Tuesday, November 17, 2015

Kisah Seorang Perempuan Tua & Karung Guni

Madu tualang power! Click here

Ini kisah benar.

Aku berkisah sebagaimana yg telah dikisahkan oleh otai-otai kepada aku. Kisah ini berlaku lewat 60an di Pondok Tanjung, Taiping, Perak.

Selalunya seusai tok dalang me'replay' kembali kisah ini, mata aku akan berair. Berair kerana ketawa. Kisah ini bagi aku, amat melucukan.

Kalau engkau tak ketawa selepas membaca kisah ini, sila pergi bilik air, basuhlah muka serta injap najis. Mudah2an engkau kembali menjadi manusia biasa & mampu ketawa.

Kah kah kah kah!!!

Kisahnya begini;

Telah hampir seminggu keheningan aman & tenteram  sebuah kampung di pendalaman Pondok Tanjung, Taiping, Perak, telah diganggu-gugat.

Angkaranya, ada sebuah kugiran mengadakan persembahan percuma di atas sebuah bendang kering. Tiap-tiap malam sebelum masuk waktu Maghrib, kumpulan itu akan mengambil alih tugas beduk & bilal kampung mengumumkan telah masuk waktu sembahyang.

Pak lebai serban 5 kilo, pak imam, pak siak dan macam-macam pak-pak lagi di kampung mulai resah gelisah. Tapi tak berani nak buat apa-apa, kerana anak-anak muda dah kompom dibelakang kugiran itu. Boleh goyang kepala free & boleh minum-minum atas bendang. Jadi, otai-otai kampung sekadar seluk kocek baju Melayu meraba buah 2 bijik. Kah kah kah!!!

Bising bingit, budak kecik susah nak tidur. Bila anak tak lena tidur, mak bapak pun terganggu projek. Kah kah kah kah!!! Terganggunya projek, bermakna air menakung dalam kepala. Sakit kepala bro... kah kah kah kah!!!

Kebiasaannya, kugiran itu akan memulakan persembahan bila masuknya waktu Maghrib dan berhenti bila nak masuk waktu Subuh.

Dek kerana tak ada sorang pun jantan di kampung yg bertelor, maka seorang perempuan tua telah membuat perancangan solo untuk mengusir kugiran itu dari kampung.

Pada malam yg dirasakannya sesuai, dgn tangan kanan memegang karung guni dan tangan kiri menggenggam sebijik botol, maka perempuan tua itu pun pergilah menghampiri bendang kering tempat pentas kugiran. Dari jauh telah kelihatan manusia melompat-lompat & bergoyang-goyang ikut rentak muzik. Jantan betina dah tak kenal rupa. Ada yg stim & ada yg mabuk todi. Nak beli beer tak mampu, mahal bro.... Kah kah kah kah!!!!

Lebih kurang 50 meter dari pentas, perempuan tua itu kelihatan berhenti berehat dan mencangkung diatas karung guni yg dibawaknya.

Cheh!! Gampang! Haramzadeeh!! @#$%@!!!

Perempuan itu sedang meneran taiknya kedalam karung guni itu! Kah kah kah kah!!! Taiknya bercampur-campur. Ada yg solid, ada yg separa pepejal dan terakhir yg teran, keluar cirit bertabur-tabur. Kah kah kah kah kah!!!

Perempuan tua itu tak basuh pun injapnya selepas meneran, kompomlah dia budget balik nanti basuh la. Kan? Kah kah kah kah!!! Bukan lama sangat pun, tak berulatlah. Kah kah ka hkah!!!

Selepas itu, dgn cermat perempuan tua itu menuang isi kandungan botol yg dibawaknya ke dalam karung guni. Kedengaran bunyi berdengung-dengung dari dalam karung guni. Menatang hapa ni? Kah kah kah kah kah!!!

Perempuan tua dgn bibir terjepit rokok daun tersenyum puas sambil memerhatikan cilaka-pokaimak-haramzadeh yg tengah terkinja-kinja di atas bendang kering. Tunggu la kejap lagi, ada obat baik utk kamu semua, getus hati kecil perempuan tua.

Maka perempuan tua itu pergilah mendekati kawasan budak-budak muda kena rasuk itu. Sekadar hampir untuk meletakkan karung guninya. Sekadar hampir untuk membuka ikatan karung guninya.

Sekadar hampir utk perempuan tua itu lari cepat-cepat & ketawa berdekah-dekah!!

Tak lama, kedengaranlah hiruk-pikuk manusia menjerit-jerit, "Oi! taik, taik, taik, sapa baling taik ni?"
"Sapa sapu taik atas rambut aku?"
"Taik! taik! lari! lari!"
"Oi babilah!! ada orang main taik!"
"Ada orang baling taik kat kita woooiii!!!"

Dari kejauhan perempuan tua ketawa mengekek-ngekek & senyum puas, tak sia-sia seminggu dua ini dia mengumpul belalang kunyit kedalam botol besar itu. Belalang kunyit telah bertindak dgn cemerlang sebagai vektor pembawa najisnya!

Habis semua manusia atas padang kena palit taik. Habis semua alat muzik terpalit taik. Kah kah kah kah kah!!!


Berbalik kepada senario semasa politik negara, tokoh harapan orang muda Klate telah selamat sampai di China uk berehat seketika & mendapatkan rawatan.


Kita doakan agar beliau kembali pulih dari apa yg dihidapinya dan dikurniakan kekuatan utk melepaskan lebih banyak lagi belalang-belalang kunyitnya.

kah kiah kah kah kah!!!

Di bawah ini diselitkan video utk kenang-kenangan.

2 comments:

  1. Taik punya libanglibu. Kahkahkah

    ReplyDelete
  2. Syabas!
    Kerana anda telah membaca sampai habis. Kah kah kah kah!!!
    Berivu-rivu tania!!!
    Kah kah kah kah!

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.