Sunday, July 26, 2015

Fadilat Tempoyak

Madu tualang power! Click here



Raya baru ni,

balik ke Bachok, Klate aku dapat tempoyak.
Balik ke Kuala Kangsar, Perak pun aku dapat tempoyak lagi.

Tempoyak sebenarnya adalah anugerah alam utk manusia. Alam menganugerahkan manusia utk memakan buah yg sedang menapai dan membusuk! Kah kah kah! Ladzat.

Tempoyak amat versatile.

Boleh buat gulai. Boleh dimasak kacau dgn ikan bilis. Paling sempoi, tumbuk dgn cili padi utk dibuat sambal. Kemudian makan dgn petai, jering & kerdas. Berdesup.

Ada jugak kes extreme, sandwich tempoyak. Pernah dengar? kah kah ka hkah!!!

Namun ramai tak tahu bahawa tempoyak boleh men'servis' usus-usus yg dah berkarat berselirat dgn lemak-lemak degil.

Ini kerana tempoyak mengandungi berjuta-juta bakteria yg boleh membantu pembersihan usus dan melancarkan pergerakan najis.

Tempoyak ni probiotic la kata orang putih. Kah kah kah kah!

Jadi, kepada sesiapa yg bermasalah di dalam jamban, teran punya teran punya teran berjam-jam, keluar cuma 2 ketul taik kambing, adalah dinasihatkan agar pergi ke gerai durian berhampiran utk mendapatkan sebalang tempoyak. Kah kah kah kah!

Anda akan dapat merasa betapa nikmatnya lancar urusniaga di dalam jamban.

Muka tak lagi berkerut, injap tak perit & pinggang akan bertambah langsing.

Kah kah kah!

6 comments:

  1. Bagus Tuan...cuma nya nak confirmkan...adakah khasiat ni jika memakan tempoyak mentah yg dibuat sambal, bagaimana jika dah menjadi gulai tempoyak...masih adakah lagi khasiat bakteria baik tersebut..??? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik buat sambal.

      Buat gulai tempoyak patin memang sedap, tapi bakteria-bakteria baik tersebut dah banyak kojol la. Kah kah ka hkah!!!

      Delete
  2. Khasiat petai ada x selain dari bau hancing. Hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petai ni akan men'servis' salur darah yg tersumbat/sempit.

      Darah akan bergerak lancar lah.

      Kemudian darah akan pergi ke lu punya 'yahanu'.

      Maka 'yahanu' lu akan tagap & karas bak besi stainless.

      Kahkahkahkah!

      Delete
  3. Tapi.....kadang2 tension jugak kalu musim tempoyak ni. Bayangkan seisi rumah berbau tempoyak. Pagi nasi dgn sambal tempoyak, tgh hari dgn patin bunga gulai tempoyak, malam sambal udang petai tempotak. Lingkaran ini akan berterusan paling kurang pun 2 minggu. Itulah natijahnya kalau masa muda dulu kita bercinta dgn gadis kuala kangsar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah!

      Mandapat akibat kau! kahkahkah

      Bini org kampung mana, cuba bagi tau sikit. Kot2 kita boleh bersedara mara.

      Kahkahkahkah!

      Delete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.