Wednesday, November 18, 2015

Suruh Makan, Saya Makan. Suruh Mengundi, Saya Sakit Jantung

Madu tualang power! Click here


Aku pernah hadir ke sidang parlimen. Time aku darjah 3. Lawatan sekolah.

Seperkara yg melekat dalam ingatan hingga ke hari ini tentang parlimen ialah air-condnya ya amat lah sejuk. Mengantuk yarabbi dibuatnya. Kah kah kah kah!!!

Patut la Broheng Ali tersadai dan ramai lagi ahli parlimen tersadai dalam parlimen. Perut buncit, makan sedap. Apa lagi? Lena la!! Kahkahkah!!!

Sampaikan ada MP dari Pahang yg bangun terpisat-pisat tiba-tiba menyampuk bawak cerita UFO makhluk asing, sedangkan ketika itu orang berbincang bab buruh asing. Kah kah kah kah kah! Kan dah mendapat setepek atas dahi?

Cerita sorang Pak Haji yg selalu ponteng dewan bukanlah baru.

Kerap kita terbaca di dlm media betapa dia suka celah persidangan. Agak2 dia tak berkenan, dia celah. kalau dia bajet ada yg tak sewarna dgn warna bulu kegemarannya, dia celah.

Memang betul ada ketikanya dia sakit, tak dapat hadir. Tak boleh dinafikan. Tapi kalau kerap sangat sakit, berambuslah. Bagi orang lain pulak yg akan mampu & rajin pergi dewan.

Bersidang itu penting. Sebab itulah tugas ahli dewan. Perkara-perkara lain, kena adjust utk memberi laluan kepada kehadiran dalam dewan.

Bukan tak boleh makan minum di parlimen. Bukan tak boleh kencing berak dalam dewan. Nak risau apa? Dah kompom dlm parlimen ada kafetaria & jamban yg canggih2. Nak cangkung ada, duduk ada. Cuma posisi melutut orang belum reka lagi. Kah kah kah kah!!!

Jawapan atas ketidakhadirannya baru-baru ini, cuma "sudah selesai, sudah selesai".

Iya betul, sudah selesai. Macam Terengganu pun dah selesai habis licin, Kedah dah selesai tinggal tulang & Perak pun dah selesai payah nak ambik balik.

Bukan orang suruh bertegang-urat berbahas berjela-jela macam Rafizi. kah ka kah! Kita tahu kemampuan MP-MP kita yg kailnya tak sampai sejengkal. Kahkakah!

Cuma, bila orang suruh angkat plakard, angkat je lah bukan berat sangat pun, tak payah mengadu sakit jantung. 

Suruh undi membangkang, pun mengadu sakit jantung lagi! Kahkahkah! Pala bana.

Undi orang kampung maw.

Terkenang aku kpd bekas tetangga aku dulu, 
kalau anak-anaknya buat perangai & dia naik angin, 
ayatnya kesat.
"Buat kerja pemalaih, duit hangpa maw! Babi hangpa!"

11 comments:

  1. Yop oiiii
    Miker nk jd tok guru dh ke...hahahaha
    Gemor mncarut plak dah..hahaha..
    Setau teman tok guru keroje nye ngajor org ngaji bnda2 elok..hahahah..miker tok guru ngajor org menghamput yerr....hahahah
    Brape yuran nye?teman pn nk blajor juge..
    Kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Numpang tanye...menghamput tu ape ke maksud perkataan tu...lain mcm je bunyi nye.hihi

      Delete
    2. Menghamput = menghamun.
      Kahkahkahkah!

      Delete
    3. Oooooo.tenkiu3 pencerahan.lepas ni senang le teman nk gune pkataan menghamput tu.kihkih

      Delete
  2. Bukan babi bai.... tapi makhluk yang menyalak babi dalam bukit.... bukit dah gondol kot sebab tu babi dalam bukit. Dalam al-quran pun ada cerita pasal makhluk yang menyalak ni yang suka jelir lidah sama ada diberi atau tak diberi.

    ReplyDelete
  3. Xbaik samakan pascai dgn babi..buat malu babi jer..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah..
      Tu la..babi pun tak reti maki hamun,label org,ckp bohong,putar belit

      Delete
  4. knp tuan presden suka ulang kenyataan dia: gembira, gembira ; sudah selesai x3 . kenapa, kenapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebabnya komen tuan guru selalunya pendek...cuma sepatah dua saja seperti "gumbira" atau "dah selesai"...jadi kalau tak diulangi tentu komen tu nampak beno pendeknya....kenalah tuang presideng ulang 2-3 kali... sebab elaung ahli perlimeng ni beso....tak kang komeng pendek bebeno....udah le tuang sokmo kah kah kah....

      Delete
  5. Nak tanye libanglibu tu yg jiran merah anak kata "babi hangpa tu" apa jadi pada anak2 die.org kate kata2 ibubapa kan doa.idak ke depa jd babi.kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idak jadi babi.
      Semua anaknya jadi orang & berjaya dalam hidup.
      Kakahkahkah!!!
      Pakcik tu dah meninggal dunia pun.

      Delete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.