Sunday, May 31, 2015

Kayanya Negara Kita

Madu tualang power! Click here


Betullah tu, negara kita ini dahulu kala diberi jolokkan 'Swarnabhumi'.

Bumi yg penuh emas. Bukan emas berjongkong-jongkong, bergunung-ganang, tapi maksudnya penuh hasil masyhul.

Dijajah, dijarah bangsa asing, kemudian dipunggah dan dijual timbang kati oleh bangsa sendiri, namun kita masih cukup makan.

Kita belum lagi jadi Greece, Portugal, Sepanyol, Amerika Syarikat kerana kita masih lagi punya hasil bumi. Petrol, sawit dan air hujan yg melimpah ruah sepanjang tahun yg mana kita mampu jual murah gila babi kepada Singapura dgn hanya 3 sen utk 1000 gelen.

Dol, 
Kah kah kah kah 3 sen seribu gelen! Kita boleh bermurah hati dan juga boleh membazir-bazir.

Kecelakaan kewangan diatas bukan disebabkan Belanda atau Portugis masuk melanun, tapi ianya dilanun bangsa sendiri.

Ala, suku Bugis pun kalau dah beranak disini, dah kira org Melayu la, kan?
Suku dari Kerala pun kalau dah puluhan tahun menetap, dapat PR kemudian jadi warganegara. Walaupun bila jumpa geng, dia bedal cakap Tamil, tapi dia dah kira jadi Melayu la kan?

Kah kah kah kah!