg tua bangka nak mampus pemalas nak puasa itu pun kat situ jugaklah menogok air paip.

Kah kah kah!

sapa-sapa baca artikel ni kena sedekah Fatihah sekali kpd Pak Hamid. Kalau tak sedekah, aku sumpah telor kau berat sebelah. Kah kah kah kah!

Al-fatihah.