Wednesday, August 5, 2015

Konsep Walaon Bukan Dipelopori PAS

Madu tualang power! Click here

HAMNO telah memerintah Msia selama 57 tahun tapi masih melolong ke hulu ke hilir tentang hak-hak istimewa Melayu. 

Masih tak ada idea baru, masih dok main slogan 'Melayu sedang diancam', 'Melayu miskin', 'Hidup Melayu!  dan macam-macam lah lagi. 

Habis apa kerja HAMNO selama ini?

Sepatutnya setelah 57 tahun memegang kuasa, perkara2 tersebut bukan lagi isu.

Apa yg nak dirisaukan, kerana

1) Malaysia ada 9 sultan dan seorang agong, semuanya Melayu.

2) PM & TPM, bukan Cina/India DAP. Kedua2nya Melayu. (sebenarnya tak ada sorang pun Melayu, setakat ini PM kita dari Siam, Turki, Bugis & Mamak, kahkahkah kira Melayu la sebab guna 'bin')

3) Jangan tak tahu, sejak 1974, Menteri Kewangan adalah orang Melayu.

4) Selain Penang. semua Ketua Menteri & MB terdiri dari orang Melayu.

5) Majoriti Menteri kerajaan persekutuan dikuasai Melayu dan begitu juga kementerian-kementerian yg penting. Semuanya dikuasai Melayu.

6) 50% atau lebih dari jumlah 222 Ahli Parlimen juga orang Melayu.

7) Secabuk-cabuk pangkat hinggalah ke sebesar perut buncit punya pangkat, 93% penjawat awam di Msia dipegang Melayu.

8) Dasar Ekonomi Baru direka khuhus utk orang Melayu.

9) 80% of kuota IPTA untuk orang Melayu.

10) Nak beli rumah Melayu dapat diskaun 5%. Kah kah kah! Apsal tak bagi 50%?

11) Polis & tentera dipegang Melayu.

12) Semua syarikat milik penuh/separa kerajaan dikuasai Melayu.

Dah semua kita control apa kejadah kita akan diancam oleh bangsa asing yg minoriti? Kah kah kah!

Ini lah penipuan HAMNO sejak dulu lagi dgn tujuan supaya Melayu itu bergantung harap hanya pada HAMNO. HAMNO bungkus, Melayu mampus. Itu tujuannya. Tak ada HAMNO, tak ada beras. 

Sedangkan, sebenarnya tak ada fulus lah menyebabkan tak ada beras.

Jadi konsep wala' ini bukan lah dipelopori PAS.

Sebelum lebai-lebai serban 5kg PAS memperkenalkan konsep wala', HAMNO dah lama buat utk org Melayu.

Sebelum kita menjadi wala'on-wala'on PAS, mak bapak nenek moyang kita telah lama diwala'onkan HAMNO.

Itu pasal gamaknya, PAS & HAMNO dah saling puji-memuji, modus operandi dah sama.


3 comments:

  1. http://www.malaysia-today.net/stop-whining-when-you-punch-you-get-punched-back/

    1) pi ziarah website ni
    2) scroll page smpi ke bwh
    3) ada satu poster...perati betui2

    of hang can disagree to disagree...lantak hangla...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mangkok sorang tu ker???
      Dia kan yg tuduh najib dulu????
      Sekarang dah putih bersih nampaknya...heeee

      Delete
    2. wat do u expect of tis d*ckhead raja? cari makan ba

      Delete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.